Search This Blog

Friday, December 4, 2015

Tidak Tahu Lebih Baik?


Seorang wanita menemui bekas teman lelakinya.

"Awak, awak ni memang suka sakitkan hati saya kan. Kenapa tak teruskan hubungan kita? Ada benda kan yang awak sorokkan, yang awak tak nak saya tahu?"

Si lelaki berhenti menyapu di laman rumahnya. Lantas lelaki tersebut menuju ke pintu rumah.

"Haaa... macam ni la. Apa benda yang saya tak tahu? Cuba beritahu, mana tahu kita boleh selesaikan," nangis si wanita.

Si lelaki diam sahaja. Terus berjalan ke pintu tanpa menoleh.

Sampai di dalam rumah, baru dia bersuara,

"Ada benda yang perlu kita tahu dan ada juga benda yang lebih baik kita jangan ambil tahu langsung.
Khuatir bila kita tahu benda tu, ia hanya akan lebih merosakkan diri - sedih - hampa.
Biarlah sedih tersedu tertanya-tanya daripada sedih meraung menyelak kebenaran"

Kemudian pintu rumah tertutup.

No comments:

Post a Comment