Search This Blog

Sunday, March 27, 2016

Ubat gembira buatmu


Taip, taip, taip.
Tekan butang send.
Tunggu, tunggu, tunggu.
Hehehe.. dia tak balas.

Orang tanya,
Nape still nak hantar mesej.
Walhal biasanya tak terbalas.
Entah.

Entahlah,
Aku cuma boleh mengharap,
Berharap agar mesejku itu diterima olehnya,
Sebagai suatu hadiah.

Hadiah bila dibuka,
Akan menggembirakan hatinya.
Tatkala si dia sibuk
Hingga tak terbalas mesejku.

Moga mesej2ku menceriakan hari si dia setiap hari.

Chaiyok2 awak.

Halal ke?

Kat feri aku rasa agak dahaga. Pergilah bawa batang tubuh ni ke kedai mini di dalam feri.

"Beli air mineral la, mesti halal."

Kemudian mata tertatap pada air 100 plus.

"Hmmmm...xpe la, beli je la air mineral," lantas pulang ke tempat duduk.

"Eh, nak tanya la. Ko rasa air 100 plus kat thailand ni halal tak?" dan kami tergelak sendirian.

"Susah soalan ko tu, wan."

#OK3M

Tuesday, March 22, 2016

Simkad

"Hp sy kena reset...
So hilang all da things....sedih.....uhuk3...😭😭😭"

"😣 uuuuii. Byk la benda hilang kalo camtu," lalu aku memberi pelbagai cara untuk save nombor kenalan...
.
.
hinggalah
.
.
"Atau... awak set balik kat sim card. Walaupun tak banyak boleh save, tp still awak blh simpan  no contact yg penting2 n utk emergency je kat sana."

Dan andai ia berlaku, aku agak tertanya-tanya samada namaku tersenarai di dalam simpanan sim kadnya.

Namun andai tiada, mungkin...

Nomborku sudah tersemat di hatinya. Hahaha...

Saturday, March 5, 2016

Chalk Art II


Chalk Art ke-2. Hahaha...

Pukul 10.50 pagi dah sampai ke umah pengantin - Somban. Makan2 sikit, then dengan segan2 pegi ke papan hitam. Kanak2 lak tengah busy menconteng papan hitam tu. Hahaha...  Nasib baik diaorg beralah. Uhuk2.

Padam, padam. Lap dengan kain bercelup air. Owhhh, si pengantin dah ada kapur berkaler. So, start la sketching dulu. Dah puas hati dengan ruang dan gaya tulisan, baru kapur dicelup air dan start tekan kapur kat papan hitam.

Thanks a lot masa ni kat blogger2, shark (syaffiq) dan fatirah dan kawan dia sebab teman n kasi sokongan kat belakang. Membuatkan aku rasa berani nak conteng2 papan hitam depan tetamu2. Hahaha....  "dah lama dah aku tengok hasil seni ko, ni first time aku dapat tgk live."

Dalam 15 minit dah siap. Yeay. So, pas snap2 picture, disebabkan awal lagi, kami pun g ke masjid dulu. Rehat2 kat sana. Opssss, sebelum tu....kami dah sorokkan kapur dan pemadam kat dalam shopping bag. Sebab memang tahu kanak2 ni suka tunjukkan kekreatifan mereka. Mau rosak nanti hasil karya kalo dibiarkan.

Pas rehat kat masjid, Syaffiq sengaja antar wassup kat pengantin, ckp yg kami dah settle n dah nak balik. Tetiba dpt reply, "weh, chalk art dah kena conteng".

Uhhhhhh.... jap. Bukan kami dah sorok ke kapur dan pemadam? Masa ni dah pukul 12. Bergegas ke umah pengantin balik. Ingatkan conteng sikit je... perghhh, rupa2nya kanak2 tu terus padam. Terus lesap. Siap diaorg tengah busy conteng2 lagi. Wooooooo... memang nak nangis. Down kejap. Hahahaha...

Xpe2, sempat lagi ni. Pujuk aku... pujuk diri sendiri. Keluarga pengantin minta maaf. Hahaha... dengan rushing, one more round...conteng2 lagi, start from sketch balik. Terdengar suara seorg kanak2, "ummm, rugi ke kita lukis2 tadi. Habis dah dia padam lukisan kita." Hahaha....

Tengah2 conteng, tetiba dengar pengumuman yg pengantin lelaki dah nak sampai. Hahaha... lagi kelam kabut nak siapkan. Again, thanks syaffiq sebab tenangkan aku. "Rilek wan, buat pelan2." Hahaha...

N Alhamdulillah. Settle sebelum pengantin lelaki sampai. Hohoho...
.
.
.
.
Masa nak balik, jenguk2 chalk art. Hahaha... ada gak kesan conteng sikit. Xpeee... sikit je. Hahaha... nasib baik dah minta adik pengantin terus sorokkan kapur n pemadam dalam bilik.

Anyway, selamat pengantin baru for both of you, Aqueqin n quddus. Jumpa nanti kat Koh Samui. Hohoho...