Search This Blog

Saturday, March 28, 2015

Jarum emas berdetik


Jarum pendek menghampiri angka12
Alhamdulillah, tiba tepat pada masanya
Melangkahku ke tempat penantian
Menungguku dijemput

Jarum panjang melangkaui angka 2
Note 10.1ku berbunyi
Bunyi mesej, khabarnya lambat sikit
Baiklah, jawabku setia

Jarum panjang melangkaui angka 4
Kerasakan lenguhnya kaki
Berdiri di bawah teduhan
Beralihku ke tembok batu

Jarum panjang melangkaui angka 7
Rasa puas meninjau keadaan sekeliling
Memerhati kereta lalu lalang
Kumain permainan di Note 10.1ku

Jarum panjang melangkaui angka 9
Kuperhatikan persekitaranku
Mengimbau kembali sejarah silam
Menjadi trainee, menaiki lrt

Jarum panjang melangkaui angka 10
Teringat kisah rakanku
Diupah mengira jumlah kenderaan lalu lalang
Lantasku berusaha menganalisa bakatku

Jarum pendek berhenti tepat ke angka 1
Kulihat kawanan awan putih
Laju, pantas nian ia bergerak
Teringat akan kisah sang garuda

Jarum panjang bergerak ke angka 1
Kumulai mengarang puisi
Puisi yg bakal dinaikkan ke blog
Menjadi santapan semua

Jarum panjang menghampiri angka 4
Eh, aku dah habis menaip puisi
Bayangannya masih belum tiba
Di bawah terik mentari, kubermain dengan bayang sendiri

Jarum panjang menghampiri angka 5
Kuharap cepatlah dia tiba
Seboleh-bolehnya dengan tiba-tiba
Akhirilah penantian ini

Jarum panjang menghampiri angka 6
Artikel surat khabar kuteringat
Kata isinya, orang kreatif, jarang bosan
Walau mengadap dinding kosong, tetap riang

Jarum panjang menghampiri angka 7
Owh, mungkin beginilah rasanya menjadi kutu jalanan
Ujarku bermonolog sendirian
Engganku ceburi bidang ini, bosan

Jarum panjang menghampiri angka 8
Bui, bui, bui.... sengaja kukacau, kuhantar mesej
Kpd rakan, mencari peneman
Menghabiskan sisa, mengisi kekosongan

Jarum panjang ke anggkaa 10
Uiiii....




P/s: Okay, taipanku terhenti tatkala terdengar bunyi hon.
         Biarlah penantian ini berakhir dan ditinggalkan di hentian
         Usah dibawa masuk ke kereta, usah dipanjangkan cerita ini
         Kerna tiada kuharapkan beribu alasan
         Cuma yang kuharapkan agar dimaklumkan keberadaan kamu
         Agar dapatku rancang aktiviti sambilan tatkala menanti
         

Friday, March 13, 2015

Jejak gajah putih. Malam Pertama

Langit malam
Gelitanya nian
Legam tanpamu
Puasku mendongak cuba menjejakimu

Bulan
Muncullah dikau
Iringi. Temani perjalanan ini
Sinari hingga ke penghujung destinasi

Namun engkau tiada muncul
Hanya 'obor' jalanan kadang kala menyapa
Bintang pun cahayanya malap
Cahaya jauh tiada kunjung tiba

Sangkaanku dibunuh lalu dibuang
Engkau menjemputku di penghujung. Muncul tersenyum
Namun dari jauh tampak jelas cahayamu merah. Jauh dari kebiasaan
Andaiku tahu, tiada kupinta. Biar sahaja dirimu berehat.

Saturday, March 7, 2015

MH370.a year

Last seen 27 February at 0430

Tiga hari kemudian on 1 March pukul 5.30 ptg... i knew that my wassup will hang due to the torrent of incoming wassup message terutamanya dr group Bali. Hahaha... buka mobile data, ambik masa 30 minit utk 999 messages masuk ke tablet. Terpaksa scroll balik dr atas. Kuikuikui....

Ochey (sebutan 'okey' pak supir haha...), tah apa2 tah intro camni. Bali - destinasi utk company trip tahun ni. So, sbb xmo bazir duit beli prepaid kat sana, sy decide utk disconnect myself from virtual world sepjg trip n enjoy every single thing happening in front of my eyes about Bali without any distraction.

N sbg penggantinya, sy bawak peneman - "buku Catatan Mat Lutfi". Azamnya, nak habiskan buku tu sbl kaki kembali mencecah bumi Malaya. Haha...mampukah...?

It is a bit weird for me to read it in the public. Sbb apa? Bukan sbb buku tu buku kontroversi, (maybe la ada sikit2, entah), haha.....tp disebabkan when i read the book, i will smile, sometimes giggle alone. Biasanya org yg bercinta jek yg akan buat perangai camni, senyum2 sengsorg kat airport. Kuikuikui... adakah, yup, mmg i m fall in love with this book.

Then, baca dlm bas. One of the manager duduk kat sebelah, curi2 jeling baca sama. Surprisingly, dia lak yg gelak kuat2 dlm bas. Then terus menempel muka dekat2 sbb nak baca sekali. Layankan je la. Haha...

Bila sampai kat restoran, duduk je kat kerusi, everyone take out their phone. Try utk connect with wifi restoran sbb kat hotel, wifi dia rosak. So, kat restoran la tempat diaorg mencuba nasib. I am really happy that i had decided awal2 utk hidup di alam nyata di Bali. Hohoho... so xde la rasa susah hati sgt bila disconnected dgn dunia maya.

Bila kat airport nak balik, yeay, nak habis dah buku mat lutfi ni. Then ada satu page related dgn travel. Decided untuk tangkap gambar page tu dgn gambar kapal terbang. Weeee....

"Travel helps reset your current path a bit, reminds you that life is bigger than what you have been seeing everyday, and makes your problem small compared to it. Go travel"

Alhamdulillah, finish reading my book. Interesting book. Letak buku. Pasang radio kapal terbang. Owh, dah lama xdgr suara dia. Lagu yg sesuai untuk didengari sambil melihat kawanan awan.

" Terbang terbang tinggi
Walau tanah di kaki kan ku cari langit
Terbang terbang tinggi
Awan biru menanti bersama pelangi"

#prayformh370
#keepflying
#ayearandwillcontinuewaiting.8.3.14

Thursday, March 5, 2015

Tenet tengah2 mlm?

₩  "Liya, tolong tutupkan charger tablet tu"

¥  "Emmm..."

₩  "Then tutup wifi, buka mobile data"

¥  "Nak buat apa? Dah malam2 nak bukak tenet lagi. G a tido"

₩  (dalam hati) "I am waiting for someone. Maybe dia akan hantar something pukul 3, 4 pagi, which I wish I can promptly reply and make dia happier and appreciated"

Tido. Tp adik xbukak pun mobile data.

Monday, February 23, 2015

Myalgia

Yeay.... main-main di taman tema - Berjaya Times Square.

Mmg mengimbau pengalaman kat USS. Amongst the best day ever bersama kawan2 sekerja. Bila la lagi nak hang out cam dulu. Haha....

Mula2 rasa teruja nak mulakan mainan sbb dah pernah rasa debaran memberhentikan jantung masa main mainan ekstrem cenggini. Disebabkan kakak sy first time main, maka kami pilih mainan yg nampak childish dulu untuk panaskan badan. Mainan kereta yg bergerak laju dlm bulatan yg berombak (sila baca macam pembukaan doreamon).

Sy duduk tepi kakak sy, dan dia duduk kat bhg dlm. Awal2 dia dah cuak, haha... bila kereta dah start gerak, mula2 pelan je. Dalam hati, tergelak... cam mainan budak2 je. Makin lama, kereta gerak makin laju, berombak2. Haha.... woaaaa...dah start rasa berdebar n hormon adrenalin pun dah dirembes. Mainan budak2 besar ni. Wahahaha... yg kelakar masa ni, disebabkan kami (my sis and I) terlampau ringan (uhuk2, usah ditanya berapa berat) dan momentum, kakak sy terpelanting n himpit sy. Uiii... kesian dia, dia try push herself utk duduk balik kat seat dia, tp slp berusaha keras, akhirnya dia redha je. Xle nak wat apa. Terus himpit adik dia ni.Haha.....

