Search This Blog

Sunday, August 30, 2015

Tika sarang kecil mulai hilang kehangatan

Tika selipar yang bersepahan mulai berkurangan.
Tika pakaian di almari mulai berkurangan.
Tika tuala di ampaian mulai berkurangan.
Tika berus gigi mulai berkurangan.
Tika makanan mulai bertambah.

...........

Sarang kecilmu mulai hilang kehangatan.

Bonda, kau kata kau letih.
Anakanda mengerti, kau bukan letih kepenatan.
Bukan letih dek bertungkus lumus semalaman.
Tapi letih kerna kesedihan.
Kesedihan yang kau selalu padamkan dari wajahmu.
Namun terpancar dari siratan butiran kata-katamu.

Di malam majlis, rakyat jelata lain biasanya akan menitiskan air mata.
Air mata gembira bercampur sedih.
Air mata menyerahkan tanggungjawab kepada seseorang yang 'asing'.
Air mata perpisahan untuk si anakanda yang bakal belayar di sebuah bahtera.
Namun, bonda, kau pula......
Air matamu kausimpan, kerna kau kuat. Sama semasa berpisah dengan nenda.

Tak pernah.
Tak pernah anakanda lihat bonda merelakan diri dengan bergambar sebegitu lama seperti di malam majlis.
Payah merelakan diri bergambar.
Namun lagi payah melepaskan si anak pergi.
Mungkin itu caramu untuk menzahirkan sayangmu.
Sebelum si anak berlepas dari sarang kecilmu.

Sarang kecilmu, mari kita hangatkan.

#29 ogos 2015
#8 ogos 2015

Monday, August 24, 2015

Merajuk?

Ya, semua orang buat silap.
Semua orang buat salah.
Tapi adakah itu alasan.
Alasan untuk merajuk?

Sakit bila disakiti?
Menangislah. Perah air mata.
Keringkan ia.
Agar esok tidak lemas dek kesedihan.

Matang. Itu katamu.
Maka buktikan dengan tindakan.
Yang pastinya bukan.
Bukan dengan merajuk.

Kau kata kau ingin membimbing.
Andai kesilapan itu kau balas dengan diam seribu bahasa,
Apa bimbingan yang akan kau beri?
Bimbang kau lari dari membimbing.

Latihlah dirimu. Untuk bersabar, kawal emosimu.
Besar nanti, kau akan membimbing isteri dan anak.
Andai sekarang merajuk.
Bagaimana rumah tanggamu kelak.

Buang ego, buang malu.
Maaf, andai di pihak salah,
Maaf, tiada salahnya, andai di pihak benar.
Buktikan kau sudah matang.

Minta maaf.
Bimbingan bukannya dalam hal ibadat sahaja. Akhlak etc pun perlu dibimbing.

Saya dah matang. Heee...

#rogre

Air je, tak sakit pun

"Nanti roger tau"
"Alright, nnt saya roger"

Yeay, sukanya ada kawan dari luar Selangor nak datang melawat hari Ahad.

>>>Hari Ahad pun tiba<<<

》Pagi.
"Awalnya kamu bersiap, nak pergi mana-mana ke?"
"Hehe... ada kawan nak jumpa hari ni. Tp xtahu lagi pukul berapa. Saja bersiap awal. Kang tetiba tersembul depan pagar. Hahaha..."

》 Tgh hari.
"Kamu nak jumpa kawan kamu tu kat mana? Gelap langit tu nak hujan. Tu, ma dah siapkan nasi tu. Makan la dulu."
"Alah, ada baju hujan kan. Boleh je pakai nanti. Haha... jangan risau la. Nak makan ke? Takut dia ajak makan lak."

》 Petang.
"Kamu xmesej ke kawan kamu tu? Dah petang ni. Pergi la makan dulu."
"Emm...dia jenis yang xkan mesej kalo dia xsure lagi. Xnak la push2 sgt. Lgpun dia tumpang kawan, so, maybe dia xtahu rancangan camne lagi kot. Hmmm... makan la sikit".

》 Malam.
"Kamu okay ke?..... sakit ke?"
"Uhhh... nak tido awal malam ni. Okay je. Cuma takut kawan nak dtg singgah, sbb hari tu pun dia ckp dia rushing, then dia nak tido umah kawan. Maybe sbl sampai umah kawan dia, dia singgah sini. Xpe la.. nnt sy mesej dia.
Owh, haha... xsakit pun. Ni air je ni. Bye, nak tido."


