Search This Blog

Thursday, December 31, 2015

Tipu!


Tipu!
Aku tahu kau tipu
Sudahlah...
Senyuman kau tu
Nampak sangat tipu
Fake!
Semua orang boleh kesan
Tak payah nak sorok
Jelas sangat, sungguh jelas
Kau saje je buat-buat senyum kan?
.
.
Dan butiran mutiara mula bercucuran.
Ya, aku sedang menipu
Tipu yang aku ni kuat
Cuba tutup kelemahan dengan senyuman.
.
.
Kata dia.
Be strong my friend.
Kau tetap nak senyum walau dah nampak weird.

Monday, December 28, 2015

Mendiam...syhhh


Syhh... aku sedang
Berlatih mendiam
Kerna azam lamaku
Ingin membisu

.

Retaknya azam lamaku
Dipukul lantangnya suaraku
Maka sila
Bantuku membisu
.
.
.

Agar kelihatan tiada kerinduan
Agar hilang kepedihan
Agar terbuka
Butir kata dan hatinya

Tuesday, December 22, 2015

Hadiah Air Tangan

Perbualan di sebuah tempat membeli-belah di luar negara.

"Eh, lawanya handbag ni. Nak beli a dua. Satu untuk sendiri, satu lagi untuk mak," kata seorang wanita kepada kawannya.

"Jap, kamu xnak beli sekali ke? Kot2 dpt diskaun lagi byk, kalo beli byk," sambung dia.

Kawannya hanya menggeleng kepala.

"Belilah satu untuk kawan special? Dah ada kan? Ni macam lawa. Murah lak tu," pujuk dia.

Geleng lagi kawannya sambil tertunduk, senyum tersimpul malu, "Takpe la akak. Hee..."

"Ala~ xromantik la kalo xbeli," kata dia tanpa putus asa.

"Haha..." kawannya hanya mampu tergelak kecil.

Mereka pun balik ke hotel.

Sedang wanita tersebut membelek-belek handbag yg baru dibeli, tiba2 satu mesej masuk.

"Akak,  sebenarnya mmg sy nak beli something istimewa utk kawan istimewa sy. Cuma sy takut...
takut dia akan rasa bersalah kalo dapat hadiah mahal daripada sy. Sebelum ni mmg dah banyak hadiah yg sy kasi kat dia. Dan dia pun sebenarnya nak balas hadiah2 tu, cuma xde peluang lagi.
So, better sy kasi hadiah yg kecik2 dulu. Sy lg suka kasi hadiah hand made, nampak lg ikhlas dan ada air tangan sendiri.

Anyway, thanks for your suggestion, hehe... :')".

#perbualan lama dulu sbl dpt

Monday, December 21, 2015

10 Minit


Yang aku inginkan hanyalah 10 minit
Aku merancang, berdoa, meminta
Tapi pemberianNya Maha Luas dari yang dipinta
480 minit yang diberikanNya

Yang aku inginkan hanyalah bertemu seorang
Aku mengatur, menadah tangan, mengharap
Dan pengharapanku mungkin terlalu kerdil
7 sahabat dipertemukanNya

Yang aku inginkan hanyalah memberikan hadiah
Aku menyedia, membalut, aku tinggalkan
Tapi perancanganNya Maha Teliti
DiberiNya peluang untuk membelanja makanan

Dan aku bertanya sambil sujud bersyukur, kenapa aku selalu putus harapan bila diuji dengan sedikit ujian apabila dibandingkan dengan nikmatNya?

#setelah lama xbersua
#yeay.dah borak2 sikit
#happy day
#your.present.is.the.best.present - (kehadiran awak adalah hadiah paling bermakna)

Thursday, December 17, 2015

Handphone Lama

Korang pernah tak baca surat khabar. Sampai ke satu muka surat tu, terpampang iklan handphone.

"Wow, lawanya," terdetik dalam hati. Tapi korang cuma tengok sekali imbas dan baca penerangan ringkas je pasal handphone tu.
Kemudian korang terus belek ke muka surat lain tanpa mengingati mengenai handphone tersebut.

Agaknya sebab apa?
.
.
.
Sebab korang dah rasa cukup - qanaah. Cukup dengan apa yang korang ada sampai benda yang lebih baik pun korang pandang sebelah mata je. Walaupun handphone korang ada masalah, dah ketinggalan zaman sikit etc.

Camtu juga dengan hal pasangan. Pasangan yang merasa cukup dan menerima seadanya pasangannya, walau lihat seseorang yang lebih cantik, lebih budiman daripada pasangannya, dia takkan endah pun.

