Search This Blog

Thursday, November 26, 2015

Soalan

Setiap kali kicauan kedengaran
Jemari pantas menaip, membalas kegirangan
Huruf membentuk perkataan
Perkataan membentuk persoalan

Namun pabila soalan
Hanya membuihkan lebih banyak persoalan
Menantikan buih-buih pecah
Tanpa sebarang jawapan

Bisu
Dan aku lesu

Soalan itu:
a. terlalu komplek?
b. terlalu personal?
c. tak penting pun?
d. semua di atas.

Dan entah kenapa
Aku pilih untuk tidak menjawab.
Setiap kali.
Berkali-kali.

Pernah dahulukala ia berkicau
"Minta maaf saya mesej dan ganggu awak"
Mungkin ianya berbunyi
"Minta maaf mesej awak ganggu saya"

Dan kurasa
Bunga berduri ni dah lama sangat aku genggam.
Mungkin
Masih tak cukup lama. So, aku perlu terus genggam?

Cehh... soalan lagi. Dan tiada siapa yang akan jawab.
Abaikan.

#uishhhh, down.

Tuesday, November 10, 2015

WUAHWU

"Minta maaf banyak2. Kemungkinan besar saya tak dapat nak join sama next trip. Actually saya dah reserve cuti, tapi ada emergency. Terpaksa guna cuti tu untuk balik kampung. Huuu..." mesej dari awak.

What I am afraid of is really happening.

Bila awak kata, awak tak dapat nak bersama2 pergi bercuti. Sedih, kecewa. Namun, boleh tak....

Boleh tak saya ingin terus meletakkan harapan.
Awak kata 'kemungkinan besar' awak tak dapat join.
Boleh tak saya terus mengharap
Mengharap pada kemungkinan kecil yang awak akan join kami.

Bunyi macam kelakar, namun secara seriusnya saya masih mengharap.

Dan saya hanya pinta padaNya. Kerna Dia Maha Mengetahui yang terbaik buat hambaNya.
Mungkin ada baiknya awak tak join, mungkin.

W U A H W U         1/4
I   -   R E   I  S         2/4
S   -  E  R  T  -          3/4
H  -   -   E  H  -          4/4

Sunday, November 1, 2015

Nur Lembah Pangsun

Kem di dalam hutan!!! Yeay!!! Dah lama tak kem kat dalam hutan. Yang terakhir buat kem adalah nasa kat universiti - kat area2 Gunung Berinchang. Hahaha... kali ni pula ke hutan area Nur Lembah Pangsun.

So, bermulalah ekspedisi ke sana. Tapi sebelum ke tempat kem, kami dikumpulkan dulu di padang lapang dan dibahagikan mengikut kumpulan. Kemudian, diperkenalkan dengan Mejar dan anak buah dia. Uiiii, garangnya muka Mejar. Hahaha...  memang kem ala2 tentera suda. Mula2 jawatan ketua group besar diluncutkan dulu. Leftenan dilantik. Seterusnya setiap kumpulan, Sarjan dilantik. Hoho... mula2 kumpulan kami melantik ahli yang paling nampak matang dan tinggi - tok wan. Tapi bila nampak trend kumpulan lain yang sudah memilih sarjan, tapi dengan kuasa veto, Mejar memilih orang lain, saya dah rasa yang Mejar ni nak pilih orang yang nampak 'lebih selesa menjadi anak buah'. Hahaha... n as i had expected, mmg saya yang kena jadi Sarjan kumpulan. Pertabalan adalah dengan penganugerahan tongkat kuasa. Hahaha... kena kepit celah bawah lengan.

Next, our handphone and wallet being confiscated kecuali satu phone untuk setiap kumpulan....untuk sepanjang program. First slot, kami diberikan arahan melalui wassup.... kena mencari bahan makanan dengan berbekal duit belanja RM50 sahaja. Antaranya adalah dengan mencari ayam hidup dan buluh. Heee...

