Search This Blog

Tuesday, December 30, 2014

ODE : : terBUKU di hati

Terpaku mataku
Mlihatkan butiran kata2 di kulit naskah merah,
Bagaikan butiran permata merah berhiaskan mutiara2 kata,
Inginku hadiahkan naskah merah padamu,
Namun bagaikan kurangnya sesuatu
Masih perluku sulami dgn sesuatu yang indah
Agar mengalir pengikat memori
Yang telah membuat dirimu tersenyum

Tiga puluh bicaranya,
Dikirim merpati menjelang fajar,
Menyampaikan semangat dan harapan
Agar teguh berdiri dan bangkit seiring mentari
Agar dirimu tahu dirimu tidak keseorangan di medan

Tiga puluh bicaranya,
Ku tak pasti dirimu melihatnya
Namun tiga bicara tampak celanya,
Dan cela itu sengajaku zahirkan
Kerna inginku pahat di dalam hati

Tiga puluh bicaranya,
Sengaja kukirimkan tanpa percuma
Kujauhi kiriman percuma
Kerna engganku adukkan dengan bicara harian
Agar mudahmu mendengarnya berulang kali

Tiga puluh bicaranya,
Dirimu zahirkan senyuman maya
Telah menguatkan semangatmu di medan
Inginku pahat bicara sebegini
Agar xditelan dek bicara 'rakyat' dan waktu

Tiga puluh bicaranya,
Inginku pahat bicara ini,
Kusulami di naskah merah,
Disulami dengan pelangi,
Agarmu tahu hayat ini berwarna-warni

Tiga puluh bicaranya,
Telahku pahat di naskah merah,
Telahku kirim tatkala badai
Moga tersimpan segala memori
Moga terurai bicara hati

Naskah merah,
Tiga puluh bicara isinya,
Ditemani lukisan kehidupan,
Namun berbaki helaian kosong,
Kerna memori yg ingin diukir masih panjang

😊😊😊

"TERBUKU DI HATI" book. HBR .

😊😊😊

Saturday, December 20, 2014

Besar HATI

Apakah perasaan anda bila tetiba kawan anda telefon, then minta tolong anda jadi pengapit dia?
Apa pula perasaan bila kawan anda wassup anda, then minta anda tolong jadi saksi untuk dia isi borang nikah?

Mesti rasa teruja kan? Rasa diri di'appreciate'. Rasa kehadiran anda selama ni sbg kawan sangat berharga. Rasa diri gembira dapat membantu kawan. Rasa apa lagi... Rasa diri ni berguna sbb blh diharapkan oleh kawan.

Ummmm... then, cuma kita gunakan perspektif ni untuk lihat dari senario yg berbeza.

Apakah perasaan anda bila ma ayah anda panggil anda, minta tolong buang sampah?
Apa pula perasaan bila adik anda minta anda berjaga lewat malam untuk tolong dia buat persiapan untuk presentation?

Rasa bosan? Rasa meluat? Rasa nak cakap, "kenapa x suruh org lain?" Rasa macam permintaan diaorg tu membebankan kita? Rasa macam dengan menolong mereka, mereka dapat bersenang lenang manakala diri anda pula terpaksa bersusah payah?

Pernah x anda cuba mengubah cara anda melihat sesuatu situasi dengan membandingkannya dgn situasi yg lebih positif? Percayalah, dengan berfikiran positif, anda lebih bahagia. Islam menggalakkan kita bersangka baik.

Lahirkanlah rasa diri ini dihargai, boleh diharapkan tatkala menolong org sekeliling, terutamanya ahli keluarga.

P/S: terima kasih sbb pilih diri ini sebagai pengapit. Heee... doakan saya pulak...

Saturday, December 13, 2014

exPLORACE : : Putrajaya

1 Disember :

Wassup di tablet berbunyi. Owh, dpt request untuk tolong program explorace kat Putrajaya. Alright lah kalo just tolong2. Heee...
Tettt... bila baca n sembang2 balik, eh, kena lead team organizer.... alamakkkkk... haha...
Xpe la... sbb org dah letakkan kepercayaan, so, LETS GO!!! Heee...

7 Disember :

Planning semua dah buat, dah conteng2 dalam buku. Tempat pun dah pilih. Hari ni nak jumpa anak buah yg xpernah2 jumpa kecuali seorg, wat lawatan tapak, snap2 clue n dapatkan any idea from the team member. So, kami berkumpul dulu kat 'office'. Kebetulan terjumpa lak Penasihat Projek. Haha.... so, kami pun confirmkan bilangan kumpulan n bilangan team. Bertolak ke Putrajaya dan ditemani photographer. Thanks a lot sbb snap behind the scene for us. Hari tu mmg byk berjemur sampaikan bila sampai kat 'office' balik, Penasihat Projek cakap kami dah gelap. Haha... Then, penat2 buat preparation, belanja la anak2 buah yg baru jumpa ni minum2 Coconut Shake Putrajaya. Hahaha....Settle membuli anak2 buah n persiapan.

11 Disember :

Yo.....mulanya xdpt nak join sebab kawan baik minta jadi pengapit untuk majlis nikah. Sbb sbl ni pernah jadi pangapit untuk majlis bersanding, ingatkan buat siang, rupa2nya waktu malam. Heee... so, mlm sblnya, dah createkan group organizer, group2 setiap team dan group leader. Wow, mmg meriah berbalas wassup mlm tu. Pekena diaorg dgn task pertama, siapa yg tido paling lambat, dia menang. haha...rindu lak, dah lama xjumpa ramai2 dgn mereka2 sambil beraktiviti. Hoho... and malam tu dah try untuk lelapkan mata dr pukul 12.... last2 kul 2 pagi baru terlelap. Excited sesangat punya pasal. Xsabar nak membuli mereka2. Hoho... (tanduk keluar).

Pagi pun menjelma.... heee.... disebabkan ada seorg organizer duduk dekat dgn area umah, sy decide utk tumpang kereta dia je. Mulanya plan sy nak terus gerak ke Putrajaya seorg, chop tempat. Tp sebab nak buat last briefing pagi tu n tolong preparekan alatan, sy decide utk gerak sama2 dgn peserta. Dah sampai 'office', tetiba organizer yg tumpangkan sy dpt call emergency. Kena balik umah. So, xpe la... dah ada hal, nak wat camne. At least I still have 3 more organizers.

Tetttt... salah lagi. Meleset...Bila 2 org lagi organizer sampai 'office' untuk wat preparation n briefing, diaorg ckp, seorg lagi demam. So, tinggal kami bertiga je la nak handle game n snap photo event. Cam tgh nyanyi lagu 10 anak hitam lak... seorang2 hilang. Heee... xpe2... still blh continue. Sambil prepare belon, pen marker n kumpulkan alatan lain, kami ubah plan accordingly. Tempat x berubah, just perjalanan organizer n check point je lari sikit dr planning.

Then, jumpa peserta di restoran dulu. Makan2 sikit walaupun dah lewat sikit. Briefing sikit pasal aktiviti, then suh peserta bacakan doa. Aktiviti kat restoran patutnya start dgn Task pertama, iaitu reka logo, lagu, nama kumpulan n barang amanah. Tp sbb xnak peningkan kepala lagi dgn kekurangan ahli organizer, kami sekalikan di checkpoint pertama. So, start dgn aktiviti bergambar di kereta kumpulan masing2, then baru shoot to Putrajaya secara berkonvoi. Yeaaa... ke Putrajaya, lama xmenyinggah sana. Hoho...

Taman Saujana Hijau
Checkpoint pertama. Tempat yg lawa, sgt menarik pemandangan dia. Ramai yg wat wedding photoshoot kat sini.  Alamak, alamak, alamak.... baru nak chop tempat yg best kat gazebo. Dah ada org lain chop dah... xpe2... dapat gak ktorg cari kawasan lapang yg xjauh dr sana. Hahaha...
Kat sini, task diaorg cuma jawab soalan berkaitan Putrajaya je... senang je. Heee... tapi.....
Kami sediakan belon yg berisi air, tepung n angin. Mula2 setiap group pilih org yg jawab soalan. Seorg lagi dr setiap group pilih belon.

