Search This Blog

Saturday, March 28, 2015

Sila Baca x Khas Buat Bakal Imam.

Seorang pemuda menyertai kursus kahwin.
Bergembira dia bersama dengan bakal bakal suami, mendengar sesi kuliah.
Masa rehat pun tiba. Selepas makan, si pemuda pun mencari surau.
Dilihatnya sudah ramai yang menunggu di dalam.

Setelah wudhuk diambil, si pemuda kehairanan.
Semua bakal suami bagai melekat di dinding.
Lagi peliknya, melekatnya di dinding belakang dan di bhg tepi.
Ada magnetkah? Getus hatinya.

Tatkala ada yang menawarkan diri untuk mengalunkan iqamat.
Dihulurkan tangan ke arah satu sejadah, mengalu2kan bakal suami menjadi ketua.
Si pemuda membiarkan sahaja, ingin dia melihat reaksi bakal-bakal suami.
Namun, sedihnya aluan tersebut tidak disambut, malah masing2 memandang tanah, mengukir senyuman 'menidakkan'.

Tanpa terus menanti, iqamat terus dilaungkan.
Habis iqamat, si pemuda sengaja menunggu beberapa saat.
Ingin dilihat samada ada bakal suami yg berani menjadi ketua.
Namun tiada satu kaki yang melangkah.

Dengan sedih, pemuda tersebut membuka langkah dan mengangkat takbir.
Bukan sedih kerna terpaksa menjadi imam.
Sedihnya kerana zaman yg dikhabarkan Rasul telah tiba.
Sedihnya kerana 'BAKAL IMAM' si bakal isteri hanya sekadar gelaran.

P/s:

Ketiadaan Imam Untuk Solat Berjemaah

Dari Salamah binti al-Hurr r.a., Rasulullah SAW bersabda:

Akan datang suatu zaman, orang ramai berdiri tegak beberapa masa. Mereka tidak dapat memulakan solat berjamaah kerana tidak ada seseorang yang layak menjadi imam
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)

No comments:

Post a Comment