"Haha... sori ganggu. Kbai."
Bila baca balik...
Hahaha... sedihnya kalau betul-betul mesej tu mengganggu.
Takpelah. Kbai.
"Haha... sori ganggu. Kbai."
Bila baca balik...
Hahaha... sedihnya kalau betul-betul mesej tu mengganggu.
Takpelah. Kbai.
Kadang-kala
Kita marah
Kita sedih
Bukan sebab salah sesiapa
.
.
Tapi sebab terlalu merindu
Dahulukalanya.
Aku pernah kata.
Aku nak kenal dengan lebih ramai orang.
So, better kita jadi kawan sahaja.
Dan tahu tak.
Semakin ramai orang yang aku kenal,
Semakin aku rasakan dan semakin aku yakin.
Si dialah yang aku cari.
# versi 2.
Awak.
Saya tak kuat untuk terus setia.
Tapi saya mencari kekuatan
Untuk terus setia.
Terima kasih sebab puji lukisan ni.
Pujian tu berikan saya kekuatan.
Bila awak puji "Btw cantik lukisan kat atas tu 👆👆👆"
Saya tengok kat atas... yg saya nampak hanya gambar profile awak.
"Yup, mmg cantik." Bisik hati. Hahaha...
Lupa sebentar yg sy gunakan lukisan ni sbg gambar profile.
Hahahah... aku nak buat surprise mesej untuk dia esok.
Dah lama aku tak mesej dia sebenarnya.
Tapi hati aku ni memberontak nak mesej jugak dia malam ni.
Sabar ye hati.
Esok, in shaa Allah
Kau ketemu hati yang satu lagi
Walau hanya dalam mesej.
Cukup la.
Hahaha...
Sabar ye.
Biasanya malam Jumaat aku akan hantar mesej.
"Jangan lupa ye baca surah al-Kahfi dan Yassin. Hee.."
Rasa dah lama tak hantar.
Hahaha...
Mungkin suatu malam Jumaat nanti dia pula akan hantar.
"Jangan lupa ye baca surah al-Kahfi dan Yassin, hazWan. 😊"
Dan aku pun boleh balas mesejnya.
"Iyep, awak juga."
.
.
.
Dalam ayat penuhnya berbunyi
"Iyep, saya takkan lupa kat awak juga"
Hahahahaha...
Asyik berangan je. Buii...
Bila aku kenal makin rapat dengan orang lain
Aku lagi menghargai dan ingin bertahan tunggu si dia
Yup, dia memang pelik sikit
Tapi itu yang buatkan dia special.