Search This Blog

Monday, August 24, 2015

Merajuk?

Ya, semua orang buat silap.
Semua orang buat salah.
Tapi adakah itu alasan.
Alasan untuk merajuk?

Sakit bila disakiti?
Menangislah. Perah air mata.
Keringkan ia.
Agar esok tidak lemas dek kesedihan.

Matang. Itu katamu.
Maka buktikan dengan tindakan.
Yang pastinya bukan.
Bukan dengan merajuk.

Kau kata kau ingin membimbing.
Andai kesilapan itu kau balas dengan diam seribu bahasa,
Apa bimbingan yang akan kau beri?
Bimbang kau lari dari membimbing.

Latihlah dirimu. Untuk bersabar, kawal emosimu.
Besar nanti, kau akan membimbing isteri dan anak.
Andai sekarang merajuk.
Bagaimana rumah tanggamu kelak.

Buang ego, buang malu.
Maaf, andai di pihak salah,
Maaf, tiada salahnya, andai di pihak benar.
Buktikan kau sudah matang.

Minta maaf.
Bimbingan bukannya dalam hal ibadat sahaja. Akhlak etc pun perlu dibimbing.

Saya dah matang. Heee...

#rogre

No comments:

Post a Comment