Search This Blog

Friday, December 30, 2016

Hati Kering

Air mata tu
Jangan dibazirkan
Kutip ia
Letak dalam sejuk beku
Mana la tahu
Nanti bila panas terik kemarau
Hati dah kering
Boleh la keluarkan balik
Letak atas hati
Supaya hati cair kembali.

Hahaha...

Sunday, December 25, 2016

Tenggelam

Um.
Minta maaf.
Aku tenggelam dalam kesedihan
Dan dalam harapan yg mendalam.

Minta maaf
Izinkan aku menyelam
Tenggelam lebih lama
Menghilang

Namun andai terlalu lama
Tariklah kembali
Agar aku bisa
Menarik nafas lega di permukaan.

Maaf ye

Cuma mahu

Untuk malam ini
Aku cuma mahu
Tidur lena
Dibuai mimpi kosong
Kerna puas sudah
Tidurku beralaskan
Air mata

Re.Saw (Risau)

Yang perlu dirisaukan
Bukanlah apabila seseorang itu sedih

Bukan
Kerna itu tandanya dia masih peduli

Yang perlu dirisaukan
Adalah apabila seseorang itu sudah tiada rasa

Saturday, December 24, 2016

Layan.g : : Kit.e

I think this is the moment.
Tired.
I am going home.
          ...
         ...
        ...
       ...
      ...
     ...
     ..
      .

Thursday, December 22, 2016

Takpe, okay

"Takpe"

"Ok"

"Yang penting dia gembira"
.
.
.

Hahaha...
Tak tahu kenapa hanya selepas si hati puas menyeksa si mata hingga kering, baru si otak berbicara.
.
.
Tapi bicaranya...
Takpe la.
Tak penting pun.

Layang-layang

Layang-layang.
Melayang ikut angin.

Angin kuat,
Melayang jauh.

Angin perlahan, tenang
Melayang dekat.

Layang-layang
Kuingin jadi

Agar dapat kulayan
Tanpa gusar terpisah

Percaya pada tali
Penghubung kita

Bila jauh tak kelihatan
Minta ditarik tali

Bila sudah sedia
Bawaku pulang.

Wednesday, December 21, 2016

1001 Bahasa

Aku ingin ungkapkannya
Dalam 1001 bahasa
Walau tanpa kata2
Dan 1001 cara
.
.
Walau aku sering berfikir
Selesakah dia

Saturday, December 17, 2016

Tak Mahu Respon

Aku selalu camni.
Bila dia tak balas mesej-mesej-mesej-mesej aku
Aku nekad, tekad
Tak mahu sudah beri apa-apa respon.

Dan, ya.

Aku selalu camtu.
Bila dia tiada di alam maya
Aku mulai risau
Sibukkah, sihatkah, maknya okaykah...

Dan, tidak.

Tak perlulah aku nak kusutkan lagi fikirannya
Cukuplah dia diselubungi masalah 'negara'nya
Yang dia perlukan adalah sokongan
Tak perlu nak merajuk.

Dan, hei awak.... saya still kat sini.
Tolehlah andai xkelihatan saya di depan mata
Kerna
Saya sentiasa kat belakang awak.

Heee...

Friday, December 16, 2016

H.I.D.E.

H.ave
I.
D.one
E.verything?

It is so quite
I can hear my heart sobbing
Should I quit?
Lets get hide for a while. You are stronger than this.

Tuesday, December 13, 2016

Kacau Bila.u (beliau)

Minta maaf.
Sebab aku suka kacau kamu.
Hanya kamu.
Sebab tiada mahu kamu sendirian
Menempuh liku-liku
Kerna ingin kamu tahu adanya
seseorang di belakangmu
Dan tiada mahu kamu kesepian
.
.
Dan malu untuk kuakui
Aku suka kacau kamu
Kerna hati kacau bilau
Tanpa kamu.

Friday, December 9, 2016

Tarik Tali

"Ko tau x pmpn end up dia akan choose lelaki yg plg sbr dgn dia
Dia xbls sbb dia nak jg hati ko
Dia xnk bg ko harapan
Sbb dia xyakin lg
So mcm dia ckp just go with the flows

N kalau let say one day ko xmsg dia utk long term kan
Ada dua je dia akan pk
1. Ko da xtggu dia
2. Dia akan msg ko n accept ko

Sbb finally dia sedar u are the one hahaha
Pmpn ni mmg complicated la
Aku admit bnda tu hahaha."

Dan seriusly aku paling takut kalo dia pikir yg aku dah xtunggu dia kalo aku lama sgt xmesej dia.
Dah banyak aku tgk kawan ppuan yg xnak kejar balik lelaki yg dah berusaha keras utk dptkan dia bila lelaki tu start tawar hati.
Lelaki hilang kejap, korg dah xnak pujuk... seriusly, try to think back betapa byk effort si lelaki.
"Aku kan ppuan". Biasa sgt aku dengar alasan ni, xpe la kalo dah rasa camtu, kalo dah rasa lelaki je yg perlu usaha.