First round, setiap pemegang belon kena berdiri kat belakang ahli group lain yg jawab soalan. So, siapa yg xdpt tulis jwp betul kat kertas kena hukuman belon. Tp malangnya, (bagi organizer la, haha...) semua berjaya jawab. Soalan senang sgt. Xpe2... ada lagi soalan lain.

Second round, pas pilih belon, pemegang belon kena berdiri belakang ahli sendiri. Haha... so, yg dah pilih belon berair tu dah rasa bersalah. Tp malang lagi, semua jawab betul... ishhh... masa ni organizer dah resah. Haha....

Masa round ke-3 baru ada mangsa... haha... baru puas hati. Kami ubah2 peraturan supaya diaorg xexpect apa yg kami akan buat n xdpt nak pilih belon untuk selamatkan diri. Ada round yg kalo salah, pemegang belon kena pecahkan belon kat ahli dia walaupun dia diri belakang team lain. Ada yg bila salah, pemegang belon tu sendiri yg kena pecahkan belon atas kepala.

N nak kasi seronok, kami setkan masa untuk menjawab berbeza2 bagi setiap soalan. Thanks kpd ahli organizer sbb ambil inisiatif utk memudahkan aktiviti ni dgn tangkap gambar n jadi judge. Seriously, masa ni otak tgh bercelaru sikit, nak pikir soalan tambahan n nak layan peserta. Haha...

Owh, masa nak pecahkan belon, kami kasi jarum. So, dgn harapan brg yg sekecil tu diaorg akan hilangkan masa explorace. Barang amanah. Hehe... As usual tiap kali buat program, sy try terapkan budaya mengemas, jgn pandai buat aktiviti je, then sisa2 belon2 merata2.

Disebabkan ada transport 1 je, haha.... organizer terpaksa tinggalkan peserta kat taman saujana hijau sementara kami bergegas ke check point seterusnya. Patutnya ada 2 kete kalo ikutkan perancangan. Haha... so, sbl kami tinggalkan diaorg, kami kasi task. Buat logo daripada apa yg diaorg jumpa kat Taman Saujana Hijau or sepanjang explorace. Dgn berbekalkan gunting n salotape.

PRESINT 2
Bila organizer semua dah sampai kat check point masing2, kami wassup location check point kat semua group wassup. Kat presint 2, task diaorg cuma tangkap gambar je... bunyi cam senang, tp kami ni cerewet sikit... sgt cerewet. Hahaha... check point seterusnya adalah Masjid Putra... pinky mosque. Diaorg kena cari ahli organizer yg bersembunyi kat restoran bhg bawah tepi tasik. Uhhh... masa ni ramai yg tersalah pegi ke check point lagi satu, maybe sbb kat maps tulisan salah seorg organizer tu tulis nombor 2 cam nombor 1. Tulisan siapa a tu. Ishhh2... (padahal tulisan sendiri, haha... sbb semua clue n planning buat kat Note 10.1 je. Fully utilised technology. Hoho...)

N untuk sesi bergambar kat Dataran Masjid Putra ni mmg ramai yg stress... heee... mana xnya... kena welfie tgh panas kul 12. Then, yg kena pegang kamera lak ketua kumpulan. Hoho... masa kami snap photo kami utk buat clue pun dalam waktu yg hampir sama, n kami sendiri dah nak putus asa masa 7 Disember tu. Haha...

Bila dah snap, diaorg kena wassup kat group wassup. Organizer akan nilai, kalo xpuas hati, or ada salah posing cthnya tgn seorg ahli kena guna tgn kiri utk tabik instead of kanan cam dalam clue, kena snap balik.

Then dah siap, diaorg kena pegi ke menara millenium. Cari organizer kat atas menara. Hoho... saja nak kasi peserta penat memanjat. Awalnya kami nak kasi clue satu, then diaorg kena naik balik ke menara utk dptkan clue seterusnya. Tp kami kesian lak. Uhhh... kami terus kasi sekaligus. Kat sini diaorg kena snap photo menara... seorg kena buat gaya ala2 tgh angkat menara dr atas, seorg tgh tolak menara n seorg lagi tgh manatang menara. Yg ni kami dah x strict sgt... sbb nak peserta enjoy d activity instead of stress... haha...

Then satu lagi, kena snap photo kat depan gerbang Perbadanan Putrajaya. Yg ni senang je. Hehe... actually, kat sini, xyah ikut urutan. Tp sebab dah kekurangan organizer, terpaksa kami letak urutan. Clue tu pun diubah selepas aktiviti kat Taman Saujana Hijau. Oklah jugak kasi clue via wassup ni. Haha... blh ubah2 lagi sbl aktiviti.

TAMAN BOTANI
Taman Botani... last check point. Tempat sy n seorg lagi ahli organizer yg ada hal emergency menunggu peserta. Sementara tunggu peserta siapkan task2 kat Presint 2, kami layan wassup2 group peserta... sgt busy. Sbb ada 4 group wassup. Haha... Alhamdulillah sbb ada 4 organizer, so, xde a kelam kabut sgt nak reply. N sgt2 bersyukur sbb Note 10.1 ni x hang. Padahal terlampau byk wassup masuk. Haha....

Check point ni kami ubah dari atas bukit ke kawasan Morocco - depan pintu pagar je sbb tgh kejar masa sbb ada peserta yg ada hal. Peserta kena serahkan jarum balik, logo diaorg n nyanyikan lagu kumpulan. Heee... then kena settlekan teka teki wang syiling. Kena ubah 6 keping wang syiling dari bentuk segi 3 terbalik kpd segi 3 biasa hanya dgn gerakkan 2 syiling.

Then, last sekali, kena tulis kat kertas a4, diaorg sampai ke last check point tempat ke berapa. Yg susahnya sebab kena tulis dgn pen marker yg diikat dgn 4 tali rafia, n peserta cuma blh tulis dgn memegang tali rafia je.

Dah settle semua, peserta terus ke restoran utk menjamu selera. Tp organizer stay kejap kat taman botani utk bincang pasal pemarkahan penuh.

Habis dah...
Anyway, kat sini sy nak ucapkan jutaan terima kasih kpd org yg jemput sy jadi organizer, terima kasih sbb percayakan sy utk handle event ni. Even awal2 lagi sy dah ckp, 'eh, xserik lagi kena buli cam event lepas? Haha...'.

Thanks juga kat peserta2 yg support n sempoi... its okay utk komplen, tp jgn sampai merajuk, hehe... hope korg enjoy sesi penderaan kami. Thanks pada yg expresskan kat kami yg korg enjoy participate dalam event ni.

N lastly, thanks a lot kat ahli organizer [D.Y.S], wpun baru je jumpa, but working happily together dgn korg semua. N thanks juga sbb jadi mangsa buli. Hoho...

CREATE THE HAPPY EVENT, ENJOY THE HAPPY MOMENT, CAPTURE THE HAPPY MEMORY

p/s: event lepas, memento adalah U18... event ni lak adalah Dataran Masjid Putra...kuikuikui.

NEW HEADER

S  .  I  .  M  .  P  .  L  .  I  .  F  .  Y
but still with negative element

Saturday, December 6, 2014

Potong Rambut

As-salam....

Potong rambut. Apakenanya tajuk ni... apa nak dikecohkannya kalo setakat potong rambut? Hahaha...

Xde apa pun nak dikecohkan cuma pada 29hb Nov 2014 jadi satu sejarah sbb first time saya potong rambut kat kedai. Uiiiii...tu pun nak kecoh kan. Haha... kalo ikutkan mmg ma saya xkasi pun kami potong kat luar, sbb katanya blh suh abang yg potongkan je. Jimat sikit duit. Lagipun ma ckp, potong sikit je pun rambut, tp nak kena bayar banyak. Namun, disebabkan abang dah busy kerja, dah xde masa nak potong rambut. Rambut dah mula menggulungkan diri minta dipotong. Terpaksalah outsource, hoho....

