Search This Blog

Thursday, October 6, 2016

Surat untuk aku

Aku buka laci.
Ternampak satu kertas.
Bila aku baca, aku tergelak.
Tulisan masa aku tengah down.
Tulisan untuk naikkan balik motivasi diri.
'Kaukata ingin bersama tika senang dan susah,
Ni Dia kasi ujian sedikit, kau dah mengalah.
3 tahun, itulah harga dia.
Perempuan seperti dia kan susah nak jumpa.
Itulah harga dia. Mahal.
Dan hanya orang yang 'mampu' dan sabar sahaja layak untuk memiliki.'
.
.
Dan aku meletak kembali kertas tersebut
menutup kembali laci
Dan berharap tulisan tersebut dapat memberikan aku semangat lagi
Untuk lagi 4 tahun, 5 tahun, 6 tahun....

No comments:

Post a Comment