Search This Blog

Wednesday, January 28, 2015

Boleh Berkenalan? Heee...

Assalam.... wow, tajuk... haha...

Tajuk haruslah catchy, supaya orang tertarik untuk bukak blog ni. Kuikuikui...

Alright, nak cerita pasal Microsoft Word ("MW"). Sy pernah zahirkan ketidaksukaan menggunakan MW ni (atau better cakap yg MW yg xsuka kat sy, hohoho). Sbb?? Sbb kadang2 benda yg remeh temeh pun jadi susah. Contohnya, bila buat auto numbering, tetiba indent dia lari merapu2.... bila insert table, taip2 ada spacing lak kat atas.

Bila masalah ni timbul, sy pun ambil jalan mudah... jalan alternatif. Haha... cthnya, auto numbering tadi. Apa susah, kita manualkan je numbering dia. Haha... tp ada masalah baru timbul. Bila justify wording dia, ada annoying spacing antara nombor n huruf pertama. Small problem, tp sbb kerja kami buat report professional, so, kalau blh mmg kena buat perfect. Dalam hati, "alright settle".....

Then, bila buat report baru. Jeng, jeng, jeng.... uishhhh... mmg MW ni suka buat pasal. Kalo xsuka, jgnlah tunjuk perangai yg sama... haha... auto numbering lagi buat hal. Xpe2.... senang je nak settle ni. .... selesai buat manual numbering, tetiba terdetik something. "Hazwan, sampai bila 'kita' (sy suka bercakap dgn diri sendiri... kita tu merujuk kpd hati berkomunikasi dgn otak) nak berdepan dgn masalah yg sama."

Yup, that's right. So, jari jemari pun tekanlah ctrl+z.

"Okay, MW. Sy tahu sbl ni sy xsuka awak. Awak pun xsuka sy. But, sy nak kenali awak. I will spend my time to know you better. Lets find the solution for this problem, so that we dont have to face the same problem again."

Then, sy spend 30 minit just untuk kaji nape indent dia lari. Rupa2nya sbb sbl ni format report dlm bentuk landscape, sy ubah ke potrait. So, ada something-i-dont-know-what-it-is-called (indent kot, yg kat ruler atas tu), dah lari jauh ke kanan melepasi border page (ingat home run ke...). So, kira berbaloi la jugak sbb dapat settlekan sesuatu yg dinamakan misteri. Haha...

Tetiba timbul rasa cam seronok lak guna MW ni selepas tahu masalah dia, root cause n cara nak selesaikan. N rasa nak tahu lagi n lagi n lagi pasal MW dengan lagi detail.

Apa yg sy nak metaforakan kat sini adalah, jadikan cabaran (atau bahasa pesimistiknya, masalah), sebagai teman... jgn jadikan sebagai musuh. Makin kita menjauhi, makin kita membenci. Ambik masa untuk mengkaji dia. Saintis kata, sebab utama kita takut sesuatu adalah sebab kita xtahu pasal benda tu.

Orang xsuka sesuatu bukan kerana benci, tetapi kerana orang tersebut masih belum betul betul mengenali sedalam-dalamnya sesuatu perkara. Kita xsuka bila kita gagal ujian, namun kita pasti akan suka dengan kegagalan tersebut jika kita tahu sebenarnya kegagalan tersebut adalah suatu perancanganNya untuk kita bangkit berusaha dengan lebih gigih. Segalanya ada hikmah yg nyata dan tersebunyi.

Akhir kata... xkenal maka xcinta. sy sayang Microsoft Word. Kuikuikui...
Eh, dah lewat mlm.... patut la post pun benda merepek2...

No comments:

Post a Comment