Ingatkan balik, masa kecik2 ayah saudara yg potongkan kalo balik kampung. N yg tersemat molek di dalam ingatan bila ma suruh potong nipis rambut untuk first time ala2 mawi. Owh, masa tu mawi x wujud lagi. Dia baru sekolah menengah kot. Ma ckp senang kalo potong rambut nipis, sbb xyah a kejap2 nak potong, kejap2 potong lagi. Hahaha.... time tu saya nangis2 sbb takut xensem bila masuk sekolah. Haha... tp mak saudara pujuk, ckp sy comel bila rambut nipis. Tp sy xmakan pujukan. Hoho....

Then, bila ayah dah xkerja. Dia lak yg jadi pemotong rambut peribadi. Haha... Abang lak jadi pemotong rambut peribadi bila dia belajar potong rambut dgn kawan dia kat asrama. So, mmg xde alasan la nak potong kat luar. Slalu bila potong rambut, mesti style sama, ala2 mawi. Hahaha...

Orait, cerita, cerita jugak kan kisah2 peribadi, but apa yg membuatkan saya menulis blog pasal potong rambut ni bukan untuk bercerita sesaja. Tapi nak sambung dengan suatu dialog yg saya gunakan untuk memberikan alasan kpd ma saya tentang salah satu sbb kita perlu sekali sekala potong rambut kat kedai. X dinafikan yg hubungan kekeluargaan lg erat dgn potong rambut kat umah, sbb ada proses sentuhan ketika pemotongan rambut dijalankan - sentuhan kasih sayang.

"Ma, kalo kita xpotong rambut kat kedai, camne tukang kedai nak dpt duit? Mmg dpt jimat duit dgn potong rambut kat umah. Tp itulah proses bagaimana sistem ekonomi berjalan. Kita ada duit lebih, kita tolong orang lain, walaupun dgn cara membeli produk mereka."-itulah ungkapan magiknya.

Maybe itulah hasil didikan ayah. Didikan dr ma, mengajar anaknya untuk berjimat. Didikan dr ayah pula untuk membantu org dgn cara membeli. Setiap minggu ayah akan membeli 2 biji pau dari pasar malam. Walaupun ma pesan beli sebiji je sbb xde yg makan, then kena bawak sebagai bekal, haha... tp ma ckp yg ayah ni cepat kesian kat org. Kadang2 dia membeli bukan sebab keperluan diri, tp keperluan penjual.

Terjumpa kat facebook, yang menyarankan kita untuk membeli daripada pasar tani instead of pasar raya. Sbb peniaga di pasar lebih memerlukan duit untuk menyara diri. N kalo dah membeli di pasar2, kalo kita mampu, jgn pula ditawar harga, dengan niat agar penjual mendapat rezeki yg lebih. Maybe dgn adanya rezeki lebih, dpt menghindarkan dia dan keluarganya daripada melakukan perkara2 yg xsepatutnya.

Bila terbaca kat surat khabar mengenai pencuri ditangkap sbb desperate, terdetik pula, bukannya salah dia je. Maybe sistem ekonomi yang masih kurang mantap antara penyebabnya. Maybe dia dah berusaha mencari rezeki, cuma seperti yg tertulis kat atas, duit berlegar pada pasar raya besar je. Yg kaya terus kaya hinggakan duit terbeku di dalam simpanan. Tak berlegar di dalam sistem ekonomi.

Kadang2 kita xperlu membantah kata2 ma ayah kita. Cukup dgn menjelaskan dgn suara lembut dan senyuman. Yg penting, selalu berterus terang dgn mereka, sbb diaorg ada naluri keibubapaan yg sgt sgt sgt kuat. Kesimpulannya, harap2 dpt potong rambut kat luar lagi. Kuikuikui....

P/s: seminggu lepas tu, tetiba abang free lak. Ma pun tanya, "Wan, rambut bhg atas tu tukang kedai biarkan tebal kan. Xmo suh abang potong kasi nipis sikit macam mawi?".