Then main mainan ke2. Kereta berpusing terapung berpusing (sgt xsedap nama yg diberi, slamber). Yg ni agak memalukan, sbb kali ni sy lak yg xle duduk kat seat betul2. Ringan sgt. Hahaha...nasib baik x terpelanting keluar. Nasib baik ada seat belt. Habis je main ni dah start pening2. So, ktorg decide utk main mainan yg x extreme sementara redakan pening.

Mainan ke 3. Bumper car. Uishhh, kakak sy ni sibuk nak naik satu kete dgn sy. Alasan dia xde lesen. Erkkkkk.... xpe la. Haha... yg ni ok la.... xde terpelanting terpelanting dah walaupun kami ringan. Kuikuikui...

Then, mainan ke 4. Roda berpusing 360°. Wahhhh.... yg ni mmg teruja. Bila mainan dah start, lantai kat bawah diturunkan (teringat mainan superman kat USS yg lagi menakutkan). Woaaa... seriously mendebarkan terutamanya bila kaki kat atas n kepala kat bawah, cam nak jatuh dah. Habis je mainan ni, dah xlarat nak main game lain. Sbb dah lapar n pening. Hoho... so, rehat2 jap sambil makan.

Sambil2 makan tu kami tgk game DNA MIXER (ok, yg ni mmg nama sebenar game tu, bukan rekaan cam kat atas-atas tu). Game yg kami nak cuba. Pusing 360°, lelaju in unexpected direction. Tp bila tgk mainan tu cam lama sgt je. Hoho...n ada yg sampai muntah2. Kami decide utk batalkan hasrat di hati. Lgpun kami baru makan, mmg kluar balik la kalo main benda tu. Hahaha.... so, habis la mainan kami berharga RM48.

Sy share dgn kakak sy cara nak prepare minda. Ckp kat dia, awal2 mmg kita akan rasa takut dan berdebar sesgt sbb kita xle expect benda yg akan berlaku, n benda tu berlaku sgt laju. So, take time, try utk dapatkan pattern mainan, bila kita dah biasakan diri, dr perasaan takut tu kita ubah jadi perasaan enjoy.

Org ckp, sbb utama kita takut adalah sbb kita xbiasa n kita xkenal benda benda yg kita takut. Sbb tu salah satu terapi org fobia adalah dgn memaksa mangsa selesakan diri dgn benda yg dia takut.

Next tips, cuba fokus mata pada benda yg jauh. Bila kita berputar laju, mata xdpt nak fokus kat objek yg dekat. So, pandang benda yg jauh, yg xbergerak. Ala2 memandang bulan purnama bila memandu kereta. Hahaha....

Last tips, enjoy. Kakak sy tutup mata, terutamanya masa naik roda berpusing 360°. Sy lak suh dia enjoy the view. One way utk enjoy (wan's way, hoho), instead of screaming 'aaaaaaaaaaaa', sy kluarkan bunyi 'woaaaaaaaa', bunyi org excited, haha. Owh, sy try nak jerit, tp mmg xpernah kluar suara jeritan. Hahaha... so, just blh kluarkan bunyik jek.

Then, 2 days after..... terpaksa mc. Disahkan myalgia. Haha...mmg jenis otot xkuat. Uuuuuu....nasib baik taman tema ni just ada had ketinggian, n xde hadberat. Kukuikui

Saturday, February 7, 2015

Kenang Si Kunang-Kunang

Catatan Tujuh Februari Dua Ribu Lima Belas:

Si kakak berlari-lari mendapatkan si ibu menyatakan dia sudah berjaya menangkap si kunang-kunang. Ditunjukkan pada si ibu botol yg mengandungi si kunang-kunang. Dibuka penutup botol tersebut, disangka si kunang-kunang telah jinak, namun meleset sangkaan si kakak. Terbang entah ke mana si kunang-kunang si kakak.

Datang pula si adik berlari-lari keanak-anakan dengan tangan terkatup rapi. Dilihatnya melalui celah-celah jari-jemarinya cahaya si kunang-kunang. Yakin dengan hasil tangkapannya. Bila ingin dipersembahkan buat ibunya, dibuka katupannya, namun si kunang-kunang entah ke mana. Terpinga-pinga si adik bersendirian.

