Search This Blog

Monday, April 25, 2016

Terbanglah walau gentar

Dia gentar.
.
.
Lalu aku membisik;
"Detik2 awak berdebar maybe akan last only 10 minutes
Tp memori yg awak create akan last forever.
Lets create sweet memory together this sunday.
🙊🙊🙊
😊😊😊"
.
.
Kibarkan sayapmu.
Kamu ingin namun gentar.
Aku pun ingin. Melihat kamu terbang.
Lalu mendarat, puas tersenyum.
.
.

Sunday, April 24, 2016

In Shaa Allah


In Shaa Allah.
Dan aku tersenyum setiap kali ungkapan itu dia ucapkan.
Subhanallah. Manusia berubah.

Dia pernah.
'Saya pasti akan'. Katanya.
Namun itu dulu. Dia yang dulu.

Dia pernah.
'Saya akan.' Katanya.
Itu pun dulu. Dia yang dulu.

'Saya pasti akan'.
'Saya akan'.
Dan aku biasanya menangis menanti.

'In Shaa Allah, saya tak janji'.
Itu yang sepatutnya.
Bagusnya dia. Banyak berubah. Baik orangnya.

Aku pula? In shaa Allah cuba juga berubah menjadi baik, dan buat yang terbaik bersama dia. Uhuk2...
Bersama? Xpe, kita usaha ye. Usaha bersama-sama. Hehe..

# saya suka tengok tudung dia makin 'longgar'

Friday, April 22, 2016

Kunci


Hari ni patutnya pegi ke tempat client, kat Pulau Indah.
Bawaklah moto. Pastu tgk minyak ada separuh. Cadangnya nak isi kat area Pulau Indah. Tapi xberani, takut xsempat. Hahaha...
So, sy benti kat Petronas Shah Alam.
Pas isi minyak, sy tutup seat motor. Dan terdiam 5 saat.
"Macam tertinggal kunci bawah seat je"
Dalam kelam kabut, sy try cari kunci kat kocek jaket n poket seluar. Kot2 sy letak kunci motor kat sana. 😭😭😭
Mmg sah kunci tu kat bawah seat. Sy try kopak seat, xdapat. Dah blur xtahu nak buat apa...
Last2 sy tolak moto kat depan kedai petronas tu. Uhhh... nak try call umah, tp.... tablet sy letak dlm box moto. Kunci box kat bawah seat gak. 😭😭😭 menangis lagi sekali. Hahaha....
Then, sy masuk kedai, tanya cashier tu tahu tak nombor teksi. Suma xtahu. Uhuk2....
Pikir lagi...telephone kedai ada. "Xpe la. Saya try cari nombor teksi."
Teringat yg sy tgh galas lap top. Maybe blh google. Tapi, kena ada internet. 😭😭😭. Tgk2 kat atas, cam xde alat wifi pun.
Terduduk kejap kat kerusi sana. Hahaha.... then, try tgk dompet. Kot2 ada business kad kawan2. O business kad ofis sendiri. 😭😭😭. Pun xde. Hahaha... yg ada just kad2 sy yg lama. Dr waja, cic je. Uhuk2.
Nak call umah, xingat lak no baru. Sbb dah tukar unifi, so, no umah dah tukar.
Tetiba ternampak ada seorang security force tgh duduk kat kerusi depan. Tgh main handphone. Sy approach. N minta pinjam tenet. Nak tgk no. opis. Call2, masuk kat fax machine. Hahaha.... nangis lagi.
Then, abang tu ckp, dia jaga area shah alam, kalo nak minta dia hantarkan pun xpe.
So, tumpang la abang tu sampai ke Plaza Perangsang. Yeay... hahaha...
Sampai ke opis, nak call umah xdpt. Tp kawan suggest something.
Dia suh buka gmail, n tgk contact. Kalo ada save contact kat sana okay la.
So, buka, Alhamdulillah ada. Tp xsemua nama ada kat sana.
Call umah 3 kali xterangkat. Call kakak pun xangkat. Call abang ipar pun xangkat. Mungkin diaorg xnak angkat no xdikenali kot. Takut agen insuran kot. Hahaha...😭😭😭
Kawan pun suh pinjam phone dia n wassup kakak. Pun xbalas.
Last2 kawan offer utk hantar balik umah. Yeay. Hahaa.. ambik kunci n terus ke moto.
Bila sampai ofis, kawan tanya. "Hazwan, ni ke gambar kakak hazwan?"
Bila tengok, aikkk... apsal kluar gambar si dia? Hahaha...
Check2 balik gmail contact, aiiiii... camne tah nama kakak tp no lain.
.
.
.
Klakar laa cter awk hazwan
Rase simpati...tp part yg last tuu xjadi nk simpatii..lebih rase geli hati...😂😂
.
.
.
Hehe... dah lama xdpt respon camne.

