Search This Blog

Sunday, April 5, 2015

Pak cik Tua Dalam Komuter


Pernah suatu ketika dahulu aku terpandang seorang pak cik tua di dalam komuter
Kupandang sekeliling, pemuda pemudi enak melabuhkan punggung
Tidak diendahkan si pak cik tua tersenyum keseorangan, berdiri kukuhnya tiada
Masing2 sibuk berborak, sibuk menilik alam maya di tangan
Mana adabnya, wahai wargaku, keluhku yg penat berdiri sebelah pak cik tua

Pagi ini pula, aku bertuah kerna dpt beristirehat di sepanjang jelajahanku ke ibu negara
Kupandang seorang pak cik tua meninjau-ninjau kerusi untuk diduduki
Teringatku kisah lampau, inginku jadikan teladan buat wargaku
Lantasku berdiri, menjemput bagai sang pelayan menjemput tuannya
Namun pelawaanku ditolak, "dekat sahaja destinasi pak cik", ujarnya

Kucuba hubungkan dua keadaan tersebut, yg berlaku pada dua masa yg berbeza
Mungkin sudah puas si pemuda pemudi memujuk si pak cik tersebut
Namun ditolak juga seperti yg berlaku pada diriku
Dan saat kehadiranku pada masa itu mungkin hanyalah selepas pelawaannya ditolak
Dan kenegatifan fikiranku pada masa itu meracuni dan memburukkan perspektifku terhadap pemuda pemudi

# Bila minda kita mula timbul fikiran negatif terhadap org sekeliling, jgn menyiakan, jgn melayan fikiran tersebut
# Tiba di KL Sentral, pak cik tua xkluar pun. Dia meneruskan perjalanan ke perhentian seterusnya. "dekatnya destinasi pak cik ni," perliku dalam hati. Moga si pak cik x dgr perlianku yg ditujukan pada diriku sendiri. Haha...

No comments:

Post a Comment