Search This Blog

Tuesday, July 8, 2014

What u give u get back, in shaa Allah

Assalam, heee... jumpa lagi... just wanna share about my accident and scooter broke down experience.

Alhamdulillah, walaupun banyak kali motor rosak n jatuh motor, dugaan yang Allah berikan bagaikan dipermudahkan.

1. Tayar Pecah Masa Memecut 120km/j
     First experience moto rosak.... hoho... masa on d way pegi kerja. Tgh memecut laju kat lorong paling kanan, tetiba rasa x stabil kat belakang. Cepat2 cuba himpit ke lorong paling kiri. Alhamdulillah xjatuh masa tayar pecah. Kalau x, xtahu la apa yang jadi.. hee...
Bila turun dr motor, termenung 5 minit... xtahu nak wat camne... kali pertama katakan tersadai. Haha... so, mula2 call senior dulu, ckp moto rosak, n akan masuk lewat. Then, tgk sekeliling, Alhamdulillah dekat area Puchong, kawasan bandar. So, tolak motor dalam 200 meter (peluh gak tu.... haha), trserempak dgn mat moto. Dia ckp, ada kedai moto depan simpang, so, mmg xyah nak tolak2 jauh2. Hehe...

2. Jatuh Moto Masa Nak Berhenti
      Yg ni kelakar...haha... disebabkan nak selamatkan n xnak kasi jam tangan basah, sy decide nak benti kat tepi jalan. Masa tu dah dpt expect yg kawasan tepi jalan tu licin sbb berumput. So, apa lagi, pelankan la moto tu... nak jadikan cerita, dah pelan2 tu, blh gak jatuh. Hoho... sgt klaka cara terjatuh... Pengalaman berdarah pertama kat jalan raya. Masa ni, xpakai glove lak, sbb xnak kasi glove basah (wrong decision... haha... patut masa hujan la kena pakai). Alhamdulillah, dapat gak bertahan bawak moto dgn tgn n kaki berdarah sampai balik semula ke opis. Thank you kpd org yg tlg balutkan luka. Haha

3. Belt Putus Masa Turun Bukit
     Time nak balik umah, awal2 keluar dr opis, kat traffic light, mmg dah dgr bunyi pelik kat moto. Masa tu, sy pikir positif (kuikui, pikir positif xkena tempat). Pikir yg maybe bunyi tu dr kereta sebelah. Siap sempat doakan lagi kat kereta tu supaya kereta tu xrosak tgh2 jalan, haha...Then, teruskan la perjalanan cam biasa. Bila dah masuk highway, tetiba masa nak pulas minyak, xle nak laju. Bau hangit lak kat bawah moto. Sah, moto ni yg masalah, bukan kereta sebelah tadi.. haha... Alhamdulillah, Allah mudahkan lagi ujian dgn putuskan belt moto masa tgh turun bukit. So, masa tu, meluncur je la moto tu, wpun kena horn dgn lori kat belakang. (Xpe2... driber lori tu mesti xtahu apa yg sy alami. Kalo diaorg tahu, mesti diaorg xhorn, mesti diaorg tlg angkut moto tu terus ke bengkel, hehe). N Alhamdulillah lagi, pas turun bukit tu, betul2 ada R&R kat depan. So, moto tu park kat stesen minyak dulu. Call abg, suh dia pick-up, then esoknya baru cari bengkel. Yeaaaa... first time bawak moto, tp xyah guna minyak... sbb abg pomen tolak scooter guna moto dia. Haha... sian dia, sakit kaki pastu.

4. Jatuh Moto Kat Lorong Moto Plaza Tol
     Peristiwa berdarah ke-2. On d way ke opis, tp hujan. Sbl gerak, dah bgtahu senior yg sy akan masuk lewat sbb lebat. Bila tgk jam dah menghampiri kul 10, rasa x sedap lak kalo g kerja lambat sgt, so, redah je la hujan sambil pakai baju ujan. Sambil bawak moto, sambil nyanyi... sampai lirik '...fantasizing my own tragedy' (tu a... lain kali zikir, jgn nyanyi pelik2. Hee..), sampai suda kat plaza tol. Kalo tol, lorong moto biasanya bahaya sikit sbb ada corner tajam. Bila nampak bonggol, sy pun tekanlah brek (maybe part ni yg salah, sbb guna dua2 brek, haha...). So, bila jalan licin, tekan brek masa bawak lelaju, jawabnya jatuh la moto tu.Alhamdulillah sbb moto yg follow belakang sempat ngelak.. kalo x, mmg dah kena *ilis (xnak mention, hoho... bilis kot) dah dgn moto tu. Bila jatuh, kaki tersepit kat bawah moto. Fikiran pun jadi blur. Everything seems to be in the slow motion. Abg moto yg follow tu terus benti tepi n tolong alihkan moto. Masa tgh duk pikir nasib kat tepi jalan, abg moto tu tolong seluk poket untuk ambik hpon sy. Sekali lagi, sy call abang. Banyaknya jasa dia.. hehe. Masa nunggu bantuan dr abang, ada mak cik cleaner kat sana yg concern, borak2 dgn dia sambil tahan sakit. Dia ckp ," kwsan tu mmg keras. Byk moto jatuh. Maybe ada 'benda' kat situ. Kena kasi makan 'benda' tu." Alamak, mak cik, jgn takut sampai kena kasi makan kat makhluk tu.
Alhamdulillah sbb pancit kat plaza toll sbb blh jadi landmark yg mudah... hee...

