Search This Blog

Friday, May 1, 2015

Kopiah Terkelepek

Tatkala mendengar khatib sedang berkhutbah, mataku tertarik pada seseorang yang memakai kopiah. Kopiah dipakainya kurang kemas. Terkelepek ke dalam di bahagian belakangnya.

Tanpa sedar, tangan kananku meraba2 belakang kepala, memeriksa kopiahku agar tidak berlaku perkara yang sama pada diri sendiri.

Itulah analoginya.

kita lihat 》kita mengomel dalam hati ("kopiah org tu xkemas. Camne la dia pakai") 》 kita periksa diri supaya kita pun bukan dr golongan yg sama 》 kita tegur dan betulkan apa yg kita omelkan

Namun, itu tidak berlaku di kebanyakan masa.

Kadang2 Allah nak mengajar kita, nak menegur kesalahan2 yg biasa kita lakukan dgn memperlihatkan keburukannya melalui kesalahan org lain. Biar kita tersedar dgn mengalaminya sbg org ketiga, org luar. Supaya kita dpt mencerminkan diri, memuhasabahkan diri.

Apabila kita melakukan kesalahan, seringkali kita memberikan alasan utk melakukannya sehingga tertutup perasaan bersalah. Cthnya, ambil pen syarikat dan beri kpd anak. "Alah, xpe la, setakat pen je, apa la nilai pada syarikat." Tetapi bila kita melihat orang lain yg melakukan kesalahan, kita yg pertama melenting.

Dan analogi ini, inginku kembangkan lagi. Andai si pemakai kopiah tu adalah orang asing, maka kebarangkalian kita untuk menegur tersangat rendah berbanding kalo si pemakai kopiah itu adalah mereka yg rapat dengan kita. Maka adalah penting untuk kita menghadirkan perasaan ukhwah, agar mudah kita memujuk diri untuk menegur kesalahan mereka.

#EXTRA : : kita xperlu menyatakan kejayaan kita di masa lampau untuk menunjukkan prestasi diri. Cukup hanya dgn berdiam diri dan menunjukkan prestasi melalui hasilnya kerja. KERNA orang akan meletakkan batu aras pada pencapaian lampaumu dan mula menilai hasil kerjamu dan membandingkan dgn batu aras tersebut.
#kalo pakai songkok xde la kelepek. Huihuihui.

No comments:

Post a Comment