#berharap hingga ke akhir

Monday, August 10, 2015

Bertepuk sebelah tangan

"Ko tak rasa ke macam ko ni bertepuk sebelah tangan? Aku takut ko jadi buta, sebab terlalu asyik".

Aku terdiam seribu bahasa...

Kalau pelakon pentas, aku hanya perlu ikut arahan pengarah. Berlakon dengan sepenuh hati.
Kenapa aku perlu bertepuk tangan? Itukan tugas si penonton?

Namun dalam diam, aku cuba menepuk sebelah tangan. Sungguh. 'Diam'. Tanpa bunyi. Aku terdiam.

Lalu kakiku melangkah ke kamar.

Sunday, August 9, 2015

C.A.T.A.T.O.N.I.C

"Cuba search kat internet nanti. C-A-T-A-T-O-N-IC"

Satu per satu huruf dieja agar penyakit tersebut dapat dipelajari dengan lebih mendalam.

Bibir terukir senyuman namun mata menggambarkan sebaliknya.

Tetiba teringat akan cerita Jepun lama - '1 litre tears', yang mana pelakon utamanya mendapat gelaran pelakon air mata....
.....kisahnya agak sama.

Mendapat penyakit, ya... memang suatu yang menyedihkan, namun apabila terpaksa menyusahkan orang yang disayangi  - - - - (terdiam) - - - -

.....itu yang akan menambahkan kemurungan dan rasa hopeless.

Namun bila mulutnya mencelah dengan berbicara mengenai terjemahan ayat 1 surah al-Baqarah....."moga keimanannya menguatkan ketabahannya".

#"penyakit ini biasanya akan menyerang orang yang bijak"
#jangan kita memandang orang yang kurang sempurna dengan pandangan menjelikkan, kerana kita tidak tahu apa yang mereka lalui - berjuang setiap hari

Saturday, August 8, 2015

CHALK.ART - 8.8.15

Chalk Art!!!

Hahaha...selamat pengantin baru. Weee...
Kami tak decide pun nak buat background dgn chalk art awal2. Tup, tup, 2 hari sbl majlis tertiba terdetik nak hias sikit background supaya tak terlalu kosong.

So, start la korek2 balik kapur (uiii...lama dah tak dengar perkataan ni, hoho... sekarang kan guna marker dah). Cari kat store. Nasib la ma kerja cikgu. Haha... terjumpa kapur kaler kaler (hijau, biru, pink, kuning). Weee... sonok2.

Malam sbl majlis teman saudara tidur kat homestay. Hehe... stay up kejap untuk sketch kat kertas A4. Okay la stay kat home stay. Tenang sikit nak sketch.

Esoknya, dr homestay terus ke RUANG kul 8.20. Uiii... adik, kakak n abang dah sampai. Tengah susun kek coklat. So, start la kerja2 chalk art. Mulakan... hehehe...

First tip, untuk dapatkan hasil yg bright, terang..... kena basahkan kapur, or basahkan terus papan hitam (uiiii... lama gak tak dengar perkataan ni. Hehe...). Mula-mula kami bersihkan dulu papan hitam dari kesan2 lama. Dah bersih baru start sketching. Oppsss... masa awal-awal ni, jangan tekan sangat kapur. Then, buat bentuk asas je dulu. Contohnya nombor 8 cam kat gambar, buat segi empat dulu. Budgetkan space supaya tak perlu nak padam dan buat semula.

Masa buat ni mmg terpaksa padam sekali, sebab xcukup space. Kena guna kain basahan. Tgh-tgh sketching, si kakak dan adik terus kalerkan guna kapur berwarna lain. Hoho... masa tgh buat, owner kedai 4, 5 kali tangkap gambar dan tanya pasal design tu. Cam dia suka jek. Weeee....

Pukul 9.20pagi, kakak, adik dan abang balik untuk bersiap. Tinggal sy seorang. Haha... Slp diaorg dah habis kaler, kena kemaskan balik outline. Dan buat detail2. Alamak, ada part yg terlalu tinggi. Hahaha.. terpaksa pinjam kerusi. Yg part daun2 lak buat teknik cincai2, sbb majlis patutnya start pukul 10, masa tu lak dah pukul 9.45.

Akhirnya siap. Yeay... hehe... Alhamdulillah, sempat siap. Then awal2 seorang mak saudara booking service,. Weeee... Alhamdulillah gak sbb chalk art tu memeriahkan sesi bergambar. Tambah lak dgn abang sponsor instant photo. Hahaha...

Senyum...

Owh, di akhir majlis ternampak doodle2 lain. Chomel lak budak2 ni buat. Hehe...