Search This Blog

Monday, February 23, 2015

Myalgia

Yeay.... main-main di taman tema - Berjaya Times Square.

Mmg mengimbau pengalaman kat USS. Amongst the best day ever bersama kawan2 sekerja. Bila la lagi nak hang out cam dulu. Haha....

Mula2 rasa teruja nak mulakan mainan sbb dah pernah rasa debaran memberhentikan jantung masa main mainan ekstrem cenggini. Disebabkan kakak sy first time main, maka kami pilih mainan yg nampak childish dulu untuk panaskan badan. Mainan kereta yg bergerak laju dlm bulatan yg berombak (sila baca macam pembukaan doreamon).

Sy duduk tepi kakak sy, dan dia duduk kat bhg dlm. Awal2 dia dah cuak, haha... bila kereta dah start gerak, mula2 pelan je. Dalam hati, tergelak... cam mainan budak2 je. Makin lama, kereta gerak makin laju, berombak2. Haha.... woaaaa...dah start rasa berdebar n hormon adrenalin pun dah dirembes. Mainan budak2 besar ni. Wahahaha... yg kelakar masa ni, disebabkan kami (my sis and I) terlampau ringan (uhuk2, usah ditanya berapa berat) dan momentum, kakak sy terpelanting n himpit sy. Uiii... kesian dia, dia try push herself utk duduk balik kat seat dia, tp slp berusaha keras, akhirnya dia redha je. Xle nak wat apa. Terus himpit adik dia ni.Haha.....

Then main mainan ke2. Kereta berpusing terapung berpusing (sgt xsedap nama yg diberi, slamber). Yg ni agak memalukan, sbb kali ni sy lak yg xle duduk kat seat betul2. Ringan sgt. Hahaha...nasib baik x terpelanting keluar. Nasib baik ada seat belt. Habis je main ni dah start pening2. So, ktorg decide utk main mainan yg x extreme sementara redakan pening.

Mainan ke 3. Bumper car. Uishhh, kakak sy ni sibuk nak naik satu kete dgn sy. Alasan dia xde lesen. Erkkkkk.... xpe la. Haha... yg ni ok la.... xde terpelanting terpelanting dah walaupun kami ringan. Kuikuikui...

Then, mainan ke 4. Roda berpusing 360°. Wahhhh.... yg ni mmg teruja. Bila mainan dah start, lantai kat bawah diturunkan (teringat mainan superman kat USS yg lagi menakutkan). Woaaa... seriously mendebarkan terutamanya bila kaki kat atas n kepala kat bawah, cam nak jatuh dah. Habis je mainan ni, dah xlarat nak main game lain. Sbb dah lapar n pening. Hoho... so, rehat2 jap sambil makan.

Sambil2 makan tu kami tgk game DNA MIXER (ok, yg ni mmg nama sebenar game tu, bukan rekaan cam kat atas-atas tu). Game yg kami nak cuba. Pusing 360°, lelaju in unexpected direction. Tp bila tgk mainan tu cam lama sgt je. Hoho...n ada yg sampai muntah2. Kami decide utk batalkan hasrat di hati. Lgpun kami baru makan, mmg kluar balik la kalo main benda tu. Hahaha.... so, habis la mainan kami berharga RM48.

Sy share dgn kakak sy cara nak prepare minda. Ckp kat dia, awal2 mmg kita akan rasa takut dan berdebar sesgt sbb kita xle expect benda yg akan berlaku, n benda tu berlaku sgt laju. So, take time, try utk dapatkan pattern mainan, bila kita dah biasakan diri, dr perasaan takut tu kita ubah jadi perasaan enjoy.

Org ckp, sbb utama kita takut adalah sbb kita xbiasa n kita xkenal benda benda yg kita takut. Sbb tu salah satu terapi org fobia adalah dgn memaksa mangsa selesakan diri dgn benda yg dia takut.

Next tips, cuba fokus mata pada benda yg jauh. Bila kita berputar laju, mata xdpt nak fokus kat objek yg dekat. So, pandang benda yg jauh, yg xbergerak. Ala2 memandang bulan purnama bila memandu kereta. Hahaha....

