Search This Blog

Wednesday, March 22, 2017

Memo

Memo itu
Hilang.
Inginku pinta.
Untuk mengarangnya kembali.
Kerna itu impian sejak dahulukala.
.
Agar dapat dibaca
Seiring dengan novel.
Bersama-sama
Meninjau memori silam.
.
Namun mungkin pinta itu
Seeloknya dibisukan sahaja.
Kerna takut
Pinta itu hanya mengundang lara.

Friday, March 3, 2017

Konspirasi

Suatu konspirasi.
Aku tak tahu. Entah kenapa.
Satu syarikat berpakat.
Dari pengurusnya ke eksekutifnya.
Nak satukan dua insan.
Bukan.
Aku salah.
Bukan satu syarikat.
Tapi dua syarikat.
Makin hari, makin melarat.
.
.
.
Dan aku pula.
Masih berdiri
Di pendirian yang kian reput.
Masih berdiri di persimpangan.
Takut nak menunggu
Takut juga nak melangkah.
Mohon.
Dan mengalir lagi, tak sudah.

Terus.Terang

Mimpi lagi.
Aku bertanya soalan ringkas.
"Kamu suka saya lagi?"
"Kamu nak saya tunggu lagi?"

Aku amat berharap dapat jawapan yang ringkas juga.
"Ya" atau "Tidak"
Itu sahaja.
Tapi aku tahu, jawapannya tidak semudah, seringkas itu.

Tolong.
Aku tengah rapuh.
Kuatkan aku.
Kalau masih ada harapan.

Wednesday, March 1, 2017

Layang3

"Lets go with the flow."
Kalo ikut flow, aku hanya boleh katakan
Yang aku hanya akan makin menjauh
Mengikut hala angin.

Jauh.

Jauh di sudut hati.
Aku harap dia akan cakap yang dia akan usaha.
Bagai menarik tali layang-layang.
Melawan angin, mendakap di hati.

Dan.

Aku makin jauh.

Friday, February 10, 2017

Kawan Sehidup Semati

Entahlah.
Takde kawan la nak teman pergi.
Semuanya dah kawin.
Dah makin kurang kawan.
Nanti bila dah kawin.
Baru akan ada kawan sejati
Kawan sehidup semati.
Hahaha.
Entahlah.

Wednesday, February 1, 2017

Hati Kering

Andai air mata datang
Dari hati nun sana,
Akan datang suatu hari
Pasti kering hati itu
Teralir ke mata.

Gelak sorang-sorang

Hahahaha
.
Hahaha
.
Haha
.
Ha
.
.
.
Um. Sob.