# orang camni nampak cam sangat setia, walaupun banyak kekurangan tapi masih sayang untuk melepaskan
# yang setia dengan handphone lamanya. Hahaha....
# terlalu banyak kenangan katanya

Novel Kita


Maaf, aku down lagi.
Hahaha... kerna lama 'suara'nya tak bersinggah
Hingga asyik teringat pada seseorang
Lantasku 'belek' tulisan yang kunamakan 'NOVEL KITA'

NOVEL KITA
Koleksi 'kata-kata' kita, yang bunyinya tiada kedengaran
Hanya coretan tulisan yang bunyinya bisa ditatap
Lahir semenjak dua puluh tiga April 2012.

Kata orang
Tatkala kepercayaan mulai runtuh
Toleh ke belakang, intai kembali lembaran semalam
Nescaya terselak seribu hikmah.

Dan aku tersenyum kembali
Betapa cekalnya aku
Hingga kini masih menongkah ombak air mata
Menebalkan NOVEL KITA yang tidak kesudahan

Dan aku juga ternampak
Seribu satu usahamu sebenarnya.
dan aku tersenyum lagi, tergelak, terima kasih
Lalu aku menyambung 'menulis' NOVEL KITA

# hahaha... penat membaca novel kita. Beratus2 muka surat. Tapi tersenyum puas
# jom kita habiskan cerita NOVEL KITA dengan ending yang comel (bak kata si dia, hahaa)

Saturday, December 12, 2015

Bulan ke-4

"Jemput datang ye esok",
Aku padam,

"Esok datang pukul berapa ye?",
Aku tekan backspace laju2,

"Kita jumpa esok",
Aku select all, delete.

Aku mendesak untuk hantar,
Namun aku takut.
Takut sedih dan kecewa lagi,
Seperti bab-bab sebelum ini.

Dan aku ambil keputusan
Tak mahu terlalu mengharap sudah
Andai bertemu, ianya adalah satu hadiah.
Andai tidak bertemu, umm....

Ada jodoh, kita jumpa la
16 Ogos kali terakhir
4 bulan lamanya
Lamanya sudah tak bersua.

Hahaha...

Negativity drain energy. Nak tido.

Thursday, December 10, 2015

Mini.On


Pukul 12 malam, sedang nyenyak tidur tetiba bunyi wassup masuk.
Bila buka handphone, ternampak satu mesej,
"bananananana ~~~"
Hahaha... lagu minion.

Then sy balas 😑. Dan sambung tidur.

Keesokan pagi lak, dpt lagi wassup,
"Eii.. potatonaaa~~"
Hahahaha.. lagu minion lagi.

# 6.12.15 | 2 baj | 15 dai | 5 doug | 1tupp | 1 minio |

Saturday, December 5, 2015

Malu-malu si anak kucing


Ada tiga ekor kucing baru yang datang bertandang minta makanan kat umah kami. Si ibu dan dua anak.

Si ibu dan seekor anak tu akan datang mendekati kami bilamana kami membuka pintu. Mengiau-ngiau meminta makanan.

Tapi aku tertarik dengan seekor lagi anaknya. Bulunya ada 3 warna. Dari pembacaanku, andai kucing ada 3 warna, maknanya betina.

Anak kucing ni agak pemalu. Dia akan cuba mendekati, namun bila aku menghulur tangan nak manja-manja dengan dia, dia akan lari menjauhi. Tapi akan menoleh kembali.

Hahaha... dan aku teringat seseorang.

Ke memang aku ni spesis yang suka kepada si pemalu.

Malu-malu lak si anak kucing ni.

Susah betul nak tangkap. Hahaha...

Friday, December 4, 2015

Tidak Tahu Lebih Baik?


Seorang wanita menemui bekas teman lelakinya.

"Awak, awak ni memang suka sakitkan hati saya kan. Kenapa tak teruskan hubungan kita? Ada benda kan yang awak sorokkan, yang awak tak nak saya tahu?"

Si lelaki berhenti menyapu di laman rumahnya. Lantas lelaki tersebut menuju ke pintu rumah.

"Haaa... macam ni la. Apa benda yang saya tak tahu? Cuba beritahu, mana tahu kita boleh selesaikan," nangis si wanita.

Si lelaki diam sahaja. Terus berjalan ke pintu tanpa menoleh.

Sampai di dalam rumah, baru dia bersuara,

"Ada benda yang perlu kita tahu dan ada juga benda yang lebih baik kita jangan ambil tahu langsung.
Khuatir bila kita tahu benda tu, ia hanya akan lebih merosakkan diri - sedih - hampa.
Biarlah sedih tersedu tertanya-tanya daripada sedih meraung menyelak kebenaran"

Kemudian pintu rumah tertutup.