Last tips, enjoy. Kakak sy tutup mata, terutamanya masa naik roda berpusing 360°. Sy lak suh dia enjoy the view. One way utk enjoy (wan's way, hoho), instead of screaming 'aaaaaaaaaaaa', sy kluarkan bunyi 'woaaaaaaaa', bunyi org excited, haha. Owh, sy try nak jerit, tp mmg xpernah kluar suara jeritan. Hahaha... so, just blh kluarkan bunyik jek.

Then, 2 days after..... terpaksa mc. Disahkan myalgia. Haha...mmg jenis otot xkuat. Uuuuuu....nasib baik taman tema ni just ada had ketinggian, n xde hadberat. Kukuikui

Saturday, February 7, 2015

Kenang Si Kunang-Kunang

Catatan Tujuh Februari Dua Ribu Lima Belas:

Si kakak berlari-lari mendapatkan si ibu menyatakan dia sudah berjaya menangkap si kunang-kunang. Ditunjukkan pada si ibu botol yg mengandungi si kunang-kunang. Dibuka penutup botol tersebut, disangka si kunang-kunang telah jinak, namun meleset sangkaan si kakak. Terbang entah ke mana si kunang-kunang si kakak.

Datang pula si adik berlari-lari keanak-anakan dengan tangan terkatup rapi. Dilihatnya melalui celah-celah jari-jemarinya cahaya si kunang-kunang. Yakin dengan hasil tangkapannya. Bila ingin dipersembahkan buat ibunya, dibuka katupannya, namun si kunang-kunang entah ke mana. Terpinga-pinga si adik bersendirian.

Si abang muncul secara senyap menghampiri si ibu. Suara bisikannya menyatakan adanya si kunang-kunang di taman terlarang. Dikumpulkan ahli-ahli, dipersiapkan kelengkapan. Tanpa persiapan rapi, berangkatlah mereka.....

si kunang-kunang|kita hanya merancang|rancanganNya yg terbaik|terus yakin

Wednesday, January 28, 2015

Boleh Berkenalan? Heee...

Assalam.... wow, tajuk... haha...

Tajuk haruslah catchy, supaya orang tertarik untuk bukak blog ni. Kuikuikui...

Alright, nak cerita pasal Microsoft Word ("MW"). Sy pernah zahirkan ketidaksukaan menggunakan MW ni (atau better cakap yg MW yg xsuka kat sy, hohoho). Sbb?? Sbb kadang2 benda yg remeh temeh pun jadi susah. Contohnya, bila buat auto numbering, tetiba indent dia lari merapu2.... bila insert table, taip2 ada spacing lak kat atas.

Bila masalah ni timbul, sy pun ambil jalan mudah... jalan alternatif. Haha... cthnya, auto numbering tadi. Apa susah, kita manualkan je numbering dia. Haha... tp ada masalah baru timbul. Bila justify wording dia, ada annoying spacing antara nombor n huruf pertama. Small problem, tp sbb kerja kami buat report professional, so, kalau blh mmg kena buat perfect. Dalam hati, "alright settle".....

Then, bila buat report baru. Jeng, jeng, jeng.... uishhhh... mmg MW ni suka buat pasal. Kalo xsuka, jgnlah tunjuk perangai yg sama... haha... auto numbering lagi buat hal. Xpe2.... senang je nak settle ni. .... selesai buat manual numbering, tetiba terdetik something. "Hazwan, sampai bila 'kita' (sy suka bercakap dgn diri sendiri... kita tu merujuk kpd hati berkomunikasi dgn otak) nak berdepan dgn masalah yg sama."

Yup, that's right. So, jari jemari pun tekanlah ctrl+z.

"Okay, MW. Sy tahu sbl ni sy xsuka awak. Awak pun xsuka sy. But, sy nak kenali awak. I will spend my time to know you better. Lets find the solution for this problem, so that we dont have to face the same problem again."

