Search This Blog

Wednesday, June 29, 2016

Bungkus

Kadang kala rindu itu tidak perlu engkau luahkan.
Simpan, kumpul, dan bungkus rindu itu.
Kemudian hantar pada si dia.
Melalui doa dan kad raya.
.
.
Hahaha... dah dapat?

Monday, June 27, 2016

Senyum

Aku senyum
Tersenyum
Rasa lain sedikit senyumanku
Setiap ungkapanku bunyinya ceria

Sebab aku dah serik berduka
Aku dah puas membiarkan tisu basah
Namun jauh di sudut hujung mata
masih berkaca

Owh, mata masuk habuk lagi.

Saturday, June 25, 2016

[Kisah Ijam bekas vokalis kumpulan Medicine]


"Ayah saya seorang imam. Ibu saya seorang ustazah. Banyak mengajar anak-anak kampung mengaji, solat etc. Saya satu2nya anak lelaki dalam keluarga daripada 3 adik beradik dan jadi harapan keluarga untuk menjadi seseorang yang berjaya dalam bidang agama. Saya dididik dengan suasana agama. Surah-surah banyak saya hafal."

Okay masa ni saya dah rasa kisahnya sangat menarik. Bagaimana iman seorang ayah tidak dapat diwarisi. Bagaimana seorang anak yang dibesarkan dalam suasana agama boleh tersasar sebelum menemui kembali jalan yang benar.

"Saya membesar di Singapura selama 20 tahun. Bila berpindah ke Negeri Sembilan, masa tu saya tengah menunggu pengambilan untuk kemasukan ke sekolah pondok di Kelantan. Sebab musabab suasana baru, saya mulai tersasar sedikit demi sedikit. Ada jiran sebelah yang selalu pasang lagu rock kuat2. So, bila dah terdengar setiap hari, rasa syoik lak. Depan ibu saya, saya akan berselawat, bila ibu takde je, saya try nyanyi lagu rock. Haha...

Memburukkan lagi keadaan, bila saya buat alasan untuk ke Singapore mencari kerja sambilan. Saya cakap kat ibu saya, saya nak kumpul duit, untuk tampung belajar kat Kelantan nanti. Ibu saya pun percaya. Masa tengah bekerja di Singapura itulah vokalis kumpulan Medicine tarik diri sebab nak cari kerja kerajaan selepas berkahwin. Nak kerja yang secure katanya. Saya pun masuk audition, dan dapat diterima.

Mulalah kehidupan saya sebagai vokalis Medicine. Bila album keluar di Singapura, ada anak-anak murid ibu dan ayah saya kenal saya. "Eh, anak ustazah jadi penyanyi rock". Haha... dan diaorang beritahu kepada ibu saya di kampung. Jeng...jeng..jeng... haha...

Bila pulang ke kampung, ibu tanya saya samada betul tak berita yang dia terima. Masa zaman ni, ibu dan ayah risau kalau si anak terjebak dengan rock sebab kemungkinan besar akan terlibat dengan 3 benda yang tidak elok. Saya iyakan. Dan ibu saya menangis.
.
.
Menangis
.
.
Ayah saya seorang observant. Tak pernah tinggikan suara pada saya. Dan dia datang kat saya dan berkata, "kenapa ibu menangis? Adik tahu tak, setitis air mata ibu jatuh, Bumi akan melaknat kita. Sebelum Allah murka, baik adik minta ampun."

Kemudian ayah pergi pula kepada ibu, "Sabarlah. Mungkin ini satu cara Allah nak BERBICARA dengan kita. Nak menegur kita. Kita banyak beri ilmu dan mendidik anak-anak kampung. Hingga mereka berjaya ke luar negara, berjaya menjadi orang yang berjaya. Ini cara Allah nak tegur kita supaya kita tak timbul rasa ujub, rasa bangga. Sebelum perasaan ujub tu melekat di hati kita, Allah tunjuk yang sehebat mana kita dapat mendidik orang, semuanya dengan keizinanNya. JANGAN SESEKALI MENYUMPAH ANAK. BERDOALAH. DOA ADALAH SENJATA PALING TAJAM. JANGAN PERNAH PUTUS HARAP." Itulah cara ayah saya melihat ujian Allah.

Dan selama 30 tahun. 30 TAHUN lamanya ibu saya berdoa, akhirnya Allah dah puas dengar rintihan ibu saya.

Saya merantau meninggalkan keluarga. Dan hati saya mulai lembut, bila mufti Selangor ketika itu datang dan mentarbiahkan saya. Mufti ada menyebut tentang neraka 3 kali. Hingga bergetar hati. Saya pulang ke kampung saya mula berubah."

# Dan bila saudara Ajim mengalunkan selawat, memang masuk hingga ke kalbu. Sangat sedap
# Kalau korang berpeluang untuk dengar kisahnya secara live, silalah dengar. Seronok dengar dia bercerita.
# Moderator meminta Ajim menyanyi. Ajim nampak macam serba salah. "Ya Allah, Engkau ampunilah hambamu ini andainya aku melalaikan mereka yang mendengar nyanyianku ini"
# Amanat arwah ayah Ajim... "curilah masa kamu untuk solat berjemaah di masjid. Kerana Allah akan bukakan hijab-hijab kepada kamu seperti rezeki, rakan-rakan yang baik etc"

PEREMPUAN TANPA NAMA

Dia tanpa nama.
Hanya digelar si 'Sepupu Muhaimin'
Datang tanpa senyuman
Namun tetap membuatkan kami tersenyum
Mungkin
Kerana dosanya tiada. Bersih suci
Selamat tiba ke dunia baru
Wahai perempuan tanpa nama.
Senyumlah. Usah menjeling.
Nanti namamu akan tertulis.

