Search This Blog

Thursday, May 26, 2016

Baling


Hahaha...
Aku tergelak.
Aku cuba.
Aku cuba membuang perasaan rindu.

Lalu aku membaling perasaan kurang enak itu.
Tapi aku tak pandai dalam bab membaling ni.
Perasaan rindu tu datang menerpa dengan lebih kuat.
Itulah, siapa suruh aku baling ke atas.

Kenapa?
Kenapa ke atas?
Bukan ke tepi, bukan ke belakang, bukan ke depan?
Bukan ke jika ke atas, ia akan jatuh kembali?

Sebab aku takut
Aku tak berani lagi nak baling perasaan rindu tu jauh2 ke tempat lain.
Aku takut nanti bila aku perlukan kembali perasaan tersebut,
Aku kelu, aku menggelabah mencari.

Ya, aku memang cepat gelabah.
Hahaha...
Owh, take care. Night.
Hahaha... tetiba kan.

Wednesday, May 25, 2016

Uniform

Andai sang hijau berceloreng
Berjuang mempertahankan kedaulatan negara

Andai sang putih berstetoskop
Berjuang menyelamatkan nyawa

Andai sang biru bersenjata
Berjuang membanteras jenayah

Dan

Andai sang perang kemerahan
Berjuang meredakan kemarakan api
.
.
Kau kagum dengan mereka
Ya!
Kau kagum dengan Sang hijau, Sang putih, Sang biru dan Sang perang kemerahan
.
Namun.... usah kau lupa pada pejuang tanpa uniform,
tiada warna merujuk mereka.
Yang berjuang mempersiapkan diri kau
Sabar menanti untuk melihat kau dengan bangganya menyarungkan persalinan berwarna tersebut.
.
.
.
Siapakah kita tanpa mereka.

# owh, camni rasanya bila ada orang yg mendeklamasikan sajak ciptaan kita atas pentas.
# gala night.phuket.28to30may16
# akujadiswat.ghee...

Friday, May 20, 2016

Tukar

Biasanya.
Akan kau tukar gambar profile wassup.
Atau gambar profile facebook.
Atau gambar cover facebook.
Yang menunjukkan kesedihan.

Bila mana.
Kau tiada terima khabar berita si dia.
Bila mana.
Kau terlalu teringatkan si dia.
Kau akan..... tapi.

Entah kenapa.
Kali ini kau berstatus quo.
Bersahaja.
Bagai tiada apa-apa.
Walau agak lama ditemani sepi.

Kalau kau tukar gambar,
Itu tandanya kau masih ada perasaan.
Kau ingin si dia mengerti.
Yang kau perlukan seseorang.
Teman bicara.

Dan aku takut.
Bila mana kau tidak tukar gambar.
Bila mana kau tidak tunjukkan apa-apa perasaan,
Sebenarnya kau sudah tiada perasaan.
Tiada.

Friday, May 13, 2016

Kisah Si Pembunuh

INI KISAH SI PEMBUNUH

Seorang pemuda berbadan tegap melalui suatu taman permainan. Terlihatnya sekumpulan kanak-kanak sedang melastik burung. Kelihatan juga seekor burung di bawah pokok cedera di badannya.

Kasihan dengan burung tersebut, pemuda tersebut mendekati kumpulan kanak-kanak tersebut. Lalu memarahi mereka,

"Hei, korang ni main lastik-lastik burung ni.... kesian la kat burung ni. Dah cedera, pastu korang biarkan je."

Kanak-kanak tersebut berhenti sekejap. Terkejut mendengar jeritan pemuda tersebut. Mereka berbisik sesama sendiri. Kemudian meneruskan aktiviti melastik burung.

"Wei, korang ni xdengar ke? Pekak ke? Ni kalau burung ni ada anak, ada bini, siapa nak tanggung? Korang ada duit ke nak kasi nafkah?" geram pemuda tersebut bila nasihatnya tak diendahkan.

Kanak-kanak tersebut tidak menghiraukan langsung pekikan pemuda tersebut. Hahaha... Geramnya dah memuncak, pemuda tersebut mengejar kanak-kanak tersebut. Gelagatnya diperhatikan oleh seorang ustaz.

Selepas puas 'bermain' kejar-kejar, akhirnya pemuda tersebut dapat menangkap salah seorang kanak-kanak tersebut.

