Search This Blog

Friday, June 20, 2014

Tuesday, June 3, 2014

Cabaran Komik Dakwah 24 Jam

Assalam...

Malam 31 Mei (Jumaat) disebabkan ada kelapangan, tetiba lak rasa nak mencabar diri dalam Cabaran Komik Dakwah 24 Jam di UKM, Bangi. Hoho....So, malam tu terdaftar la diri ini.

Disebabkan cabaran start kul 12 tgh hari hingga 12 tgh hari keesokkannya, maka sy pun bawaklah baju, tuala, alat mandi bagai. Haha.... Alih2, xsempat pun nak bermandi manda...

Idea komik mmg dah ada, berkisarkan poster yg sy pernah lukis 2 tahun lepas - 'Choice of Life'. Mmg rasa cabaran ni adalah medan terbaik utk kupas mengenai poster tu ke dalam bentuk komik supaya org lagi faham makna di sebalik poster tu. Mlm sbl tu mmg idea dtg mencurah2, Alhamdulillah.heee...

Actually, jarang sgt sy wat komik. Paling last rasanya bertahun tahun tahun tahun tahun lepas, bila tah.... masa nak masuk pertandingan melukis komik majalah Gempak, tp x siap- siap. Hoho...

Mula2 cabaran, suma peserta dah start lukis2. Dalam fikiran sy fikir mesti diaorg dah rangka kat umah, dah buat storyline n storyboard. Sy lak baru nak wat budget masa, kuikuikui.... org akaun, kena la wat budget dulu. 1jam setengah pertama utk wat storyboard, then budget sketch dalam 3 pages dalam 2jam, then inking lagi... campur rehat2.

Nak lukis2 xle stress2..... kena enjoy.. haha..so, setiap kali siap draft storyboard n sketch 1page, haruslah berjalan2. Tp tgk peserta lain byk yg tekun kat meja... penganjur siap pesan awal2 supaya ambil peluang ni utk bersosial n berkenalan. Jalan punya jalan..... WOW.... ramai yg professional. Suma dgn style sendiri. Jalan2 lagi, eh, lukisan ni.... pernah tgk kat fb... happy to meet fb friend face 2 face. Hee...

Kul 2.30 ptg baru siap draft storyboard. Uiiii... org lain dah siap sketch 2, 3 pages. Uhhhh... so, pas solat n makan, terus sambung sketch for the 1st page. Sy kongsi tips camne nak kurangkan kerja melukis dgn peserta kiri n kanan. Lukis 1 panel je utk 1 muka surat. Hoho... Dak sebelah lagi kreatif, gabung 2 pages jadi satu panel. (Panel tu maknanya kotak komik).

Makanan xdisediakan ye..sedihnya. Alhamdulillah, penganjur baik hati gak utk tlg kami belikan makanan kat luar. Beli la roti, air nescafe, maggi. Rezeki murah lagi, bila mlm tu diaorg belanja Domino... hihihi...

Dah dekat kul 12 mlm, kami dah start cuak sbb xinkg lagi. Haha... so, mmg suma decide xtido mlm tu. Berbekalkan lagu2 yg rancak n nescafe, dpt la jugak kami berjaga... utk memeriahkan lagi mlm mlm cabaran, penganjur menginterbiu sorg2 (agak2 masuk tv x part ni, hahaha). Alhamdulillah, masa ni dekat kul 2 kot, baru siap front page, iaitu cover komik, so, blhlah nunjuk2 sikit kat depan kameramang.heee. Dekat2 nak Subuh, baru ramai yg berehat kejap, lelap2 mata..kul 3.15 dah ada 1st peserta hantar komik. Wow... diikuti peserta wanita yg berumur 15 tah...eh, baru 15 tahun..mudanya.

Pas solat Subuh adalah masa kritikal, sbb sgt mengantuk....haha... masa ni x habis lagi inkg. Uiiiiiiiiii.... Siap inking 1st stage dalam kul 8.30pagi. Cadangnya nak mandi, niat dah ada, tp masa x mengizinkan. Haha... so, mandikan kepala je... cukuplah untuk menzahirkan diri ini sbg org yg pembersih. Syhhhhhh...

Ingatkan part nak finalize inking plus dialog tu sekejap je. Perghhh... sekali dekat 3jam gak... time hujung2 ni mmg dah xde masa nak g round2... hoho... time ni mmg focus. Utk attract org lalu lalang untuk singgah nengok komik sy yg xseberapa ni, saja je sy letak cover komik kat depan, supaya diaorg tertanya2 n tahu tema komik yg sdg dihasilkan. Alhamdulillah, taktik ni berjaya. Hoho...

Dekat 20minit lagi nak habis, Alhamdulillah, akhirnya.... SIAP. Wow, my first comic yg berjaya disiapkan, n dalam masa 24jam. Sbg kenangan, snap2 dulu komik ni, hoho... mana blh, dah bertungkus lumus 24 jam, then xde kenangan. Bila hantar rupa2nya dah ada 14 pelukis dah hantar. So, I am 15th. Heee... Bila dah tamat, ramai gak yg xberjaya siapkan, xpe2.... kita dah usaha...

From my observation, ada beberapa nasihat untuk pertandingan cenggini:
1. Rangka betul2 dulu storyline n storyboard. Sbb nnt akan ada tercicir panel utk dialog etc.
2. Masa sketch, jgn sketch detail. Detail work will be done bila kita inking. Detail sketching akan consume byk masa.
3. To attract org, ink first page lawa2, then letak page tu atas sekali. Pastikan idea mengenai komik kita ada kat page tu supaya org ramai dpt idea pasal komik kita
4. Be unique, cam abg Gayour (betul x ejaan ni) ckp, lukisan suma peserta buruk, haha.... suma nak tiru manga, style Jepun. Try to create style sendiri.
5. Nasihat abg Gayour lagi, bila sebut pasal komik dakwah, jgn lukis komik tipikal.Watak Ustaz nasihat org, bertempatkan masjid, awek pakai tudung labuh. Suma tu dah biasa sgt. Try target org yg mmg kita nak nasihat. Nasihat ni mmg best....terbaik.
6. Rancang masa anda. Kalo dah sedar masa xcukup, try another strategy. Ada peserta yg rasa dia xsempat nak siapkan, instead of sketching, dia terus doodle guna pen. Hehe...
7. Dont be too focus. Jgn hanya lukis2. Bergaul, jalan2, tgk lukisan org lain.
8. Persiapan mental. Jgn lupa cukupkan tidur hari sbl n tidur sekejap masa pertandingan..nnt pening melukis.
9. Persiapan alat melukis. Masa awal pertandingan, tetiba pensel mekanikal sy habis lead. Wahhhhhhhh...nak minjam org sebelah segan lak... kuikui...Alhamdulillah, dalam pensel mekanikal tu ada lagi satu bekalan lead. Tp ada plan B, guna pensel biasa, cuma x best sikit la....Then, pembaris pun xbawak utk wat panel. Uiii... free hand suda....

Akhirnya, dpt tempat tah berapa2 tah... haha... tp xpe, yg penting mission accomplish. Yg penting lagi dpt jumpa kawan2 baru yg ad minat yg sama. Going there alone with the hope to bring thousand new friends. Weeeee....

Uiiii...pjg lak post ni. Baru ingat nak include komik... xpe a... post lagi satu, in shaa Allah akan letak komik. N thanks to my friend yg kasi wassup semangat sepanjang cabaran : )

Anyway, penganjur ckp 8June ni sila silalah nonton tv1 - kul 6 ke 6.30. tunggu my next post.... heee..utk tgk hasil dia