Search This Blog

Sunday, November 2, 2014

Go....car.T

Go cart... satu lagi aktiviti yg dah lama nak cuba, akhirnya tercapai hasrat.

Kronologi aktiviti lebih kurang camni la...

Pada 2 nov 2014...bermula la hari Ahad. Hehe...

7.20: Lepas siap2 solat n mandi, bersarapan mee kat umah. Masa nak keluar umah, hujan turun renyai2. So, sy doa agar cuaca hari ni sesuai untuk aktiviti go cart. Bergegas ke litar go cart sbb dlm tentatif tertulis pukul 8.00 pagi start program.

7.55: Tiba di pintu pagar go cart. Baru ada seorg kawan opis yg sampai. Hoho... camni la biasanya kalo berjanji... uiiii.... nasib baik ada latihan drift kat sebelah. So, blh la tgk2 skill diaorg sambil2 nunggu.

8.30: Pintu pagar baru bukak. Makanan pagi pun dah sampai. Hee... tp mee jugak yg dihidangkan... Nasib baik ada kuih muih sikit.

9.00: Penerangan dr pihak kelab sukan dan pihak go cart. Then cabutan dibuat untuk tentukan ahli kumpulan. Jumlah semuanya ada 19 kumpulan yg terdiri dr 2 org pemandu. Owh... ada 4 org perempuan jugak yg sertai. Kumpulan sy dpt cabutan no.5, so bila nak pilih nama kumpulan, mula2 kami cuma letak nama lima. Then, masa nak tulis kat kertas, tetiba dtg idea untuk gabungkan perkataan 5 dr bahasa omputih dgn melayu. LIma + fiVE = LIVE. hoho...

9.45: Sesi memilih kereta go cart. Kami pilih no. 17. Untuk helmet, blh pinjam dr sana, tp disebabkan saiz kepala sy sgt sgt special, hoho... so, sy guna helmet motor sendiri plus sarung tangan motor. Kalo xguna helmet sendiri, takut helmet goyang2 kalo bawak laju2. Hehe...Kat sana, kebersihan helmet dijaga. Yg nak pinjam kena guna shower cap.

9.55: Start sesi panas badan selama 15 minit n penentuan grid. Masa nak masuk dalam kereta go cart ada cara dia. Kena berdiri atas kerusi dulu, then pegang stering, duduk kemudian baru letak kaki kat pedal minyak n brek. Kalo kaki xcukup panjang, blh minta tambah kusyen. Disebabkan perasan kaki sendiri cukup panjang (sebab dpt capai pedal, kuikui), sy dgn berkobar2 mulakan sesi latihan tanpa kusyen.

Okey, awal2 mmg kena potong dgn byk driver lain. Alamak, siap driver perempuan pun potong... malunya. Haha.... sesi 10 minit pun dah cukup memenatkan, tp rasa cam sekejap je. Bila nampak kawan satu team angkat kad minta tukar driver, terus masuk pit n tukar dgn dia. Owh, nama dia Ashraf (tetiba mention nama, sori, sy cepat lupa nama org, so better jot down somewhere, hoho).

10.10: Sesi panas badan selesai. Kereta go cart disusun kat grid ikut performance. Hoho... kereta kami diletakkan kat belakang2, so, faham2 je la performance kami camne. Think positive, xpe2... ni first time main, hehe... lagipun nak sonok2 je. Then untuk permulaan, sy jadi 1st driver. Untuk endurance challenge selama sejam ni, kumpulan kami setuju untuk tukar driver setiap 10minit.

First lap, kami kena ikut marshal, xle potong2... tp tetiba kami terkejut ada driver perempuan yg dah pecut awal2... haha...excited sgt kot. Hoho...bila nampak bendera hijau baru blh potong2. Untuk sesi ni, sy terbabas 2 kali kat corner tajam (tempat sama lak tu, uiiii) n sekali burn out (sbb tekan minyak n brek sekali kot).

Yg best sbb badan sy ringan, so, bila jalan lurus, bila tekan minyak, blh potong driver2 lain. Hoho.... n lagi best kalo ada side mirror, kereta ni xde lak. Heee... n yg best lg adalah bila rasa getaran kat seat n stering. Accident.... ada la satu kejadian tu, bila seorg driver bawak laju kat corner, terlanggar driver kat depan sampai kereta go cart dia ternaik atas kereta sorg lagi. Alhamdulillah xde yg cedera.

11.10: Habis sudah perlumbaan. Wow, xsangka kami berjaya habiskan 39 laps dalam masa sejam. Peluh mencurah2. Badan mmg lenguh sbb degil xnak guna kusyen. Hoho... masa nak tekan minyak untuk pecut, bhg bahu kat belakang je yg bersandar, seat lak bergetar. Mmg lenguh la. Bila tgk scoreboard, Alhamdulillah, bukan last team... dpt no 13 drp 19. Then rehat2 kat sana n makan tgh hari

Bila balik umah, dpt soalan cepumas drp ma. "Tadi dah berlatih go cart kan, dah pegang stering. Bila lagi nak biasakan diri bawak kereta lak?"

No comments:

Post a Comment