Search This Blog

Sunday, July 19, 2015

Pinta Pintu Barat, Pinta Pintu Timur

Doa org puasa
Senang dimakbulkan
Dan aku pinta
Hanya kepadaNya

Ku pinta di lebaran nnt
Pintu Barat terbuka
Begitu juga Pintu Timur
Dan dipertemukan keduanya

Aku pernah merancang
Seribu satu rancangan
Pelan A dicantas
Pelan B dikibarkan

Namun entah

Dan aku ambil keputusan
Sudah enggan merancang
Enggan me'reserve'
Enggan terlalu memgharap pada makhluk

Lebaran kedua
Pintu Barat memberi isyarat bakal terbuka
Mulanya aku enggan menolaknya
Namun, mungkin ini peluang.

Dan aku menolak Pintu Barat
Lalu terbuka

Aku menghantar isyarat kpd Pintu Timur
Kabur barangkali
Kuhantar sekali lagi tatkala ayam berkokok
Dan Pintu Timur terbuka

Lalu rombonganku berjalan melalui Pintu Barat
Dan dia berjalan melalui Pintu Timur
Katanya walaupun aku tiba ke Pintu Timur,
mungkin bertemunya tiada

Harapan
Aku masih meletakkan harapan
Walaupun tipis
Kebarangkaliannya masih wujud

Namun apakan daya
Pintu Barat dan Pintu Timur masih belum terhubung
Owh, aku tersedar... di akhir doaku
Ku pinta, "jika itu yg terbaik, Engkau Yg Maha Mengetahui"

Pintu Barat memberi isyarat untuk menutup
Tatkala langit dicemari warna jingga
Tatkala melangkah pulang
Terlihat jejak2 4 sahabat.

Dua kali. Mungkin ini yg terbaik.

Simpati. Simpan dalam hati.


"Lets go," kata pak cik.
Tangan kanan erat memeluk anaknya
Anaknya yg kelihatan termenung
Semenjak kami bertandang.

Kuat semangat pak cik
Tiada duka tergambar
Dipinjam semangatnya
Khas hanya untuk anaknya

Di kala sepi
Entah berapa air mata tertumpah
Di kala bersamaNya
Entah berapa rintihan telah kau bisikkan

"Ada saka ni"
Tatkala membisik di corong telepon
"Doktor kata ada penyakit"
Usaha sedaya mungkin, agar dia sihat

Owh, mak cik yg sakit di dalam perut pula
Bagai terlupa kesakitan sendiri
Dek memikirkan anak yg murung
Namun tetap memgukir senyuman di depan saudara mara

"Nampak x adik tadi, kesian lak. Jalan pun payah."
"Xnampak lak...."
"Ish, dia ni, xconcern ke?" hati mencelah
Sebelum sempat si kakak menghabiskan kata2.

"Sbb kalo kakak sakit pun, kakak xnak org pandang akak pelik.
Simpati boleh.
Tp kadang2 perlu simpan dalam hati
Jgn biar sampai si sakit rasa terasing"

#moga tabah selalu

Saturday, July 11, 2015

Colourless

I used to have many colour pens
Purple, pink, blue, orange, yellow
and green
All in the neon colours

Then I saw a little girl
What did she doing?
Little girl at that age should play and enjoy the life
Play with colour, i mean a lot of colours

So, I gave her mine
Thinking that she deserve more
Than an old teenage
Duh...haha.

Opsss...i forgot, how could I?
I need that pens for my artwork
It is important for me but...
I saw her smile, smile while playing with those colour pens

Hence, now my artworks are sketched in black n white
Owh, and grey. I bought a grey marker
Dull colours, but that is my true colour
Inside, when minor tiny bipolar disorder surged

Down.....
Then I realise that I need to play with colour too
As I am a teenage
A childish teenage

The little girl see my sketch
The black and white sketch
She pick up the colours pen
And start to colour it

But that is just my hope
A dream.
One day. Maybe. In shaa Allah
Before my black ink run out.

And grey ink too...

Wednesday, July 8, 2015

Teristimewa

Solat tarawikh berjemaah
Ternampak lompong saf di hadapan
'Kenapa pak cik tu xnak rapatkan saf?'
Kaki melangkah, memenuhi saf

Tatkala tahiyat terakhir
Terjeling satu jari telunjuk dinaikkan oleh org kedua di kanan
Peliknya, kenapa kiri?
Bukankah kanan sepatutnya?

Salam diberi, lantas mata menjenguk gerangan org kedua di kanan
Owh, jemaah 'istimewa'.
Pak cik sebelah pula tentunya ayah si 'istimewa'
Membawa si 'istimewa' menghadapNya bersama

Owh, kejap. Dia. Baru teringat
Pagi2 biasanya si 'istimewa' berjalan2 bersama ayahnya
Menyapa org yg lalu lalang wpun yg xdikenalinya
Termasuk diri yg 'sempurna' ini

Bicara dgn si ayah
Rajin dan cekal kamu menemani si 'istimewa'
Tidak katanya
Si 'istimewa' yg rajin menemani dirinya. Terharu. Tanpa air mata.

Anak anugerahNya
Walau sempurna, walau 'istimewa'
Anak amanah buatmu
Kudoakan pengorbanan, kecekalan, titisan air mata, titisan peluh dibalasNya

Buat sahabatku yg baru menerima anak 'istimewa'
Bertabahlah
Didiklah sesempurna mungkin
Agar hidupnya terasa sempurna seperti kita yg 'sempurna'

P/s: Bertabah dan terus senyum

Sunday, June 28, 2015

2 Tompok Merah


Hembus nafas. Terlebih.
Ouch, apa di lantai?
Dua tompok.
Tompok kemerahan.

Dua? Hanya?
Kesat hidungmu.
Lihat tapak tanganmu.
Xcukup, kaukesat dgn belakang tangan.

Mata rakanmu terpaku.
Sekeping tisu dihulur.
Satu? Hanya?
Xcukup, sekeping lg dihulur.

"Okay sahaja," katamu.
"Jom, berbuka"
Bila kau hembus nafas lg,
Org sekeliling memandang,

Kerna hembusan itu
Bukan hembusan biasa.
Hembusan kemerahan
Yang kau gelar, "xpe, aku okay je"

Dulu. Katamu, "Mungkin. Akan."

Kini menjadi, "Telah.Sedang."



Saturday, June 13, 2015

Terjatuh lagi dan lagi. (feat SEFA)

"What if I told you there is no tomorrow...?
What if you watch me walk away by tomorrow...?
If i told you tomorrow will be gone
If i told you i just can't hold on
So how many times do i have to fail
All that i wish for is fading away."

Okay, terjatuh lagi. Entah untuk kali keberapa.
Tidakku kira. Malas nak kira. Perlukah aku kira?
Calar balar dan luka di badan akibat terjatuh
sudah terlalu. tersangat. terlampau. byk untukku dikira.

Terbaca pula halaman 164 buku tulisan rakan matrikku
Melankolia Bisu oleh SEFA:

"Entah. Aku cuma tak nak lari once aku dah buat
keputusan untuk stay. Unless diberi jawapan yang
pasti. Aku benar-benar sure. Jadi aku tunggu.
Sebab aku tak ada apa pun yang nak dikejar.
Cuma usaha untuk meng-stabilkan diri aku, art
aku. Yang akhirnya pasti akan benefit untuk semua
orang-orang yang aku sayang.

Maybe one day the waiting will be a waste.
Dan semua penonton yang menonton kisah aku
akan cakap,

"Aku dah kata dah. Hang jangan tunggu." "

Ouch....terjatuh lagi. Kenapa aku cuai sangat.
Samakah pengalaman kita?
Atau ko terjatuh di sebelahku?
Haha... tergelak sendirian. Imaginasiku melambung.

Tapi. Peliknya. Sakit terjatuh kali ini sudah tak terasa.
Mana hilang sakitnya?
Aku makin kuat? atau mungkin sesuatu mulai hilang?
Entah. Sudah biasa, mungkin. Tak ku kisah. Perlukah? Mungkin.

Terima kasih SEFA, sbb ko meneruskan bicara:

"Aku fine.
Aku okay.

Bila kita tahu atas sebab apa kita menunggu, mungkin
tak rasa apa sangat kot.
...........
Pada akhirnya kita tahu yang kata ya atau tidak adalah TUHAN."

Ya, aku lupa. Tiada daya dan kekuatan selainNya. Mengadulah, merintihlah, kepadaNya.

Dan aku lukiskan sesuatu yang special
Special hanya untuk diriku
Hadiah buat diriku. Weee... dpt hadiah.
Entah senyumku hilang ke mana. Sibuk memberikan senyuman kepada orang.

# p/s: sesiapa yg minat puisi2, silalah beli buku MELANKOLIA ni. Tetiba aku buat promosi untuk ko. Haha... n kalo berkesempatan, pegi la nengok2 SEFA ni buat persembahan mime, yg mana aku pun x berkesempatan lagi nak nengok2. Haha...

Saturday, June 6, 2015

CARA EFISIEN MELIPAT KAD KAWIN


First time menolong melipatkan kad kawin. Hee...

Mula2 buat satu2. Ambik satu, lipat. Ambik satu, lipat. Aishhh, cam lambat je buat kerja.
Dah siap lipat sampai lima kad, timbunan kad yg disusun bertingkat2 jatuh sbb lipatan xberapa kemas. Dah la tgh berlumba dgn adik. Haha... dia lak masukkan kad dlm sampul. Stok kad yg dah dilipat cepat je habis.

Xle jadi ni, kena ubah strategi. Hoho...

Tangan terus mencapai sepuluh keping kad, try terus lipat sepuluh kad tu. Wow.kagum kejap sbb dpt cara baru... asingkan lak kad2 tu. Then kemaskan lipatan kat tepi untuk setiap kad.

Hmmmm... kelajuan still blh ditingkatkan ni. Nak tinggalkan stok kad yg dah dilipat sebanyak mungkin. Hoho... kalahkan si adik.

So, instead of kemaskan lipatan kad untuk setiap kad, try another approach. Selepas asingkan kad2, susun dulu kad2, ketuk2 sikit, kasi sama susunan dia. Then terus tekan kat lipatan hujung kad untuk kemaskan lipatan untuk kesepuluh kad sekaligus.

Yeay, akhirnya blh rehat2 sbb habis awal dr si adik. Kuikuikui...

#we always need to improve ourself.