Search This Blog

Saturday, December 13, 2014

NEW HEADER

S  .  I  .  M  .  P  .  L  .  I  .  F  .  Y
but still with negative element

Saturday, December 6, 2014

Potong Rambut

As-salam....

Potong rambut. Apakenanya tajuk ni... apa nak dikecohkannya kalo setakat potong rambut? Hahaha...

Xde apa pun nak dikecohkan cuma pada 29hb Nov 2014 jadi satu sejarah sbb first time saya potong rambut kat kedai. Uiiiii...tu pun nak kecoh kan. Haha... kalo ikutkan mmg ma saya xkasi pun kami potong kat luar, sbb katanya blh suh abang yg potongkan je. Jimat sikit duit. Lagipun ma ckp, potong sikit je pun rambut, tp nak kena bayar banyak. Namun, disebabkan abang dah busy kerja, dah xde masa nak potong rambut. Rambut dah mula menggulungkan diri minta dipotong. Terpaksalah outsource, hoho....

Ingatkan balik, masa kecik2 ayah saudara yg potongkan kalo balik kampung. N yg tersemat molek di dalam ingatan bila ma suruh potong nipis rambut untuk first time ala2 mawi. Owh, masa tu mawi x wujud lagi. Dia baru sekolah menengah kot. Ma ckp senang kalo potong rambut nipis, sbb xyah a kejap2 nak potong, kejap2 potong lagi. Hahaha.... time tu saya nangis2 sbb takut xensem bila masuk sekolah. Haha... tp mak saudara pujuk, ckp sy comel bila rambut nipis. Tp sy xmakan pujukan. Hoho....

Then, bila ayah dah xkerja. Dia lak yg jadi pemotong rambut peribadi. Haha... Abang lak jadi pemotong rambut peribadi bila dia belajar potong rambut dgn kawan dia kat asrama. So, mmg xde alasan la nak potong kat luar. Slalu bila potong rambut, mesti style sama, ala2 mawi. Hahaha...

Orait, cerita, cerita jugak kan kisah2 peribadi, but apa yg membuatkan saya menulis blog pasal potong rambut ni bukan untuk bercerita sesaja. Tapi nak sambung dengan suatu dialog yg saya gunakan untuk memberikan alasan kpd ma saya tentang salah satu sbb kita perlu sekali sekala potong rambut kat kedai. X dinafikan yg hubungan kekeluargaan lg erat dgn potong rambut kat umah, sbb ada proses sentuhan ketika pemotongan rambut dijalankan - sentuhan kasih sayang.

"Ma, kalo kita xpotong rambut kat kedai, camne tukang kedai nak dpt duit? Mmg dpt jimat duit dgn potong rambut kat umah. Tp itulah proses bagaimana sistem ekonomi berjalan. Kita ada duit lebih, kita tolong orang lain, walaupun dgn cara membeli produk mereka."-itulah ungkapan magiknya.

Maybe itulah hasil didikan ayah. Didikan dr ma, mengajar anaknya untuk berjimat. Didikan dr ayah pula untuk membantu org dgn cara membeli. Setiap minggu ayah akan membeli 2 biji pau dari pasar malam. Walaupun ma pesan beli sebiji je sbb xde yg makan, then kena bawak sebagai bekal, haha... tp ma ckp yg ayah ni cepat kesian kat org. Kadang2 dia membeli bukan sebab keperluan diri, tp keperluan penjual.

Terjumpa kat facebook, yang menyarankan kita untuk membeli daripada pasar tani instead of pasar raya. Sbb peniaga di pasar lebih memerlukan duit untuk menyara diri. N kalo dah membeli di pasar2, kalo kita mampu, jgn pula ditawar harga, dengan niat agar penjual mendapat rezeki yg lebih. Maybe dgn adanya rezeki lebih, dpt menghindarkan dia dan keluarganya daripada melakukan perkara2 yg xsepatutnya.