Si abang muncul secara senyap menghampiri si ibu. Suara bisikannya menyatakan adanya si kunang-kunang di taman terlarang. Dikumpulkan ahli-ahli, dipersiapkan kelengkapan. Tanpa persiapan rapi, berangkatlah mereka.....

si kunang-kunang|kita hanya merancang|rancanganNya yg terbaik|terus yakin

Wednesday, January 28, 2015

Boleh Berkenalan? Heee...

Assalam.... wow, tajuk... haha...

Tajuk haruslah catchy, supaya orang tertarik untuk bukak blog ni. Kuikuikui...

Alright, nak cerita pasal Microsoft Word ("MW"). Sy pernah zahirkan ketidaksukaan menggunakan MW ni (atau better cakap yg MW yg xsuka kat sy, hohoho). Sbb?? Sbb kadang2 benda yg remeh temeh pun jadi susah. Contohnya, bila buat auto numbering, tetiba indent dia lari merapu2.... bila insert table, taip2 ada spacing lak kat atas.

Bila masalah ni timbul, sy pun ambil jalan mudah... jalan alternatif. Haha... cthnya, auto numbering tadi. Apa susah, kita manualkan je numbering dia. Haha... tp ada masalah baru timbul. Bila justify wording dia, ada annoying spacing antara nombor n huruf pertama. Small problem, tp sbb kerja kami buat report professional, so, kalau blh mmg kena buat perfect. Dalam hati, "alright settle".....

Then, bila buat report baru. Jeng, jeng, jeng.... uishhhh... mmg MW ni suka buat pasal. Kalo xsuka, jgnlah tunjuk perangai yg sama... haha... auto numbering lagi buat hal. Xpe2.... senang je nak settle ni. .... selesai buat manual numbering, tetiba terdetik something. "Hazwan, sampai bila 'kita' (sy suka bercakap dgn diri sendiri... kita tu merujuk kpd hati berkomunikasi dgn otak) nak berdepan dgn masalah yg sama."

Yup, that's right. So, jari jemari pun tekanlah ctrl+z.

"Okay, MW. Sy tahu sbl ni sy xsuka awak. Awak pun xsuka sy. But, sy nak kenali awak. I will spend my time to know you better. Lets find the solution for this problem, so that we dont have to face the same problem again."

Then, sy spend 30 minit just untuk kaji nape indent dia lari. Rupa2nya sbb sbl ni format report dlm bentuk landscape, sy ubah ke potrait. So, ada something-i-dont-know-what-it-is-called (indent kot, yg kat ruler atas tu), dah lari jauh ke kanan melepasi border page (ingat home run ke...). So, kira berbaloi la jugak sbb dapat settlekan sesuatu yg dinamakan misteri. Haha...

Tetiba timbul rasa cam seronok lak guna MW ni selepas tahu masalah dia, root cause n cara nak selesaikan. N rasa nak tahu lagi n lagi n lagi pasal MW dengan lagi detail.

Apa yg sy nak metaforakan kat sini adalah, jadikan cabaran (atau bahasa pesimistiknya, masalah), sebagai teman... jgn jadikan sebagai musuh. Makin kita menjauhi, makin kita membenci. Ambik masa untuk mengkaji dia. Saintis kata, sebab utama kita takut sesuatu adalah sebab kita xtahu pasal benda tu.

Orang xsuka sesuatu bukan kerana benci, tetapi kerana orang tersebut masih belum betul betul mengenali sedalam-dalamnya sesuatu perkara. Kita xsuka bila kita gagal ujian, namun kita pasti akan suka dengan kegagalan tersebut jika kita tahu sebenarnya kegagalan tersebut adalah suatu perancanganNya untuk kita bangkit berusaha dengan lebih gigih. Segalanya ada hikmah yg nyata dan tersebunyi.

Akhir kata... xkenal maka xcinta. sy sayang Microsoft Word. Kuikuikui...
Eh, dah lewat mlm.... patut la post pun benda merepek2...