Friday, June 24, 2016

Jumpa Dalam Mimpi

Ada ketika
Selepas aku hantar mesej di awal pagi
Dan menanti...
Menanti...
Dan menanti...
Owh, dah malam. Hahaha....
Aku masih mengharap dia membalas
Walau aku sudah terlelap.

Supaya aku boleh membalas,
"Lamanya awak nak balas.
Saya dah jauh dah masuk ke alam lain.
Xpe la...
.
.
.
Kita jumpa kat alam mimpi ye.
Hias comel2. Jangan lambat.
Hahaha."

Dan itu hanya mimpi.
Tapi dia muncul jua.
Aku tersenyum.
Umm....

Bila buka mata,
sangat harap aku disambut
dengan mesejnya di alam nyata
Supaya aku tahu yang dia selamat sampai dari alam mimpi.

Jumpa lagi ye
Di alam mimpi.
Umm...

Thursday, June 23, 2016

Tahan Diri

Tahu tak perasaan menahan diri dari menghantar mesej kepada seseorang yang kau sedang terbayang2?
Hahaha... mesej yang lepas pun masih tak balas.
So, mesti dia tak layan mesej baru. Virus jahat meracuni minda.
Busy.....xyah la kaco.
Macam terhegeh-hegeh pulak.

Dan perasaan menahan diri tu macam...
Macam tengah tahan tembok besar.
Yang sebenarnya tembok tu adalah jari gergasi kau.
Jari gergasi yang cuba menekan butang di skrin handphone.
Gigih kau menahannya.

Hingga terpercik air peluh.
Bezanya air peluh tu keluar dari mata.
Pelik betul air peluh ni.
Tetapi...
Lagi pelik imaginasi aku.

Haha... entahlah.

Friday, June 17, 2016

Sajak Bertintakan Air Mata

Si adik baca buku sajak yang dibeli abangnya.

"Apa la buku yang mung beli ni. Dua baris ayat je satu muka surat. Adik pun boleh karang."

Hahaha.... iyep. Buku tu ada bebebeberapa helai muka surat sajak dua baris ayat.
Mungkin orang biasa baca selama 3 saat - membaca secara harfiah.
Tapi aku pula, baca baris ayat tu dan terhenti, ulang balik baca yang sama selama 7 minit.
Sebab aku faham perasaan penulis bila dia menulis untuk mengeringkan air mata.

Sajak bertintakan air mata.

Bed Time Story II


Aku bercerita
Kisah pendek
Kadang kala
Kisah yang panjang.

Biasanya
Bila aku dah habis bercerita
Pasti sunyi
Tiada bunyi.

Owh, dia dah tidur rupanya
Dek cerita aku.
Bosankah
Atau terlalu seronok mendengar bed time story?

Xpe la.
.
Nah selimut.
Malam ni sejuk kerana hujan.

Wednesday, June 15, 2016

Mekap


Kau nampak 'haha..' dia
Kau nampak 'hee..' dia
Kau nampak smiley dia
'Owh, bagus. Dia happy'

'Haha..' itu bedaknya
'Hee..' itu maskaranya
Smiley itu gincunya
'Happy' itu wajah yang dimekap tebal

Suatu hari
Suatu ketika
Tika bahan mekapnya habis dipakai
Terkejut kau lihat parutnya.

Tuesday, June 14, 2016

Pelangi Malam

Tik...tik...tik...
Hujan turun
Lekuk di pasir mulai muncul

Orang kata, selepas hujan
Pelangi akan menjelma
Tapi hujan berhenti di tengah malam.

Krik..krik..krik..

Saturday, June 4, 2016

Dunia tanpa penghuni


Berehat, rasa macam masih belum puas.
Makin tenggelam.
Makin terleka.
Akhirnya dia berkata,

"Bangkitlah, buka mata.
Sampai bila mahu duduk di dunia tanpa penghuni?"

Tiada orang.
Selain dia.
Yang berikannya semangat.
... macam biasa.

Friday, June 3, 2016

Perkara 3


"Assalam, awak. 😊😊😊.
Esok free tak? Dah lama tak borak2... chit chat. Hee...
.
Ada dua benda penting nak bincang dengan awak.
Satu, pasal saya. Ni penting.
Dua, pasal awak. Ni pun penting.

Owh, lupa. Ada satu lagi benda yang lagi penting dari saya dan awak yang nak kena bincang.
.
.
.
Pasal KITA."

😂😂😂... hahaha...
Aku hampir taip ayat ni.
Itulah, lama sangat tak bercerita.
Nasib baik tak hantar kat wassup dia.
Kalau tak, malu je aku kalau dia baca.

Eh, jap. Kat sini dia baca ke?
Alamak, delete2...
.

.
.
.

Mana button delete?

Thursday, June 2, 2016

Menangis, tapi macam mana kalau


Aku menangis
Teresak-esak
Mengalir air mata
Uishhh... kesat-kesat

Jahat dia ni. Suka buat aku nangis.
Tak balas mesej.

Tapi macam mana kalau
Kalau la kan, kalau je la... mana tahu
Masa aku menangis teresak-esak
Si dia pula menangis meraung-raung.

Jahat aku ni.
.
.
.
Dan menangis sebab aku ni jahat?
Sebab aku tak mula hantar mesej?

Bed Time Story

Aku ada
Banyak cerita
Memberontak untuk dikongsi
Dengan seseorang.

Dan. Aku rindu masa silam.

Aku ingin kongsi
Tapi aku takut
Bila bersuara
Hanya suara sendiri bergema.

Dan. Dia rindu masa silam?

Aku tersenyum
Bila si dia tergelak
Terhibur sambil hantar 😊😊😊
Satu kepuasan bagiku

Dan. Boleh kita melangkah kembali ke masa silam?
.
.
Umm. Itu masa silam.