Search This Blog

Saturday, January 30, 2016

Detik dipetik


"Mekar dan harum
Moga ia akan, moga ia terus,
Walau sekuntum dipetik orang,
Moga berganti dan kian segar tumbuhnya.
[Rangkap untuk majikan]

Tidak layu, terus segar,
Moga ia akan, moga ia terus,
Sekuntum itu, doakan ia
Bertumbuh, berkembang, berbakti di taman sebelah."
[Rangkap untuk yang berhenti kerja]

* Amboiii pntunnn
Nak ayat simple utk ucap trima kasih.
Ayat simple je..
Tp pantun tu.. cm.cntik gk nk selit skli

# hahaha.... selamat hari terakhir kat tempat kerja
# tetiba mesej suh karangkan ayat perpisahan, nah, terus kasi sajak. Hahaha...
# moga cepat2 dapat kerja baru
# jap, nak charge berapa ni? Hahaha. Harga dia adalah friendship.

Wednesday, January 20, 2016

Stronger


"Looking back make me feel stronger,
My despair plunge me no longer."

...for all the steps that I have taken,
I have become what I am today.

Stronger.
Deaf to hear the silent.
Mute when hear the poisoning spread of word about me.
Yang penting, action speaks louder than word.

Sunday, January 17, 2016

Calar


Orang kata bawak motor
Kalau tak jatuh
Memang tak sah
Mesti ada luka sana sini

Orang kata bawak kereta
Kalau tak terlanggar
Memang tak sah
Mesti ada calar sana sini

Orang kata...hmmm
Kalau tak jatuh cinta
Memang tak sah
Mesti ada pedih sana sini

Eh, salah skrip.
Sekali lagi, hahaha...

Biarlah jatuh motor sorang2
Daripada terlanggar orang
Nanti lagi sakit
Dua orang cedera, luka

Biarlah kereta sendiri yang calar,
Daripada calarkan kereta orang,
Nanti lagi sakit,
Nak keluar duit baiki kereta sendiri, kereta orang

Biarlah bersedih sendiri
Daripada buatkan orang tersayang sedih
Nanti lagi sakit
Hati dia dan hati sendiri

Eh, asyik melalut. Salah skrip.

Dah, dah. Tido.

Hahaha...

Gambar


Aku taip.... dan taip dengan  senyuman. Hahaha...

"Tahu tak ada sekali tu saya scroll news feed kat facebook.
Then keluar gambar awak.
Ada orang tengok, n cakap awak comel n suka kat awak.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Dan orang tu adalah saya. Hahaha."

Dah siap taip tu, hampir2 nak tekan butang send.
Kemudian tetiba aku ketawa sampai keluar air mata keseorangan.
Hahahaha...

Dan aku tekan select all, delete.

Apa lawak aku buat malam ni.

Ambil selimut. Tidur.
Hahaha... terdengar gelak kecil di dalam selimut.
Diselangi bunyi esakan.

Friday, January 15, 2016

Aku pilih lelap


Pilu menanti mesej dibalas, itu pun kalau dibalas,
Atau sakit menahan diri daripada memulakan mesej perbicaraan.

Aku tak tahu yang mana lebih derita.
.
.
Dan aku pilih untuk lelapkan mata.
Cuba untuk lelapkan rindu.

Tapi rasa rindu terlalu kuat
Aku hanya mampu menjauhkan diri daripada telefon bimbit.
Syuhh...syuhhh...
Dan  berdoa kepadaNya.

Hahaha...

Saturday, January 9, 2016

Sesuatu yang pernah

"Owh, ingat tak. Pas yg kita jumpa dulu-dulu kat ktm tu kan, kan awak ada hantar e-mail. Actually masa tu awak dah istikharah ke?" ayat muqadimah.

"Secara jujurnya, sepanjang sy buat istikharah x pernh nampak..cuma rasa je..Allah hadirkan rasa terhadap seseorg. Ada buat tp lama2 sy x rasa apa2..

Dulu saya pernah menaruh harapan pd awak..disebabkan awak diam menyepi, sy pn x paksa..sy pn teruskan mencari dan jumpa dgn org yg minat pd sy.

Mgkn kita berjodoh utk jd kwn.
.
.
.
Nanti datang la ye ke majlis kawin saya."
.
.
.

Lega
kerana mereka akhirnya dah jumpa orang yg lagi sesuai untuk pimpin mereka.
.
Dihantui rasa bersalah
kerana aku tak pernah beri kata putus.
.
.
Biarkan mereka menunggu.
Dan aku minta maaf. Sangat sangat minta maaf.
.
.
Terima kasih banyak
Kerana masih keep in touch dan masih menjadi sahabat
..
Dan putarlah roda kehidupan. Hahaha....

Wednesday, January 6, 2016

A Total Stranger


"RAHSIA"

Dan aku rasa patutnya aku tanya semasa berdepan dengannya.
Dulu tahap pengetahuan pasal dirinya, mungkin HANYA 20%.
Dengan perkataan 'rahsia' tu, dah 'naik' ke 10%.
Mungkin aku akan hanya jadi 'sejarah'

Dan jadi a total stranger.
Hahaha....mungkin aku selalu sangat kacau dia.
Hingga dia nak hilangkan jejaknya.
Hingga aku xtahu dia di Barat ataupun di Timur.

Dia misteri.
Dan sekarang makin misteri.
Xtahu bila akan jadi isteri.
Eh.

Entah. Aku nak rehat.

Saturday, January 2, 2016

Tak layak


Mungkin dia busy,
Mungkin dia nak spend masa dengan famili,
Mungkin dia xde kredit,
Mungkin dia sakit,
.
.
.
Atau mungkin aku yang tak layak.
.
.
.
Untuk malam ni, alasan 'aku tak layak' yang paling sesuai.
Sesuai untuk padamkan kesedihan.

Dah xlayak kan.
So, buat apa nak mengharap.
Ambil gunting, potong terus dari memikir.
Pikir apa yang aku layak je.

A.K.U. Hanyalah aku.
Tiga huruf sahaja.
Nak bandingkan dengan 'S.I. D.I.A.'.
Lima huruf, huhh....siapalah aku.
.
.
.
Moga esok.
Mungkin esok.
Akan terbit perkataan.
'Aku tak layak untuk dilupakan'.

#Cepatlah taip. Lamanya dia taip. Uhuk2.
# A.K.U. tiga huruf je, senang kan nak ingat. Hahaha