Bila terbaca kat surat khabar mengenai pencuri ditangkap sbb desperate, terdetik pula, bukannya salah dia je. Maybe sistem ekonomi yang masih kurang mantap antara penyebabnya. Maybe dia dah berusaha mencari rezeki, cuma seperti yg tertulis kat atas, duit berlegar pada pasar raya besar je. Yg kaya terus kaya hinggakan duit terbeku di dalam simpanan. Tak berlegar di dalam sistem ekonomi.

Kadang2 kita xperlu membantah kata2 ma ayah kita. Cukup dgn menjelaskan dgn suara lembut dan senyuman. Yg penting, selalu berterus terang dgn mereka, sbb diaorg ada naluri keibubapaan yg sgt sgt sgt kuat. Kesimpulannya, harap2 dpt potong rambut kat luar lagi. Kuikuikui....

P/s: seminggu lepas tu, tetiba abang free lak. Ma pun tanya, "Wan, rambut bhg atas tu tukang kedai biarkan tebal kan. Xmo suh abang potong kasi nipis sikit macam mawi?".

Saturday, November 29, 2014

PENJARA SEJAM

As-salam

Dipenjarakan sejam.... itulah tajuknya.

Hahaha....pengalaman yg berharga dan menyeronokkan bila dipenjarakan. Dan dipenjarakan bersama2 rakan2.
Seronok ke? Iyee ke? Yup, itulah permainan yg kami main di Mission Q, SS15. Dah lama duduk Subang Jaya, xtahu lak ada permainan cenggini. Seberang jek...

Al-kisahnya bila ada kawan ajak main Escape  Room di Ecurve tp bila dicontact, tempahan dah penuh.
So, kami try search Mission Q yg ada konsep mainan yg sama ala2 filem 'Saw'. Haha....n Alhamdulillah, byk lg kosong.
Ada 5 mission, tp kami pilih yg paling senang sbb nak try dulu first time. So, kami pilih mission Prison Break untuk 4 hingga 6 orang.

Sampai2 ke sana, ada locker utk simpan brg n dinasihatkan utk ke tandas sbl mula mission sbb akan dikurung lama. Hoho...
Bila dah sampai kat 'penjara', kami diberi penerangan ttg apa yg perlu kami buat, apa yg blh n xblh buat, n berapa hint yg dia kasi.
Pas habis penerangan, kami dikunci n mulalah mission. Sila rujuk lakaran penjara kat bawah.....
Dalam penjara ada contengan2 kat dinding n ada katil yg xde tilam...ada feel a jugak duduk dalam penjara. Haha...

1. Mula2 blur jap semua org. Xtahu nak start dgn apa n nak cari apa. Haha...Untuk unlock mangga pertama, kami dah berjaya kumpul petunjuk2 dia... cuma kami xdpt gabungkan dgn betul. Selepas puas cuba, n fikir, kami decide untuk tekan loceng untuk dptkan hint. Uiii... lama kot kami pikir. Tapi, jap.... ni baru mangga pertama, dah minta clue. Ada 7 mangga kot. Camne nak teruskan lagi...perjalanan jauh lagi ni. Hint lak blh minta sekali je. Blh berjaya ke. Hahaha...
Bila staff dia kasi clue... ok, congak2. Orait berjaya unlock first mangga. Next... hoho...

2. Dgn unlock mangga pertama, ada kotak besi jatuh dr atas. Tp terkunci gak. Lama punya cari clue... Alhamdulillah berjaya selesaikan...jumpa. jumpa apa? Haha... kena la main untuk tahu... xnak jadi spoiler. Eh, nape dalam kotak ada sudu.

3. Sudu...sudu itulah yg membantu kami untuk unlock mangga ke-3. Bukannya buka mangga dgn sudu, ye... tp kena wat sesuatu dgn sudu tu. Heee...

4. Dapat masuk dalam cell pertama. Yeayyy...nampak sikit cahaya kemenangan. Then kena buka mangga keempat. Yg ni mmg menarik... hehe...Cahayaa.....