Ingin dirotan si kanak-kanak tersebut dengan batang ranting, tetiba kanak-kanak tersebut menjerit,

"Ko peduli apa... suka hati la aku nak lastik burung. Ko tu pembunuh. Semua orang kenal ko, pembunuh. Dosa ko lagi besar, nak sibuk lak dgn dosa orang."

Terpaku si pemuda dengan kata-kata kanak-kanak tersebut. Terbit setitik mutiara di celah matanya.
Lalu dilepaskan kanak-kanak tersebut.

"Pembunuh, pembunuh, pembunuh," ejek kanak-kanak tersebut lalu beredar.

Ustaz pun mendekati pemuda tersebut,

"Kadang-kala bukan nasihat kita yang salah. Tapi orang yang nasihat tu yang dianggap tak layak untuk menasihati. Macam kisah seorang pembunuh datang bertanya mengenai hukum membunuh nyamuk. Memang persoalannya tidak dilayan sebab dosa yang besar tak dijaga, tapi yang kecik pula yang diberatkan. Yang asas pun tak terjaga"

Pemuda tersebut mendongak, menangis lalu berkata,

"Tapi ustaz, saya bukan pembunuh.... saya penyembelih ayam je. Sampai hati diaorg tak dapat gunakan istilah yang sesuai. Uhukk... saya nak jumpa cikgu diaorang. Nak suruh ajar kanak-kanak tu istilah penyembelih. Habis satu kampung salah faham dengan saya."

Saturday, May 7, 2016

Kemarau

Musim kemarau sekarang.
Umm..
Kadang-kala aku berharap yang hati aku juga akan kena kemarau
Agar hati aku kering. Menjadi seorang berhati kering.

Namun
Hati ini selalu hujan kebelakangan ini.
Kerana mengenang kemarau 'suaranya'.
Hati ini subur, berbunga pulak jadinya.

Aiiii...
Tapi kadang-kadang bila aku hantar gelak ketawa.
Bagai aku ketawa keseorangan.
Sepi sahaja.

Xpelah. Yang penting....
Aku pun xtahu, apa yg penting.
Pen
Ting

Umm.

Friday, May 6, 2016

Cermin 'Aku yang Dulu'

Hari 1:
Dia mula mesej di wassup.
Aku jadi pelik.
Bukan dah beritahu kat group ke?
Xpe, aku balas.

Hari 2:
Dia mula mesej lagi.
Keliru aku.
Bukan aku dah terangkan kat group?
Mungkin peneranganku kurang jelas. Xpe, aku balas.

Hari 3:
Dia mula mesej lagi.
Aku mulai faham.
Isi mesejnya tidak penting.
Dia cuma ingin kekal berhubung

Walau mesejnya kurang masuk akal.

Aku faham.
Sangat faham.
Betapa payah nak create a conversation.
Aku nampak usaha dia.
Dan aku nampak seseorang.
.
.
.
Aku nampak diri aku 3 tahun lepas.
Aku nampak diri aku 2 tahun lepas.
Aku nampak diri aku setahun lepas.
Dan aku nampak diri aku sekarang.
.
.
.
Hahaha.. aku tak tahu macam mana aku mampu bertahan.
Mungkin berkat doa sahabat2.
Yang pasti, kekuatan datang dariNya.
Berjuta kali aku rebah, dia datangkan semangat.
.
.
Alhamdulillah.
.
.
.
Hari ni, aku nampak gambar profile wassup dia.
"I hate the feeling when you have to say goodbye to someone who you want to spend every minute with".
Dan aku ingin bisik padanya.
"Adik, jangan putus asa. Dan jangan putus asa pada orang yang tepat."

Tuesday, May 3, 2016

Ferry Tale

Atas feri
Itu aku
Pulau
Itu kamu

Kelihatannya tiada
Pulau itu
Masih jauh
Perjalanan

Aku bosan
Lalu kulihat kiri kanan
Indahnya pulau lain
Tertarik dari jauh

Namun bukan itu destinasiku
Bukan pulau itu
Bukan juga pulau itu
Aku ingin ke Pulau yang aku dah lama idamkan

Dan sekian lama
Pulau itu menampakkan diri
Makin dekat
Namun kurasa sangat jauh

Sangat lambat
Aku berdiri di hadapan feri
Membiarkan angin memukul muka
Lalu melelapkan mataku

Biarlah.
Suatu saat nanti.
Akan.
Buat masa ini, biar aku berehat.

#givemesomereasonformetokeepbelieving