Search This Blog

Saturday, June 25, 2016

[Kisah Ijam bekas vokalis kumpulan Medicine]


"Ayah saya seorang imam. Ibu saya seorang ustazah. Banyak mengajar anak-anak kampung mengaji, solat etc. Saya satu2nya anak lelaki dalam keluarga daripada 3 adik beradik dan jadi harapan keluarga untuk menjadi seseorang yang berjaya dalam bidang agama. Saya dididik dengan suasana agama. Surah-surah banyak saya hafal."

Okay masa ni saya dah rasa kisahnya sangat menarik. Bagaimana iman seorang ayah tidak dapat diwarisi. Bagaimana seorang anak yang dibesarkan dalam suasana agama boleh tersasar sebelum menemui kembali jalan yang benar.

"Saya membesar di Singapura selama 20 tahun. Bila berpindah ke Negeri Sembilan, masa tu saya tengah menunggu pengambilan untuk kemasukan ke sekolah pondok di Kelantan. Sebab musabab suasana baru, saya mulai tersasar sedikit demi sedikit. Ada jiran sebelah yang selalu pasang lagu rock kuat2. So, bila dah terdengar setiap hari, rasa syoik lak. Depan ibu saya, saya akan berselawat, bila ibu takde je, saya try nyanyi lagu rock. Haha...

Memburukkan lagi keadaan, bila saya buat alasan untuk ke Singapore mencari kerja sambilan. Saya cakap kat ibu saya, saya nak kumpul duit, untuk tampung belajar kat Kelantan nanti. Ibu saya pun percaya. Masa tengah bekerja di Singapura itulah vokalis kumpulan Medicine tarik diri sebab nak cari kerja kerajaan selepas berkahwin. Nak kerja yang secure katanya. Saya pun masuk audition, dan dapat diterima.

Mulalah kehidupan saya sebagai vokalis Medicine. Bila album keluar di Singapura, ada anak-anak murid ibu dan ayah saya kenal saya. "Eh, anak ustazah jadi penyanyi rock". Haha... dan diaorang beritahu kepada ibu saya di kampung. Jeng...jeng..jeng... haha...

Bila pulang ke kampung, ibu tanya saya samada betul tak berita yang dia terima. Masa zaman ni, ibu dan ayah risau kalau si anak terjebak dengan rock sebab kemungkinan besar akan terlibat dengan 3 benda yang tidak elok. Saya iyakan. Dan ibu saya menangis.
.
.
Menangis
.
.
Ayah saya seorang observant. Tak pernah tinggikan suara pada saya. Dan dia datang kat saya dan berkata, "kenapa ibu menangis? Adik tahu tak, setitis air mata ibu jatuh, Bumi akan melaknat kita. Sebelum Allah murka, baik adik minta ampun."

Kemudian ayah pergi pula kepada ibu, "Sabarlah. Mungkin ini satu cara Allah nak BERBICARA dengan kita. Nak menegur kita. Kita banyak beri ilmu dan mendidik anak-anak kampung. Hingga mereka berjaya ke luar negara, berjaya menjadi orang yang berjaya. Ini cara Allah nak tegur kita supaya kita tak timbul rasa ujub, rasa bangga. Sebelum perasaan ujub tu melekat di hati kita, Allah tunjuk yang sehebat mana kita dapat mendidik orang, semuanya dengan keizinanNya. JANGAN SESEKALI MENYUMPAH ANAK. BERDOALAH. DOA ADALAH SENJATA PALING TAJAM. JANGAN PERNAH PUTUS HARAP." Itulah cara ayah saya melihat ujian Allah.

Dan selama 30 tahun. 30 TAHUN lamanya ibu saya berdoa, akhirnya Allah dah puas dengar rintihan ibu saya.

Saya merantau meninggalkan keluarga. Dan hati saya mulai lembut, bila mufti Selangor ketika itu datang dan mentarbiahkan saya. Mufti ada menyebut tentang neraka 3 kali. Hingga bergetar hati. Saya pulang ke kampung saya mula berubah."

# Dan bila saudara Ajim mengalunkan selawat, memang masuk hingga ke kalbu. Sangat sedap
# Kalau korang berpeluang untuk dengar kisahnya secara live, silalah dengar. Seronok dengar dia bercerita.
# Moderator meminta Ajim menyanyi. Ajim nampak macam serba salah. "Ya Allah, Engkau ampunilah hambamu ini andainya aku melalaikan mereka yang mendengar nyanyianku ini"
# Amanat arwah ayah Ajim... "curilah masa kamu untuk solat berjemaah di masjid. Kerana Allah akan bukakan hijab-hijab kepada kamu seperti rezeki, rakan-rakan yang baik etc"

No comments:

Post a Comment