5. Dpt torch light kat cell ni. Cahaya lagi...kali ni mangga dgn huruf lak. Sbl2 ni mangga dgn nombor n anak kunci. Kami dapat clue... tp incomplete. Puas cari... last2 jumpa gak...kerjasama yg baik... haha....tgk masa dah 45 minit berlalu. Hoho...

6. Dr cell ke-2 menuju ke mangga ke-6 ni sonok, sbb kena lalu laluan ala2 almari beroda. Masuk dalam almari....kat sini, byk teori yg kami buat.... pening2... haha.. last2 habis masa kat sini fikir2... staff dia dtg n bgtahu masa dah habis. Tp dia kasi extra 10 minit n hint. Owh, okkkk.... x terpikir lak teori tu. Haha... alright.... next lock.

7. Yg ni paling senang. Cuma kena berimaginasi sikit. Then, YEAY... dah blh senyum. Dah break the prison. Tp nape xde makanan penjara... haha...tetiba.

Then kami ke pintu masuk balik. Staff snap photo kejayaan kami. N kasi gambar free. Gambar tu blh lekat kat mana2 bhg kedai tu o kalo nak bawak balik pun xpe.... sbl balik, kami sempat lagi nyibuk2 nak tgk cctv n dptkan keterangan pasal mission2 lain.

Pasal harga.....RM30 per person. N student dpt RM5 diskaun. Agak mahal, but seronok. Yg penting, semua ahli kumpulan bekerjasama n sama2 perah otak. Haha... thanks all.

Complete one more bucketlist.

29.notbanber.14

Saturday, November 15, 2014

THANTOPHOBIA

Pada babak 'minit' ke-94, si heroin atau watak itu cuma watak sampingan, tidak diketahui, merayu;

"Please do not ever give up on me"

Si hero tanpa menoleh ke belakang menjawab.

"Sorry, for this 94 'minutes', I had tried enough to win your heart. I have give up on you not once, not twice. But a hundred times."

Silent for a few second....

".....BUT you know what. On the second thought, I think hundred times is not enough for me. If it takes  a thousand times and thousand ways to win and unlock your heart, I am willing to stand up again and again and again everytime I stumble. Whenever I give up, I will get stronger and be more mature. There will be a FULL STOP only when you clearly say so".

"For a moment, please allow me to have a rest before trying the 101th attempt on you.......

AND please, please do not lose hope on me too"

Lalu si hero pun berlalu pergi.

# strength to believe
# i am not strong but i keep lying to myself that i am strong enough

Sunday, November 2, 2014

Go....car.T

Go cart... satu lagi aktiviti yg dah lama nak cuba, akhirnya tercapai hasrat.

Kronologi aktiviti lebih kurang camni la...

Pada 2 nov 2014...bermula la hari Ahad. Hehe...

7.20: Lepas siap2 solat n mandi, bersarapan mee kat umah. Masa nak keluar umah, hujan turun renyai2. So, sy doa agar cuaca hari ni sesuai untuk aktiviti go cart. Bergegas ke litar go cart sbb dlm tentatif tertulis pukul 8.00 pagi start program.

7.55: Tiba di pintu pagar go cart. Baru ada seorg kawan opis yg sampai. Hoho... camni la biasanya kalo berjanji... uiiii.... nasib baik ada latihan drift kat sebelah. So, blh la tgk2 skill diaorg sambil2 nunggu.

8.30: Pintu pagar baru bukak. Makanan pagi pun dah sampai. Hee... tp mee jugak yg dihidangkan... Nasib baik ada kuih muih sikit.

9.00: Penerangan dr pihak kelab sukan dan pihak go cart. Then cabutan dibuat untuk tentukan ahli kumpulan. Jumlah semuanya ada 19 kumpulan yg terdiri dr 2 org pemandu. Owh... ada 4 org perempuan jugak yg sertai. Kumpulan sy dpt cabutan no.5, so bila nak pilih nama kumpulan, mula2 kami cuma letak nama lima. Then, masa nak tulis kat kertas, tetiba dtg idea untuk gabungkan perkataan 5 dr bahasa omputih dgn melayu. LIma + fiVE = LIVE. hoho...

