Search This Blog

Sunday, May 3, 2015

TERINGAT (hazwan feats sefa)

TERNGAT          by Sefa

Aku teringat perasaan ketika orang yang kau selalu SMS,
Namanya akan selalu kat atas list SMS kau.

Lepas tu dia makin ke bawah.


Kemudian hilang.

Rileks.
Bukan cerita depress.
Teringat je, teringat.

Ha ha ha ha.
Ceh.


TERINGAT    by hazwan

Semakin ke bawah namamu di dalam list Wassup
Ditindih timbunan isyarat asap lain
Zahirnya kita semakin berjauhan
Dan semakin inginku lupakan

Lupakan

Lupakan

Makin kucuba lupakan, semakin kerapku melihat 'last seen' di Wassup
Dan aku kian mengerti
Semakin ke bawah namamu, bukan bererti kita semakin jauh
Namun semakin jauh masuk ke dalam hatiku

Akhirnya aku istiharkan, aku akan lupakan
Lupakan usaha untuk melupakanmu

Kerna ianya mustahil

Menanti kehadiranmu setiap hari membuatkanku merasakan setiap Wassupmu itu suatu hadiah
Terima kasih, Cinta

P/s: hahaha.... banyak puisi ko yg aku xpaham. Tp aku akan cuba fahamkan. Bagus kalo buku2 puisi ni ko selitkan makna2 dia. Aku suka perkataan 'Cinta' ko.
         Teruskan berkhayal, eh, berkarya.  Mime......heee...

No comments:

Post a Comment