Search This Blog

Friday, January 13, 2017

Sejarahwati


Dan bila kubelek buku sejarah
Aku kian mengerti
Kian mendalami perasaannya

Bila 'sejarahwati' bertitah
Bahawa 'sejarahwan' tiada menampakkan usaha
Dan mereka patah, 'break' andai dirujuk di dalam kamus.

Bila 'sejarahwan' cuba beralasan
Namun perkataannya dibisukan pada bibir oleh 'sejarahwati'
Pekak andai didengarinya, mungkin.

'Sejarahwati' bertitah, bertitah lagi
Terungkit berjela-jela usaha-usahanya
Tanpa henti, hingga kering air mata.

Namun di akhir titah,
'Sejarahwati' tiada menyalahkan 'sejarahwan'
"You are too kind. Mungkin ni balasan atas salah saya sendiri sebab sebelum ni saya pernah buat perkara yang sama pada orang lain".

Dua watak. Dan aku sudah berjaya menghayati kedua-dua watak tersebut.
Dan aku tidak patut membaca buku fairy tale lagi, mungkin

No comments:

Post a Comment