Mula operasi mencari-cari... lantas ternampak sepasang suami isteri ada di luar umah. Cepat2 kami beri salam, dan minta bantuan untuk membekalkan bahan mentah kecil2 cam bawang, cili etc. (Sementara tu, tumpang g toilet diaorg, uiiii, dalam hutan nnt mana ada toilet dah). Alhamdulillah, diaorg bantu seikhlas mungkin. Terharu lak. Bila offer duit, diaorg tolak. So, apa yang kami mampu balas adalah dengan mendoakan agar rezeki diaorang dimurahkan. Heee...

Terus perjalanan, ke kedai runcit. Sementara tu, seorang ahli kami pegi mencari buluh dengan ahli dari kumpulan lain. KT kedai runcit, kami beli ikan segar dan bahan2 lain. Kemudian, ke kedai jual ayam hidup. Hahaha... dapat diskaun daripada RM25 ke RM10 je untuk seekor ayam hidup. Yeay... Lastly, pegi balik ke tempat kawan yang memotong buluh.

Sementara menunggu buluh siap dipotong, kami decide yang separuh ahli kumpulan kami untuk tahan kereta yang lalu dan tumpang kereta tersebut untuk ke check point pertama sebab masa xcukup dan jaraknya jauh untuk berjalan kaki. Hahaha... dan saya dgn ahli lelaki lain naik next trip selepas buluh siap dipotong. Alhamdulillah, ada seorang abang berjubah sanggup tumpangkan kami hingga ke pintu masuk kem. Weee....

Semua kumpulan mmg lambat dr masa yg ditetapkan. Tp xpe, yg penting sampai. Hahaha... so, kat sini dah tukar sarjan bagi setiap kumpulan. Yeay, dah terlepas dari jawatan. Hehe...

Selepas tu, start la kami berjalan ke tapak perkhemahan. Agak jauh sikit. Hehehe...nasib baik dah jogging minggu sebelumnya.

Sesampai ke tapak perkhemahan, bermula sesi menyiapkan tapak perkhemahan dan menyiapkan hidangan makanan tgh hari. Dan saya ambil tugas menyiapkan daging ayam. Hoho... untuk kali kedua dalam hidup, saya menyembelih ayam. Sebelum sembelih tu, sempat lagi saya tenangkan ayam dan usap2 ayam tu. Selepas sembelih ayam, mula bersihkan bulu ayam. Masa belajar dulu, kami guna cara merendam ayam dalam air panas, then cabut bulu ayam tersebut. Kat sini, saya belajar cara pantas nak uruskan daging ayam. Dengan melapah terus kulit ayam. Jimat masa. First time melapah ayam, first time potong ayam dan buang usus2 ayam (tak tahu pun nak buang apa actually, nasib baik ada Cikgu lalu masa tu, boleh terus tanya, hahaha... jangan sesekali segan nak bertanya). Cam tengah bedah pun ada. Haha.... owh, masa tengah bersihkan organ2 ayam tu, daging dia still warm. Dah siap, kambus sisa2. Then, Cikgu ajar ambik daun apatah tepi sungai untuk dijadikan alas.

Balik ke ahli2 yang terus memasak kari dan memanggang ikan. Tolong lak buat air asam. (Sorry, saya xpandai memasak, hahaha... so, setiap step dan sukatan kena tanya diaorg). Nasib baik ada ahli yang 'pakar' jugak dalam ilmu hutan. Hahaha... dia buat penyepit untuk memanggang ikan, bekas makanan dan sudip daripada buluh. Siap memasak, hias2 dengan cili. Saya try buat bentuk bunga drp cili tu, and Alhamdulillah jadi. Siap kena puji lagi - 'boleh la pasni tukar profession jadi culinary lak'. Hahaha...

Owh, masa ni baru perasan darah kat seluar. 'Eh, kena darah ayam ke masa sembelih?" tanya kawan. Dari corak dia, memang bukan la. Sah ni kena pacat atau lintah. Hahaha... and total kena hisap darah sepanjang kem adalah 5 tempat. Perghh... hahaha... semuanya xdpt detect. Tup2 dah ada kesan darah jek.

Habis memasak, juri pun menilai masakan kami. Yeay.... group kami menang secara keseluruhan, untuk masakan dan penjimatan wang untuk membeli bahan masak. (Mana taknya, banyak gak bahan dapat daripada penduduk kampung, hahaha... terpaksa tebalkan muka mengharapkan simpati).

Pas Asar, slot seterusnya adalah jungle tracking ke air terjun. Dalam 30 minit perjalanan. Huhu... kasut sukan tercabut sekatih-sekatih (sikit demi sikit). Tak tahu samada kasut tu boleh bertahan sampai hujung program tak. Hahaha...

Selepas Isya' lak, patutnya ada slot night walk lak, tapi terpaksa batal sebab hujan lebat. Kami terpaksa berlindung dalam khemah masing2. Hahaha... tapi khemah kami ni kanvas nipis, so, bocor jugak kat dalam. Nak kurangkan air yang masuk ke dalam khemah, tok wan suruh gunakan baju mandi kami yang dijemur atas khemah untuk tutup bahagian atas khemah. Tiba2 dgr Cikgu suh kami pindahkan khemah kami ke tempat yang lagi tinggi sebab takut kepala air - dekat sangat khemah kami dengan sungai. Hahaha... hujan mula reda. Kami lak buat aktiviti kat dalam 'dewan'.

Habis slot malam, nak masuk tido, tapi seluar tido dah lembap. Lantai khemah pun lembap. Nasib baik bawak jaket kalis air, blh la panaskan sikit badan sekali dengan snow cap. Haha... tido la dalam keadaan lembap.tapi tido sampai kul 3.30 pagi jek sebab kena jadi watcher. Hahaha... okay la. Lgpun mmg xle tido lena pun. Blh la panaskan badan, dengan minum kopi bagai. Haha... tapi xberani nak minum banyak sebab malas nak guna toilet semulajadi yang tak berdinding, uiiii... takut jugak tersalah buang kat tempat bukan2.

So, tahan la mata sampai ke Subuh. Next, pas Subuh, semua orang kena rendam diri dalam air sungai. Perghhhh.. sesangat sejuk. Kena buli menyanyi reramai dalam air. Seronok actually. Hahahaha....tapi kena tahan sejuk. Yang buat silap kena menyelam. Pas berendam tu, cam biasa kena bahan. Hahaha... "eh, ada orang call tu, vibrate kuat sgt. Tukar a ke silent mode". Hahaha... menggeletar sampai ke next slot walaupun pas makan.

Pastu, kami berkumpul dan diberi peluang untuk conteng muka guna make-up tentera. Weeee.... part ni seronok. Hahaha.... then terus ke 'dewan' untuk pertandingan 'Mencari Shogun'. Setting gaya Jepun, terbaik. Dengan bahasa Jepun bagai. Hahaha...so, untuk round pertama, saya jadi wakil. Pertandingan imbangkan diri guna kaki sebelah sambil angkat pedang samurai. Alhamdulillah seri dengan bakal Shogun. Hehe...

Habis pertandingan tu, kami bersiap2 mandi, kemas2 khemah dan minum ringan. Lastly, upacara penutup. Hehehe...

Overall, sgt seronok dan banyak sangat belajar benda baru. Mula2 rasa cam, "alamak, aku boleh tahan ke kalo aktiviti lasak sgt". Hahaha... bila lagi next trip ke alam semulajadi camni. Hehehe...

Tuesday, October 20, 2015

Message in the Bottle

Aku sangat suka menunggu.
Menunggu perkataan 'message delivered to ehem ehem'  muncul.
Dan aku biarkan sahaja di 'notification' selama-lamanya.
Sebab bila aku buka notification, akan muncul nama dia.
Sebab aku akan gembira walau hanya melihat nama dia.

Walau aku tahu ia hanya pemberitahuan bahawa mesejku sudah disampaikan.
Walau aku tahu dia sudah membaca mesej.
Walau aku tahu peluang untuk dia membalas sangat tipis.
Walau aku tak tahu adakah dia menghargai.
Walau aku tak tahu apa perasaan dia.

...

Dan perasaan itu datang lagi.
Rasa merendah diri.
Rasa tak layak.
Rasa sedih.
Butterfly in my stomach.

Dan aku hanya mampu mezahirkan dgn lukisan
Dan aku hanya mampu berdoa dan mendoakan
Dan aku hanya mampu membiarkan si rama2 merayap2
Dan aku hanya mampu merebahkan diri
Dan mengharap.

Hahahaha... mungkin.
Mungkin mesej itu adalah mesej di dalam botol di lautan air mata.
Dia kutip. Dia buka. Dia baca.
Dan aku pula lupa nak letak alamatku. Manakan mungkin dia membalas.
Mungkin. Dan aku tahu, itu hanya alasan yang xmasuk akal, untuk menyalahkan diriku.

Dan terus mengharap.

Friday, October 2, 2015

Takpe, it's okay

"Takpe, takde papelah. Okay je. Hahaha... senyum. :')".

Tak tahu berapa kali dia ungkap.

Cuma aku takut kata-kata dia yang diulang-ulang akan makin pudar.

Bukan pudar bermula dari perkataan depan.

Tapi pudar meninggalkan hanya ayat pertama di depan.
.
.
.
.
.

"Takpe, takde pape. Xkisah pun."
Tiada perasaan, tiada senyuman dia sampai ke sudah. Hilang.

Aku cuba memujuk dia.

Namun dia menghilang.

Dan dia adalah aku.


#staystrong.noonecanliftyouup.onlyyou

Thursday, September 17, 2015

Kasut Kaca Si Dia yang Rela

Kasut Cinderalla.
Kasut berkaca.
Kasutnya pula.
Sudah mulai kopak.

Ditanya kenapa tidak diganti?
Jawabnya enggan membazir.
Enggan membeli yang baru.
Kerana menanti kasut berkaca.

Tahukah dia,
Kasut itu hanyalah dongeng.
Kenapa ditunggu,
Menunggu yang dongeng.

Itu kata mereka-mereka.
Hati dia pula. hanya ingin percaya. Terus percaya.
Walau goyah digoncang berkali2.
Hanya ingin percaya dongeng itu bakal menjadi kenyataan.

Suatu hari, suatu ketika.
Pasti kasut berkaca muncul.
Disarungkan padanya oleh.
Si Dia yang Rela.

- Cinderalla

Wednesday, September 2, 2015

Bukan Milik Kita?


Kadang-kala kita terlalu inginkan sesuatu namun ia bukanlah dicipta untuk kita.
Kadang-kala kita terlalu inginkan sesuatu dan, kita milikinya,
Milikinya hanya sementara.
Sebelum diserahmilik kepada yang lebih layak.

Ibaratnya kereta mewah,
Kita terlalu suka dan ingin memilikinya,
Namun kita tak layak, tak mampu,
Hanya mampu melihat dari jauh sambil berseronok tika ia melintas di depan.

Ibaratnya figura aksi 'gundam' atau 'kamen rider',
Kita mampu, kita beli, kita main,
Namun bila sudah meningkat dewasa,
Kita serahkan pada yang lebih memerlukannya - kanak-kanak.

Cuma, maaf,
Mungkin fikiranku berbeza,
Untuk rangkap ke-2 dan ke-3 kamu,
Mungkin kamu perlu tambah rangkap seperti di bawah.

Kereta mewah itu tidak ramai yang memilikinya, 
Kerana perlukan usaha dan wang,
Bersabarlah, berusahalah,
In shaa Allah dapat jua kamu miliki.

Figura aksi 'gundam' atau 'kamen rider',
Sudah kamu miliki, kamu punyai kemahiran untuk menggubahnya,
Maka sebelum kamu serahmilik kepada yang lebih layak,
Tambah nilailah ia, gubahlah ia.

#setiap pertemuan dan perpisahan ada hikmahnya samada kita memberikan sesuatu kepadanya atau kita menerima sesuatu daripadanya.