Then, sy spend 30 minit just untuk kaji nape indent dia lari. Rupa2nya sbb sbl ni format report dlm bentuk landscape, sy ubah ke potrait. So, ada something-i-dont-know-what-it-is-called (indent kot, yg kat ruler atas tu), dah lari jauh ke kanan melepasi border page (ingat home run ke...). So, kira berbaloi la jugak sbb dapat settlekan sesuatu yg dinamakan misteri. Haha...

Tetiba timbul rasa cam seronok lak guna MW ni selepas tahu masalah dia, root cause n cara nak selesaikan. N rasa nak tahu lagi n lagi n lagi pasal MW dengan lagi detail.

Apa yg sy nak metaforakan kat sini adalah, jadikan cabaran (atau bahasa pesimistiknya, masalah), sebagai teman... jgn jadikan sebagai musuh. Makin kita menjauhi, makin kita membenci. Ambik masa untuk mengkaji dia. Saintis kata, sebab utama kita takut sesuatu adalah sebab kita xtahu pasal benda tu.

Orang xsuka sesuatu bukan kerana benci, tetapi kerana orang tersebut masih belum betul betul mengenali sedalam-dalamnya sesuatu perkara. Kita xsuka bila kita gagal ujian, namun kita pasti akan suka dengan kegagalan tersebut jika kita tahu sebenarnya kegagalan tersebut adalah suatu perancanganNya untuk kita bangkit berusaha dengan lebih gigih. Segalanya ada hikmah yg nyata dan tersebunyi.

Akhir kata... xkenal maka xcinta. sy sayang Microsoft Word. Kuikuikui...
Eh, dah lewat mlm.... patut la post pun benda merepek2...

Friday, January 23, 2015

Pengemis Buta?

Minta maaf, minta maaf
Suatu ungkapan yg tidak perluku ucapkan
Sebaliknya ungkapan yg perluku dengari
Namunku ucapkan jua sbg pembuka bicara

RM5,000... bukan itu nilainya
Telahku khabarkan nilainya sebuah persahabatan
Walau ditegah berkali-kali oleh 'si pemakan garam kuno'
Kerna sejarah telah membuktikan

Lima ribu ringgit... bukan itu nilainya
Kukhabarkan lagi, nilainya adalah sebuah persahabatan
Tatkala kubuntu untuk membantu, ribuan idea kaulaungkan
Harusku puji usaha dan kebijaksanaanmu tatkala dirimu kepayahan

500,000 sen... bukan itu nilainya
Ketegaskan di sini nilainya sebuah persahabatan
Bagaikan pengemis, mengemis hak sendiri
Pengemis yg buta, tak celik dgn nasihat 'si pemakan garam kuno'

Lima ratus ribu sen... bukan itu nilainya
Namun kurasakan hanya itulah nilai persahabatanmu
Tatkala janjimu bertintakan air liur
Yang hilang pabila kering disejat

RM5,000... itu harga yg kau letakkan
Pada nilai kepercayaan dan nilai persahabatan
Tatkala 'janji' hanyalah laungan niat
Dan bukannya sebagai suatu komitmen

RM4,000... itu bakinya
Tatkala mengemis, kuterkedu sendirian
Pabila kaumuatnaikkan gambar brg beli belah
Kujerit dalam hati, itukah duitku?

RM4,000... engganku ungkit lagi
Kerna segan mengemis hak sendiri
Oktober 2012 mencatat sejarah
Berlalu sudah tahun kedua

Perluku ingatkanmu akan doa mereka yg teraniaya
Engganku berdoa, menimpakan petaka
Kerna dunia sudah sedia hodoh
Kudoakan dirimu bebas dr belenggu hutang

Anyway... selamat pengantin baru.