5. Tayar Pancit Kat Petronas
     Haha.... yg ni masa rushing nak hantar dokumen ke bank. Terima kasih kat senior (senior ke? Haha) sbb tolong. Alhamdulillah, tempat pancit tu tempat yg selamat. Weeee.... First time bawak moto ke bengkel dgn tayar pancit. Bawak 20km/j pun kena hati2... hehe... sbb x stabil. Uhhhh...

6. Belt Putus Lagi Dekat Sekolah Ma
      Weee... panjang lak entry kali ni. K, sambung2. Yg terakhir, hari Isnin lepas, 7 Jun 2014. Masa start bawak moto ke opis, mmg dah dgr bunyi pelik kat bhg enjin. Tp nak sedapkan hati, wat xtahu je. Haha... Then bila rasa makin xsedap hati, terus doa...(nak dapat berkat doa org puasa, kan doa org puasa antara doa yg mudah diperkenankan, heee) "Ya Allah, jikalau Engkau nak taqdirkan motoku ni rosak pada pagi ini, Engkau rosakkanlah sbl aku masuk highway, dan Engkau permudahkanlah". Alhamdulillah, termakbul. Moto tu rosak dekat perhentian bas. Bila pulas minyak, mmg xjalan. So, sah la... berdasarkan pengalaman, belt putus. So, lagi sekali, dalam keadaan berpuasa ditolaknya moto ke tempat selamat n Alhamdulillah sekolah ma saya mmg kat area sana. So, tolak dlm 300 meter je. Weeeeee... sekali lagi, call majikan, ckp masuk lambat n call abang untuk bantuan. N suprisely, my brother bawak kawan dia n kawan dia bawak storm. Maybe sbb  dia dgr sy ckp moto xle nak gerak. So, kami angkut moto tu naik storm. Akhirnya merasa gak ye ko 'Icon' untuk menunggang. Haha... selama ni asyik ditunggangi. Rasa cam tgh mencuri moto sendiri lak. Takut lak org sekeliling pikir lain. Haha....


Akhir Kalam
So, bila dipikir2 balik, nape Allah mudahkan dugaan ni. Teringat kat suatu hadith:

Daripada Abu Darda’ RA bahawa dia mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya : “ Tidaklah berdoa seorang muslim terhadap saudaranya secara ghaib (tanpa diketahui oleh saudaranya itu) melainkan akan berkatalah para malaikat, engkau juga beroleh yang seumpama dengannya.” (Riwayat Muslim).

Dalam satu riwayat lain juga daripada Abu Darda’ RA, Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Doa seorang muslim kepada saudara muslimnya secara ghaib (tanpa pengetahuan saudaranya) adalah mustajab (diterima), di sisi kepalanya malaikat yang diutus Allah setiap kali dia mendoakan saudara muslimnya dengan doa yang baik, dan berkatalah malaikat itu, amin!, engkau juga beroleh manfaat yang sama.” (Riwayat Muslim).

Daripada Ibnu Umar RA, Rasullulah SAW bersabda yang bermaksud : “Doa yang paling segera dimakbulkan ialah doa secara ghaib (tanpa pengetahuan orang yang didoakan itu).” (Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi).

So, lain kali, jika korg jumpa kenderaan yg rosak tepi jalan, ambillah peluang untuk mendoakan mereka. Lagi bagus kalo korang dpt berhenti n kasi bantuan secara fizikal. Alhamdulillah siap gak entry ni, n dah berapa kali korg detikkan perkataan Alhamdulillah sambil baca entry ni agak2. Hohoho...

Anyway, I love my Icon sbb hadiah dr ma sendiri.

Tammat