Search This Blog

Saturday, December 6, 2014

Potong Rambut

As-salam....

Potong rambut. Apakenanya tajuk ni... apa nak dikecohkannya kalo setakat potong rambut? Hahaha...

Xde apa pun nak dikecohkan cuma pada 29hb Nov 2014 jadi satu sejarah sbb first time saya potong rambut kat kedai. Uiiiii...tu pun nak kecoh kan. Haha... kalo ikutkan mmg ma saya xkasi pun kami potong kat luar, sbb katanya blh suh abang yg potongkan je. Jimat sikit duit. Lagipun ma ckp, potong sikit je pun rambut, tp nak kena bayar banyak. Namun, disebabkan abang dah busy kerja, dah xde masa nak potong rambut. Rambut dah mula menggulungkan diri minta dipotong. Terpaksalah outsource, hoho....

Ingatkan balik, masa kecik2 ayah saudara yg potongkan kalo balik kampung. N yg tersemat molek di dalam ingatan bila ma suruh potong nipis rambut untuk first time ala2 mawi. Owh, masa tu mawi x wujud lagi. Dia baru sekolah menengah kot. Ma ckp senang kalo potong rambut nipis, sbb xyah a kejap2 nak potong, kejap2 potong lagi. Hahaha.... time tu saya nangis2 sbb takut xensem bila masuk sekolah. Haha... tp mak saudara pujuk, ckp sy comel bila rambut nipis. Tp sy xmakan pujukan. Hoho....

Then, bila ayah dah xkerja. Dia lak yg jadi pemotong rambut peribadi. Haha... Abang lak jadi pemotong rambut peribadi bila dia belajar potong rambut dgn kawan dia kat asrama. So, mmg xde alasan la nak potong kat luar. Slalu bila potong rambut, mesti style sama, ala2 mawi. Hahaha...

Orait, cerita, cerita jugak kan kisah2 peribadi, but apa yg membuatkan saya menulis blog pasal potong rambut ni bukan untuk bercerita sesaja. Tapi nak sambung dengan suatu dialog yg saya gunakan untuk memberikan alasan kpd ma saya tentang salah satu sbb kita perlu sekali sekala potong rambut kat kedai. X dinafikan yg hubungan kekeluargaan lg erat dgn potong rambut kat umah, sbb ada proses sentuhan ketika pemotongan rambut dijalankan - sentuhan kasih sayang.

"Ma, kalo kita xpotong rambut kat kedai, camne tukang kedai nak dpt duit? Mmg dpt jimat duit dgn potong rambut kat umah. Tp itulah proses bagaimana sistem ekonomi berjalan. Kita ada duit lebih, kita tolong orang lain, walaupun dgn cara membeli produk mereka."-itulah ungkapan magiknya.

Maybe itulah hasil didikan ayah. Didikan dr ma, mengajar anaknya untuk berjimat. Didikan dr ayah pula untuk membantu org dgn cara membeli. Setiap minggu ayah akan membeli 2 biji pau dari pasar malam. Walaupun ma pesan beli sebiji je sbb xde yg makan, then kena bawak sebagai bekal, haha... tp ma ckp yg ayah ni cepat kesian kat org. Kadang2 dia membeli bukan sebab keperluan diri, tp keperluan penjual.

Terjumpa kat facebook, yang menyarankan kita untuk membeli daripada pasar tani instead of pasar raya. Sbb peniaga di pasar lebih memerlukan duit untuk menyara diri. N kalo dah membeli di pasar2, kalo kita mampu, jgn pula ditawar harga, dengan niat agar penjual mendapat rezeki yg lebih. Maybe dgn adanya rezeki lebih, dpt menghindarkan dia dan keluarganya daripada melakukan perkara2 yg xsepatutnya.

Bila terbaca kat surat khabar mengenai pencuri ditangkap sbb desperate, terdetik pula, bukannya salah dia je. Maybe sistem ekonomi yang masih kurang mantap antara penyebabnya. Maybe dia dah berusaha mencari rezeki, cuma seperti yg tertulis kat atas, duit berlegar pada pasar raya besar je. Yg kaya terus kaya hinggakan duit terbeku di dalam simpanan. Tak berlegar di dalam sistem ekonomi.

Kadang2 kita xperlu membantah kata2 ma ayah kita. Cukup dgn menjelaskan dgn suara lembut dan senyuman. Yg penting, selalu berterus terang dgn mereka, sbb diaorg ada naluri keibubapaan yg sgt sgt sgt kuat. Kesimpulannya, harap2 dpt potong rambut kat luar lagi. Kuikuikui....

P/s: seminggu lepas tu, tetiba abang free lak. Ma pun tanya, "Wan, rambut bhg atas tu tukang kedai biarkan tebal kan. Xmo suh abang potong kasi nipis sikit macam mawi?".

No comments:

Post a Comment