Semalam aku keluar rumah
Dek tiada kredit, aku tinggalkan sahaja handphoneku.
.
.
Tenang. Itu yang aku rasa.
Mungkin sebab tiada. Tiada handphone di sisi.
Maka
Tiada juga rasa ingin kutatap handphone.
Tiada ingin aku resahkan mesej-mesej.
Tiada.
.
.
Tapi andai aku tiada teman istimewa
Kenapa aku masih tidak setenang itu.
Hahaha...
Search This Blog
Monday, October 3, 2016
Ti.Ada
Thursday, September 29, 2016
Harapan
Dulu bila aku aktif mengejar
Aku selalu kata
Dont lose hope on me
Jangan
Dan baru aku tahu
Bila aku tak sedia, bila aku keliru
Dont hope on me too much
Jangan kataku
Dan itulah apa yang dia pernah kata.
Dan baruku m'erti.
Wednesday, September 28, 2016
Laluan
Ia bagaikan
Pintu pagar dibukakan.
Ia bagaikan
Karpet merah dibentangkan.
Ia bagaikan
Sedikit demi sedikit dibukakan jalan untuk dia ke pintu yang dah dibuka kuncinya.
Dari satu kumpulan
Menjadi satu sub kumpulan
Dan aku mulai takut
Aku takut pada yang tak pasti
Mungkin aku patut mulai menjauh
Tapi menjauh dari siapa?
Dan aku menangis
Memohon petunjuk
Tuesday, September 27, 2016
SHR
Hahaha... like always.
She is full of surprise.
Bila kad raya aidilfitri
Dibuka selepas raya aidiladha.
It is better dr kad ketupat
Beberapa tahun, baru dibuka anyaman.
Hahaha...
SHR
Btw..tq...😊😊😊
~Selamat Hari Raya Aidilfitri~
~Selamat Hari Raya Aidiladha~
~Selamat Hari Rabu~
#sampai pembuat kad pun dah lupa ada arahan
#sampai pembuat kad lupa ada secret mesej
Saturday, September 24, 2016
Tunggu Dia Pulang Dari Laut
Hahaha... kadang-kala aku rasa pelik.
Sedih. Lesu.
Penat menunggu.
Tapi masih mengharap si dia 'datang'.
Rasa bagaikan
Seorang isteri
Yang tetap menanti
Suaminya pulang dari laut.
Lautan air mata.
Friday, September 23, 2016
Stoicism
"Wei, aku baca blog hang ni macam sedih je.
Berbeza dengan yang aku tengok hang biasa-biasa.
Hang bukan ceria ke? Selalu senyum."
.
.
Kalau korang baca blog aku ni
Maknanya korang dah sampai ke suatu alam
Yang sangat gelap
Yang korang tak pernah nampak
Mungkin yang korang takkan nampak
aku yang semacam mana korang biasa tengok.
Hahaha... yang aku tak nak orang lain tahu pun.
Selimut
Malam ini
Biarlah dia didakapi
Sang lara
Diselimuti
Kesunyian.