Dan aku takut dia pikir bukan-bukan...
Aku takut dia akan pikir, "xpe la..."
Sbb tu, kalo aku menghilang dan dia xantar mesej apa2, aku akan start mesej balik.

Dont make wild assumption if you dont know what happen on the other side

"Hazwan, apa pendapat ko kalau si lelaki selalu hantar good morning.
Then, balas 2, 3 mesej pastu menghilang 2, 3 minggu.
Then, tetiba hantar lagi good morning.
Dia cam tak berminat je dengan aku.
Susah a aku nak faham"

Hahaha... asyik2 jadi cikgu cinta, doktor  cinta.

"Ok, maybe dia xde idea nak msg apa. But he still eager nak msg gak something.
Think positive.
Ada org jenis, akan baca mesej kita. Tp, dia ingat nak reply nnt.
Tp, dia lupa.. hahaha...
So, just go with the flow.
Yg pentingnya jgn pernah judge org tu kalo kita xtahu what happen on their side.
Mungkin dia tersangat busy. Tp dia still curi sikit masa just utk wish ko.
Yup. For me, it takes a lot of effort utk tebalkan muka untuk mulakan mesej.
So, just think positive.
U should appreciate every small effort dia."

Salur

Penat menunggu
Penat menunggu mesej dibalas
Penat menatap status wassup dia... online ke tak.
Penat memikirkan dia busy ke
Penat menyahkan pemikiran negatif
Penat membuang rasa diri ni tak penting.

Letak tablet.
Letak jauh-jauh.
Ambik kayu dan pen.
Salurkan perasaan rindu
Melalui dakwat.
Nanti boleh kasi hadiah kat dia.

Hahaha... takmo sedih hazwan.
Kan dah biasa.

Tuesday, December 6, 2016

Dewa.sa

Semakin aku dewasa
Semakin aku mengerti
Perlunya aku mengabaikan
Sikap keanak-anakan
Mereka mereka
.
.
Dan aku.

Hahaha... nak tarik muka ke nak masam muka ke.
Xpe la. Aku pun dah dewasa.
Mainlah tarik muka sorang2.

Tak nak kawan?
Pun xpe.
Ada billion lagi kawan boleh dicari.

Ummm...Nah cokelat.
Minta maaf tau
Tapi muka dia masih mencuka
Walhal dah dapat benda manis

Dia paling muka.
Tapi aku nampak hujung bibirnya melengkung ke atas
Cuba sembunyikan senyuman.
Ceh, ko yang suka gaduh manja.

Esok kita jadi kawan balik.
Tapi aku nak cokelat double.
Kalau tak, aku lak merajuk.
Hahahaha...

[PENGLIPUR LARA Ft. Panglipur Suri]

[PENGLIPUR LARA Ft. Panglipur Suri]

Aku hanya penglipur lara
Yang hanya menghiburkan bayang-bayangku
Tiada sorakan, tiada tepukan
Hanya lara yang bertandang.    
.
.

Ft. Panglipur Suri

Lara bukan sebarang lara,
Lara menjemput tangisan panjang...
Lara mencubit hati yang gersang....
Lara menggamit rindu yang hilang..
Lara itu syaitan yang direjam...
Kembalilah pada Tuhan...
Pasti hilang luka dalaman..
Mohon ampun bukti keinsafan...
Pasti indah hidup kalian....

P/S: Thanks Panglipur Suri.

Ter.Ganggu.

"Hazwan... sori ganggu."

Dan seperti biasanya aku menjawab, "awak xpernah ganggu sy"
.... "(malah sy selalu tunggu mesej awak)" - part yang didelete dr mesej.

"Eh xbole....setiap org ader waktu2 tersendiri...
Watktu ngn family...kwn...kije...utk diri sendiri...n tuk allah...
So xbole gnggu sesuka ati....kikiki"

Ganggu.
Dan makin lama aku makin terganggu
Terganggu dgn ayat tu

Sebab setiap kali aku nak mulakan mesej
"Sesuai ke masa ni? Xganggu dia ke?"

Dan aku minta maaf kat diri sendiri.
Sebab aku perlu menakung air mata
Dengan kedua belah tangan
Hingga tak dapat nak menaip mesej.
.
.
.
Tapi... macam mana kalau...
.
"Terganggu tak dia dengan kesepian?
Macam mana kalau dia pun berfikir benda yang sama?"

Sy laung lagi, dan lagi, dan lagi.
Awak tak pernah ganggu saya.
Maka...
Sila ganggu saya walau dalam tidur.
.
.
Sy terus tunggu. Heee

Thursday, December 1, 2016