Friday, April 15, 2016

Pada Hari Ini

Pada hari sebelumnya
Aku tahu selepas detik 0000
Ianya hari yang biasa sahaja
Tak perlu, tak ingin, tak mengharap orang wish.

Tapi kalau Yang Teristimewa wish
Aku perlu, aku ingin, aku harap
Aku dapat balas wishnya dengan sesuatu yang indah dan...
Aku karang, aku save sebagai draft.

Detik 0000 melangkau
Aku cepat-cepat masuk ke kamar
Walaupun aku ingin, tapi aku tak nak terlalu mengharap
Yang Teristemewa wish aku pada 0001

Tapi kelakar
Dalam mengharapkan pengharapanku mencecah 'sifar'
Paras pengharapanku terlalu tinggi hingga tak dapat lelap
'Cepat la wish, cepat la wish. Saya tunggu'

Detik 0830 berlalu
Ya, xperlu kot yang Teristimewa wish
Hari Ini hari biasa biasa sahaja atau
Mungkin yang Teristimewa ingin menjadi yang terakhir.

Mungkin

1746. Yang Teristimewa mesej
Khabarkan yang demamnya tiada kebah lagi
'Awak, saya tak ingin, xperlu, xharap awak wish
Asalkan awak sihat sokmo. Cepat sembuh tau'

Detik 2055, tika bermesej dengan yang Teristimewa
Muncul perkataan 'sempena birthday...
...birthday housemate' dia
'Uhhh, ummm, cepat la ingat Hari Ini, awak'

2340 berlalu
Aku ingin, aku perlu lelap awal
Sebab penat badan menunggang ke tempat client
Mendoakan yang Teristimewa sihat...umm dan tak lupa Hari Ini

0004
Hahahaha.... mata. Nape dikau berkeras.
Kan si minda dah set, aku xingin, aku xperlu, aku xharap pun
Tapi hatiku sangat ingin, sangat perlu, sangat harap.
.
.
.
Xnak orang lain wish. Nak awak je yg wish. Hahaha....

Sunday, April 3, 2016

Anak panah


"Okay, wan. Boleh introduce dah," kata seorang ahli lain.

Dan aku lukis gambarajah. Mengaitkan hubungan antara ahli2.

Hahaha.... dan aku tak tahu samada dia perasan tak.
Kat gambarajah tu, ada satu anak panah yang paling dekat dengan nama aku.
Sengaja aku buat anak panah tu pendek.

Lambang yg dia paling dekat dalam hati ni. Walau dia jauh.
Hahaha...

Perasan tak?

Saturday, April 2, 2016

Aku Nak Watak Tu

Dulu bila aku tengok cerita '1 litre tear',
Cerita pasal seorang wanita aktif,
Tetiba dapat penyakit yang lama kelamaan makin lumpuh,
Tak dapat bergerak. Hingga tak dpt berkata, malah x mampu menelan makanan.

Dan ada watak lelaki yang pendiam,
Sentiasa memerhati, prihatin.
Selalu beri sokongan pada wanita tersebut.
Dan aku ingin melakonkan wataknya.
.
.
Kemudian aku menonton cerita 'the fault in our stars',
Cerita pasal seorang wanita,
Menghidap kanser dan selalu murung,
Dan wanita ini pergi ke perjumpaan pesakit2 kanser.

Dan ada watak lelaki yang sangat caring,
Selalu beri sokongan pada wanita tersebut.
Sangat sweet orangnya, xpernah putus asa.
Dan aku ingin melakonkan wataknya.
.
.
Malam ini aku tonton cerekarama - Fatin,
Ada selit cerita pasal kawan wanitanya,
Xpernah datang period,
Rupa2nya dia dilahirkan tanpa rahim.

Dan ada watak lelaki yang minat dengannya,
Bila diberitakan mengenai ketiadaan rahim,
"Jom, kita kawin sekarang."
Dan aku ingin melakonkan wataknya.
.
.
Bagi aku, bila kita kata kita nak bersama seseorang yang kita suka
Bukannya kita hadirkan diri hanya pada masa dia senang.
Perlu juga hadirkan diri pada masa dia paling memerlukan seseorang.
So, bila boleh ambil saya berlakon?

Hahaha...

Friday, April 1, 2016

Lepaskan. Sila.

Orang kata.
Andai kau ada sesuatu yang kau sayang.
Sayang tak semestinya memiliki.
Yup, kau setuju.
Yang penting sesuatu yang kau sayang tu bahagia.
Walau bukan dengan diri kau.

Orang kata.
Cuba kau lepaskan kesayangan kau.
Biar kesayangan kau bebas.
Andai kesayangan kau pulang kembali.
Itu tandanya kesayangan kau selesa dengan kau.
Dan kau tak bertepuk sebelah tangan.

Hahaha... tapi aku sangat takut.
Takut nak buka sangkar.
Dan melepaskan.
Takpe la. Kita try lepaskan.
Tapi. Pastikan kau pulang tau. Aku terus tunggu.

Haha...