Search This Blog

Friday, March 13, 2015

Jejak gajah putih. Malam Pertama

Langit malam
Gelitanya nian
Legam tanpamu
Puasku mendongak cuba menjejakimu

Bulan
Muncullah dikau
Iringi. Temani perjalanan ini
Sinari hingga ke penghujung destinasi

Namun engkau tiada muncul
Hanya 'obor' jalanan kadang kala menyapa
Bintang pun cahayanya malap
Cahaya jauh tiada kunjung tiba

Sangkaanku dibunuh lalu dibuang
Engkau menjemputku di penghujung. Muncul tersenyum
Namun dari jauh tampak jelas cahayamu merah. Jauh dari kebiasaan
Andaiku tahu, tiada kupinta. Biar sahaja dirimu berehat.

1 comment: