Search This Blog

Monday, October 17, 2016

Tetiba online

Bila teringat kat seseorang
Aku biasanya akan buka wassup
Dan baca balik perbualan dengannya
Kadang-kadang, aku cuma tenung pada namanya
Mengharapkan dia online
Mengharapkan tetiba keluar perkataan 'typing...'
Mengharapkan bunyi mesej masuk
Mengharapkan baris-baris perkataan muncul
Harapan.

Hahaha... dan... alamak, tetiba dia betul-betul online
Aku cepat-cepat keluar dari aplikasi wassup.
Pura-pura tidur.
Tapi tertidur.
.
.
Tertidur menunggu mesej yang tak kunjung tiba.

Saturday, October 15, 2016

Tunjukkan

Aku mimpi seseorang
Menangis sebab rindukan aku
Hahaha... itu mimpi.
Aku tak tahu realitinya macam mana
Aku tak nampak di realitinya.

Kalau betul, tampakkanlah
Aku tak mahu sudah percaya pada mimpi sendiri
Sebab aku puas sudah berangan2.
Berangan2 macam syok sendiri.

Sunday, October 9, 2016

Nakama.

"Hei Nakama."

"Hey Senpai."

Hahaha... setiap kali dia sapa 'hi' sampai bergema, rasa macam dia nak cakap...

"Please notice me senpai."

Thursday, October 6, 2016

Tanpa gambar

Tanpa gambar
Inginku tinggalkan dunia realiti sebentar
Hingga surutnya bah di dalam dada
Mohon undur diri sebentar
Ke cengkerangku
Supaya bila kupulang ke dunia realiti
Kau hanya lihat senyumanku
Dan gambar mulai muncul kembali.

Surat untuk aku

Aku buka laci.
Ternampak satu kertas.
Bila aku baca, aku tergelak.
Tulisan masa aku tengah down.
Tulisan untuk naikkan balik motivasi diri.
'Kaukata ingin bersama tika senang dan susah,
Ni Dia kasi ujian sedikit, kau dah mengalah.
3 tahun, itulah harga dia.
Perempuan seperti dia kan susah nak jumpa.
Itulah harga dia. Mahal.
Dan hanya orang yang 'mampu' dan sabar sahaja layak untuk memiliki.'
.
.
Dan aku meletak kembali kertas tersebut
menutup kembali laci
Dan berharap tulisan tersebut dapat memberikan aku semangat lagi
Untuk lagi 4 tahun, 5 tahun, 6 tahun....

Wednesday, October 5, 2016

Gula-gula

Memori indah
Memori manis
Bagaikan gula-gula
Bila terlampau banyak
Nanti sakit

Monday, October 3, 2016

Ti.Ada

Semalam aku keluar rumah
Dek tiada kredit, aku tinggalkan sahaja handphoneku.
.
.
Tenang. Itu yang aku rasa.
Mungkin sebab tiada. Tiada handphone di sisi.
Maka
Tiada juga rasa ingin kutatap handphone.
Tiada ingin aku resahkan mesej-mesej.
Tiada.
.
.
Tapi andai aku tiada teman istimewa
Kenapa aku masih tidak setenang itu.
Hahaha...