Search This Blog

Thursday, September 29, 2016

Harapan

Dulu bila aku aktif mengejar
Aku selalu kata
Dont lose hope on me
Jangan

Dan baru aku tahu
Bila aku tak sedia, bila aku keliru
Dont hope on me too much
Jangan kataku

Dan itulah apa yang dia pernah kata.
Dan baruku m'erti.

Wednesday, September 28, 2016

Laluan

Ia bagaikan
Pintu pagar dibukakan.

Ia bagaikan
Karpet merah dibentangkan.

Ia bagaikan
Sedikit demi sedikit dibukakan jalan untuk dia ke pintu yang dah dibuka kuncinya.

Dari satu kumpulan
Menjadi satu sub kumpulan

Dan aku mulai takut
Aku takut pada yang tak pasti

Mungkin aku patut mulai menjauh
Tapi menjauh dari siapa?

Dan aku menangis
Memohon petunjuk

Tuesday, September 27, 2016

SHR

Hahaha... like always.
She is full of surprise.
Bila kad raya aidilfitri
Dibuka selepas raya aidiladha.
It is better dr kad ketupat
Beberapa tahun, baru dibuka anyaman.
Hahaha...

SHR
Btw..tq...😊😊😊
~Selamat Hari Raya Aidilfitri~
~Selamat Hari Raya Aidiladha~
~Selamat Hari Rabu~

#sampai pembuat kad pun dah lupa ada arahan
#sampai pembuat kad lupa ada secret mesej

Saturday, September 24, 2016

Tunggu Dia Pulang Dari Laut

Hahaha... kadang-kala aku rasa pelik.
Sedih. Lesu.
Penat menunggu.
Tapi masih mengharap si dia 'datang'.
Rasa bagaikan
Seorang isteri
Yang tetap menanti
Suaminya pulang dari laut.
Lautan air mata.

Friday, September 23, 2016

Stoicism

"Wei, aku baca blog hang ni macam sedih je.
Berbeza dengan yang aku tengok hang biasa-biasa.
Hang bukan ceria ke? Selalu senyum."
.
.
Kalau korang baca blog aku ni
Maknanya korang dah sampai ke suatu alam
Yang sangat gelap
Yang korang tak pernah nampak
Mungkin yang korang takkan nampak
aku yang semacam mana korang biasa tengok.
Hahaha... yang aku tak nak orang lain tahu pun.

Selimut

Malam ini
Biarlah dia didakapi
Sang lara
Diselimuti
Kesunyian.

Thursday, September 22, 2016

Tawar Hati

Ada orang tawarkan hatinya
Tapi aku dah tawar hati
Hati-hati, dia pun tawar menawar
Aku cakap aku tak suka hati yang rasa tawar
.
.
Aku suka paru, pedal dan jantung. Hahaha
Takpelah.

Monday, September 19, 2016

Offline

Malam ini selepas aku wish anniversary,
aku terus tutup mobile data,
aku terus tutup wifi,
aku terus tutup mata,
dengan harapan
aku dapat tutup pintu pemikiran
..."bila dia nak reply?"

Hahaha...dan aku tergelak
Sejam, tak. Dua jam aku menutup rapat mata
Tapi tak mampu menutup pemikiranku
Akhirnya pukul 3 pagi,
aku buka mata,
aku buka wifi,
aku buka mobile data,
...dan aku masih tertanya
"bila dia nak reply?"

Replay

Sunday, September 18, 2016

Fikir Jauh

Malam ini
Gelisahnya kerna tidak dapat lelap
Sebab otak giat berfikir
Jauh sungguh aku berfikir
.
.
Andai diukur
Kurasa jauh aku berfikir,
Jaraknya boleh sampai ke Terengganu.
Hahaha...

Owh, mungkin dah lama tak balik kampung.

Saturday, September 17, 2016

Buka Kunci

Aku ambik kunci
Masukkan kunci ke dalam lubang kunci
Unlock. Dan tunggu.
Tanpa menjemput, tanpa memanggil masuk.

Haha... mungkin aku dah takut nak bukakan pintu pada orang lain.
Tapi pintu aku dah unlock.
Dan aku perhati dari balik jendela.
Ada yang menjenguk ingin masuk.

Atau mungkin aku takut nak bukakan pintu pada orang lain.
Selain dia.
Orang yang aku pernah jemput masuk.
Kemudian entah....haha... aku pun tak tahu apa yang terjadi.

Thursday, September 1, 2016

Takut Berubah Hati

'Pabila kita tetiba hantar mesej.
Kadangnya disebabkan takut.
Bukan takut dia berubah hati.
Tapi takut kita yang berubah hati.
Ditawan bunga lain yang menjalar.

Mesej dihantar untuk kukuhkan hubungan.
Kerna masih menaruh harapan.
Agar kuat menempuh taman bunga menjalar.
Agar taruhan itu digenggam akhirnya.
Moga...
.
.
.
Juga sbg pengubat rindu.