Search This Blog

Saturday, September 13, 2014

GOsok Gigi

Pernah tak korang rasa mulut korang tak selesa walaupun baru lepas gosok gigi?

Pernah tak korang rasa tak puas hati dengan baju yang dah diseterika, tapi masih lagi berkedut.

Dalam melakukan rutin harian, kadang2 kita cuma sekadar melakukannya tanpa terdetik kembali objektif utama kita buat sesuatu. Kita buat ala kadar, sekadar 'asalkan siap, asalkan dah buat', so, perasaan bersalah sbb tak buat tu hilang.

"Ok, dah gosok gigi." Tapi.... dah bersih ke gigi kita? (Tetiba teringat ma ayah slalu marah kami kalo xgosok gigi sebelum tido. Haha...)

"Ok, dah gosok baju." Bila nak pakai masa kerja, baru perasan kedut tak hilang lagi. Baru teringat dan terdetik objektif sebenar kita menggosok baju.

"Ok, dah tolong ma basuh pinggan." Hmmmm...bila nak guna pinggan, nampak kesan minyak lagi. Ada kesan nasi yg melekat2 lagi.

"Ok, dah solat." Opssss..... do I mention solat?
Yup, kita dah jalankan tanggungjawab kita. Tapi, pernahkah kita cuba untuk menghayati sebab utama kita solat?
Bukan hanya untuk 'melepaskan diri' dari tanggungjawab.

"Ok, aku dah solat. Settle dah solat awal waktu. Boleh dah fokus tgk cerita".
Yup, solat awal waktu dah bagus. Namun alangkah bagus kalo dapat tingkatkan lagi kualiti dengan mengHADIRkan diri sepenuhnya dalam solat. Sebab apa kita solat? Secara spiritualnya, adakah kita HADIR (khusyuk) sepenuhnya?

Berus gigi, gosok baju, tolong keluarga, solat..... semuanya kita lakukan setiap hari. Benda yang sama kita lakukan setiap hari hingga kita alpa tujuan utama kita lakukannya.

Orang putih cakap, practice makes perfect. Kita solat setiap hari, adakah makin perfect, atau makin ke laut?




Uhhhh....Luahan perasaan ni bermula bila tak berus gigi betul2, hahaha... termetafora ke rutin2 yang lain. Maka, beruslah gigi dgn harapan gigi anda sihat.😆

Friday, September 5, 2014

Goodbye x Letting Go






Best definition that I will not get from Oxford dictionary but from Expert dictionary. Haha...