Search This Blog

Friday, May 13, 2016

Kisah Si Pembunuh

INI KISAH SI PEMBUNUH

Seorang pemuda berbadan tegap melalui suatu taman permainan. Terlihatnya sekumpulan kanak-kanak sedang melastik burung. Kelihatan juga seekor burung di bawah pokok cedera di badannya.

Kasihan dengan burung tersebut, pemuda tersebut mendekati kumpulan kanak-kanak tersebut. Lalu memarahi mereka,

"Hei, korang ni main lastik-lastik burung ni.... kesian la kat burung ni. Dah cedera, pastu korang biarkan je."

Kanak-kanak tersebut berhenti sekejap. Terkejut mendengar jeritan pemuda tersebut. Mereka berbisik sesama sendiri. Kemudian meneruskan aktiviti melastik burung.

"Wei, korang ni xdengar ke? Pekak ke? Ni kalau burung ni ada anak, ada bini, siapa nak tanggung? Korang ada duit ke nak kasi nafkah?" geram pemuda tersebut bila nasihatnya tak diendahkan.

Kanak-kanak tersebut tidak menghiraukan langsung pekikan pemuda tersebut. Hahaha... Geramnya dah memuncak, pemuda tersebut mengejar kanak-kanak tersebut. Gelagatnya diperhatikan oleh seorang ustaz.

Selepas puas 'bermain' kejar-kejar, akhirnya pemuda tersebut dapat menangkap salah seorang kanak-kanak tersebut.

Ingin dirotan si kanak-kanak tersebut dengan batang ranting, tetiba kanak-kanak tersebut menjerit,

"Ko peduli apa... suka hati la aku nak lastik burung. Ko tu pembunuh. Semua orang kenal ko, pembunuh. Dosa ko lagi besar, nak sibuk lak dgn dosa orang."

Terpaku si pemuda dengan kata-kata kanak-kanak tersebut. Terbit setitik mutiara di celah matanya.
Lalu dilepaskan kanak-kanak tersebut.

"Pembunuh, pembunuh, pembunuh," ejek kanak-kanak tersebut lalu beredar.

Ustaz pun mendekati pemuda tersebut,

"Kadang-kala bukan nasihat kita yang salah. Tapi orang yang nasihat tu yang dianggap tak layak untuk menasihati. Macam kisah seorang pembunuh datang bertanya mengenai hukum membunuh nyamuk. Memang persoalannya tidak dilayan sebab dosa yang besar tak dijaga, tapi yang kecik pula yang diberatkan. Yang asas pun tak terjaga"

Pemuda tersebut mendongak, menangis lalu berkata,

"Tapi ustaz, saya bukan pembunuh.... saya penyembelih ayam je. Sampai hati diaorg tak dapat gunakan istilah yang sesuai. Uhukk... saya nak jumpa cikgu diaorang. Nak suruh ajar kanak-kanak tu istilah penyembelih. Habis satu kampung salah faham dengan saya."

No comments:

Post a Comment