Search This Blog

Saturday, July 30, 2016

Malaikat Tanpa Sayap

Dahulu pernah ada social experiment atau iklan kesedaran mengenai bahaya rokok. Pelakon kanak-kanak diminta untuk memegang batang rokok, lalu mendekati orang dewasa yang sedang menghisap rokok untuk meminjam pemetik rokok. Rata-rata perokok dewasa terkejut dan menasihati kanak-kanak tersebut.

Pengajaran kat sini, kadang-kala kita sedar, kita tahu sesuatu itu tidak elok untuk kita tapi kita tiada kekuatan untuk meninggalkan perkara tersebut. Pada masa yang sama, kita tak suka, kita benci pada orang yang membuat perkara yang tak elok. Atau, boleh jadi juga, kita sayang orang lain hingga kita nak orang lain buat yang terbaik dalam kehidupan mereka tapi terlupa untuk sayang pada diri sendiri.

Yup, kita lihat orang. Tapi kita terlupa lihat diri sendiri.

Biasa tak kita dengar,
"Tengok anak dia tu, rajin baca buku, rajin solat. Cubalah jadi macam mereka," kata seorang ayah yang kurang membaca dan tidak menjaga solat.

Nasihatnya baik. Cuma ada baiknya pada masa dia menasihati, dia membaiki juga diri sendiri. Cara yang terbaik adalah dengan membenci perkara yang kita nak ubah.

Hate the sin and not the sinner.

Cuba fikir, layakkah kita membenci perbuatan seseorang, pada masa yang sama kita sendiri melakukan perkara yang sama?

No! You ONLY deserve to hate the wrongful act of OTHER when you can fuel the SAME AMOUNT OF HATRED on yourself when you do the same wrongful act!

Berapa kali anda dengar,
"Itu kan kerja dia. PATUTNYA dia kena tahu la apa yang sepatutnya dia buat." Tapi pada masa yang sama, orang tersebut yang suka melarikan diri dari tanggungjawabnya. "Owh, ini kau boleh buat sorang kan? Buatlah."
"Saya tak faham, dia dah janji nak email dua hari lepas kan? Benda mudah je kot. Ishh." Pada masa yang sama, setiap kali orang tersebut berjanji, macam-macam alasan diberi.

Act what you preach. Kalau tak, si anak kecil pun takkan respect ibu bapanya bila apa yang dilihat tak sama dengan apa yang dikata.

# peringatan pada diri sendiri untuk melihat cermin dan berhati-hati bila bercakap buruk mengenai orang lain. Orang akan memandang kita kembali. Are we reflecting what we say?
# tak mahu jadi malaikat tanpa sayap. Bila orang lain buat, kita menghukum bagai si dia buat dosa besar. Bila kita buat benda yang sama, kita mengampun bagai kita buat sesuatu yang rukhsah.
# i use to hate my own mistake, and i hate it so much until i really able to stop doing the same mistake.
# kata orang tua, jangan buat benda yang kita tak nak orang lain buat kat kita.
# tak nak mengumpat belakang orang, tak nak pin point sesiapa. It is just a general observation for everyone to ponder upon including myself.

1 comment: