Search This Blog

Monday, February 23, 2015

Myalgia

Yeay.... main-main di taman tema - Berjaya Times Square.

Mmg mengimbau pengalaman kat USS. Amongst the best day ever bersama kawan2 sekerja. Bila la lagi nak hang out cam dulu. Haha....

Mula2 rasa teruja nak mulakan mainan sbb dah pernah rasa debaran memberhentikan jantung masa main mainan ekstrem cenggini. Disebabkan kakak sy first time main, maka kami pilih mainan yg nampak childish dulu untuk panaskan badan. Mainan kereta yg bergerak laju dlm bulatan yg berombak (sila baca macam pembukaan doreamon).

Sy duduk tepi kakak sy, dan dia duduk kat bhg dlm. Awal2 dia dah cuak, haha... bila kereta dah start gerak, mula2 pelan je. Dalam hati, tergelak... cam mainan budak2 je. Makin lama, kereta gerak makin laju, berombak2. Haha.... woaaaa...dah start rasa berdebar n hormon adrenalin pun dah dirembes. Mainan budak2 besar ni. Wahahaha... yg kelakar masa ni, disebabkan kami (my sis and I) terlampau ringan (uhuk2, usah ditanya berapa berat) dan momentum, kakak sy terpelanting n himpit sy. Uiii... kesian dia, dia try push herself utk duduk balik kat seat dia, tp slp berusaha keras, akhirnya dia redha je. Xle nak wat apa. Terus himpit adik dia ni.Haha.....

Then main mainan ke2. Kereta berpusing terapung berpusing (sgt xsedap nama yg diberi, slamber). Yg ni agak memalukan, sbb kali ni sy lak yg xle duduk kat seat betul2. Ringan sgt. Hahaha...nasib baik x terpelanting keluar. Nasib baik ada seat belt. Habis je main ni dah start pening2. So, ktorg decide utk main mainan yg x extreme sementara redakan pening.

Mainan ke 3. Bumper car. Uishhh, kakak sy ni sibuk nak naik satu kete dgn sy. Alasan dia xde lesen. Erkkkkk.... xpe la. Haha... yg ni ok la.... xde terpelanting terpelanting dah walaupun kami ringan. Kuikuikui...

Then, mainan ke 4. Roda berpusing 360°. Wahhhh.... yg ni mmg teruja. Bila mainan dah start, lantai kat bawah diturunkan (teringat mainan superman kat USS yg lagi menakutkan). Woaaa... seriously mendebarkan terutamanya bila kaki kat atas n kepala kat bawah, cam nak jatuh dah. Habis je mainan ni, dah xlarat nak main game lain. Sbb dah lapar n pening. Hoho... so, rehat2 jap sambil makan.

Sambil2 makan tu kami tgk game DNA MIXER (ok, yg ni mmg nama sebenar game tu, bukan rekaan cam kat atas-atas tu). Game yg kami nak cuba. Pusing 360°, lelaju in unexpected direction. Tp bila tgk mainan tu cam lama sgt je. Hoho...n ada yg sampai muntah2. Kami decide utk batalkan hasrat di hati. Lgpun kami baru makan, mmg kluar balik la kalo main benda tu. Hahaha.... so, habis la mainan kami berharga RM48.

Sy share dgn kakak sy cara nak prepare minda. Ckp kat dia, awal2 mmg kita akan rasa takut dan berdebar sesgt sbb kita xle expect benda yg akan berlaku, n benda tu berlaku sgt laju. So, take time, try utk dapatkan pattern mainan, bila kita dah biasakan diri, dr perasaan takut tu kita ubah jadi perasaan enjoy.

Org ckp, sbb utama kita takut adalah sbb kita xbiasa n kita xkenal benda benda yg kita takut. Sbb tu salah satu terapi org fobia adalah dgn memaksa mangsa selesakan diri dgn benda yg dia takut.

Next tips, cuba fokus mata pada benda yg jauh. Bila kita berputar laju, mata xdpt nak fokus kat objek yg dekat. So, pandang benda yg jauh, yg xbergerak. Ala2 memandang bulan purnama bila memandu kereta. Hahaha....

Last tips, enjoy. Kakak sy tutup mata, terutamanya masa naik roda berpusing 360°. Sy lak suh dia enjoy the view. One way utk enjoy (wan's way, hoho), instead of screaming 'aaaaaaaaaaaa', sy kluarkan bunyi 'woaaaaaaaa', bunyi org excited, haha. Owh, sy try nak jerit, tp mmg xpernah kluar suara jeritan. Hahaha... so, just blh kluarkan bunyik jek.

Then, 2 days after..... terpaksa mc. Disahkan myalgia. Haha...mmg jenis otot xkuat. Uuuuuu....nasib baik taman tema ni just ada had ketinggian, n xde hadberat. Kukuikui

Saturday, February 7, 2015

Kenang Si Kunang-Kunang

Catatan Tujuh Februari Dua Ribu Lima Belas:

Si kakak berlari-lari mendapatkan si ibu menyatakan dia sudah berjaya menangkap si kunang-kunang. Ditunjukkan pada si ibu botol yg mengandungi si kunang-kunang. Dibuka penutup botol tersebut, disangka si kunang-kunang telah jinak, namun meleset sangkaan si kakak. Terbang entah ke mana si kunang-kunang si kakak.

Datang pula si adik berlari-lari keanak-anakan dengan tangan terkatup rapi. Dilihatnya melalui celah-celah jari-jemarinya cahaya si kunang-kunang. Yakin dengan hasil tangkapannya. Bila ingin dipersembahkan buat ibunya, dibuka katupannya, namun si kunang-kunang entah ke mana. Terpinga-pinga si adik bersendirian.

Si abang muncul secara senyap menghampiri si ibu. Suara bisikannya menyatakan adanya si kunang-kunang di taman terlarang. Dikumpulkan ahli-ahli, dipersiapkan kelengkapan. Tanpa persiapan rapi, berangkatlah mereka.....

si kunang-kunang|kita hanya merancang|rancanganNya yg terbaik|terus yakin