Saturday, January 17, 2015

Repeating Yesterday

The outcry of Garuda heard from far away
Reminiscing me about a well known tale
The flow of memory squeeze the tear within
Triggering the fear called thantophobia

The same story with the different title
The same characters with the different actors
I had been a 'princess', now let me be the 'knight'
And lets the last play being rewind again

To play as a sleeping princess, it was really easy
Wait, was all I need to do, till came the knight
He should wake you up from the ambiguous dream
End it all and bring the light

I knew the role of 'knight' is not easy
And now i can feel how heavy the role is
How the past actor bear it, I really wonder
Without any sign of sigh before the audience

When Garuda arrive, the 'knight' should die
Leaving the 'princess', its written in the script
Should I follow the script? I know I shouldn't
Cause 'happily ever after' what I am looking for

Repeating yesterday|Garuda|Thantophobia|27Febto1Mac'15

Wednesday, January 14, 2015

The Vow

The Vow... itu tajuk citenya yg kuar pada tahun 2012. Based on the true story.

Citenya bermula dgn seorg isteri yg ditimpa kemalangan dan hilang ingatan. Dan memori yg tinggal adalah memori sbl dia kawin. Wow... really challanging for her husband.

So, bermulalah misi si suami untuk kembalikan memori si isteri n dia terpaksa hidup bersama isteri dia as a complete stranger. Nak dijadikan cerita, masa isteri dia rehat2 kat hospital, si ibu bapa isteri dia dtg melawat n nak bawak isteri dia balik kampung. Si suami xpernah jumpa pun si ibu bapa isteri dia, biasa la... omputih. Hehe...

Bila berlaku perebutan untuk jaga si isteri antara si ibu bapa isteri dgn suaminya, akhirnya si isteri bersuara, ckp dia nak try hidup dgn suami dia dulu, even dia xberapa selesa dgn 'stranger'... n dgn harapan ingatan dia blh pulih.

Si suami kenal benar dgn kesukaan2 isteri dia. So, everyday he try to spend his time to do his wife's favourite activities bersama2, cam buat arca sambil dgr lagu kuat2 etc, but strangely, si isteri tertekan n said that activities tu bukan kesukaan dia. Sampai terguris hati suami dia. But suami dia xtunjuk kekecewaan depan isteri sbb dia paham ia adalah proses yg pemulihan. At one moment tu, si suami tumbuk dinding slp kluar dr bilik sbb terlalu kecewa.

He try and fail, try again and fail and again and again. N ada moment yg si isteri terjerit kat suami dia, maybe cause she try so hard to recover, but fail. Then, she decides to stay with her parents. Mula2 si suami relakan. Tp bila si suami ajak pulang after a few days, or weeks, or month, who care... haha...she refuse utk ikut.

Okay, okay.... what i want to highlight in this story is that.... i love the moment bila si suami dia ajak isteri dia pulang. Sgt kesian dgn si suami bila segala usaha dia x berjaya utk pulihkan memori isteri dia. N masa tu sy terpikir, nape si isteri dia cam xappreciate usaha suami dia, but when I hear the reason nape si isteri tu xnak ikut, rasa cam woww....actually si isteri xnak ikut suami dia balik sbb dia dah xsanggup nak kecewakan suami dia, sbb suami dia dah terlalu berusaha utk dia.

Contradict dgn my assumption, bukannya sbb xappreciate, tp sbb dia terlalu appreciate sampai xsanggup nak tgk si suami sedih.

So, sometimes we thought that we have knew everything and thus, we make our own judgement. Without realising actually we only see the surface. Believe that she has her own reason. If not, believe that HE has HIS own reason and HIS plan is better than us. HE has show the way, I will just have to STAY and believe. 

Owh, owh, owh.... at the end.... si suami dpt jugak tawan balik hati si isteri tp dia kena start balik sesi perkenalan.

Tuesday, January 13, 2015

Show sorrow no more.

I should have knew
It should be hid behind the mask
Should not unmask my smiley mask
Should show sorrow no more

I should have knew
I should contain the tear
Spill, should not let it be
Should just plug it in my eyes

I should have knew
To let it be me to suffer alone
Should share the sorrow with no one
As I will suffer more when you feel sad

I should have knew
Should think it too much no more
When suitable time it will come,
Let it grows eventually

Y.R.R.O.S