9.45: Sesi memilih kereta go cart. Kami pilih no. 17. Untuk helmet, blh pinjam dr sana, tp disebabkan saiz kepala sy sgt sgt special, hoho... so, sy guna helmet motor sendiri plus sarung tangan motor. Kalo xguna helmet sendiri, takut helmet goyang2 kalo bawak laju2. Hehe...Kat sana, kebersihan helmet dijaga. Yg nak pinjam kena guna shower cap.

9.55: Start sesi panas badan selama 15 minit n penentuan grid. Masa nak masuk dalam kereta go cart ada cara dia. Kena berdiri atas kerusi dulu, then pegang stering, duduk kemudian baru letak kaki kat pedal minyak n brek. Kalo kaki xcukup panjang, blh minta tambah kusyen. Disebabkan perasan kaki sendiri cukup panjang (sebab dpt capai pedal, kuikui), sy dgn berkobar2 mulakan sesi latihan tanpa kusyen.

Okey, awal2 mmg kena potong dgn byk driver lain. Alamak, siap driver perempuan pun potong... malunya. Haha.... sesi 10 minit pun dah cukup memenatkan, tp rasa cam sekejap je. Bila nampak kawan satu team angkat kad minta tukar driver, terus masuk pit n tukar dgn dia. Owh, nama dia Ashraf (tetiba mention nama, sori, sy cepat lupa nama org, so better jot down somewhere, hoho).

10.10: Sesi panas badan selesai. Kereta go cart disusun kat grid ikut performance. Hoho... kereta kami diletakkan kat belakang2, so, faham2 je la performance kami camne. Think positive, xpe2... ni first time main, hehe... lagipun nak sonok2 je. Then untuk permulaan, sy jadi 1st driver. Untuk endurance challenge selama sejam ni, kumpulan kami setuju untuk tukar driver setiap 10minit.

First lap, kami kena ikut marshal, xle potong2... tp tetiba kami terkejut ada driver perempuan yg dah pecut awal2... haha...excited sgt kot. Hoho...bila nampak bendera hijau baru blh potong2. Untuk sesi ni, sy terbabas 2 kali kat corner tajam (tempat sama lak tu, uiiii) n sekali burn out (sbb tekan minyak n brek sekali kot).

Yg best sbb badan sy ringan, so, bila jalan lurus, bila tekan minyak, blh potong driver2 lain. Hoho.... n lagi best kalo ada side mirror, kereta ni xde lak. Heee... n yg best lg adalah bila rasa getaran kat seat n stering. Accident.... ada la satu kejadian tu, bila seorg driver bawak laju kat corner, terlanggar driver kat depan sampai kereta go cart dia ternaik atas kereta sorg lagi. Alhamdulillah xde yg cedera.

11.10: Habis sudah perlumbaan. Wow, xsangka kami berjaya habiskan 39 laps dalam masa sejam. Peluh mencurah2. Badan mmg lenguh sbb degil xnak guna kusyen. Hoho... masa nak tekan minyak untuk pecut, bhg bahu kat belakang je yg bersandar, seat lak bergetar. Mmg lenguh la. Bila tgk scoreboard, Alhamdulillah, bukan last team... dpt no 13 drp 19. Then rehat2 kat sana n makan tgh hari

Bila balik umah, dpt soalan cepumas drp ma. "Tadi dah berlatih go cart kan, dah pegang stering. Bila lagi nak biasakan diri bawak kereta lak?"

Saturday, September 13, 2014

GOsok Gigi

Pernah tak korang rasa mulut korang tak selesa walaupun baru lepas gosok gigi?

Pernah tak korang rasa tak puas hati dengan baju yang dah diseterika, tapi masih lagi berkedut.

Dalam melakukan rutin harian, kadang2 kita cuma sekadar melakukannya tanpa terdetik kembali objektif utama kita buat sesuatu. Kita buat ala kadar, sekadar 'asalkan siap, asalkan dah buat', so, perasaan bersalah sbb tak buat tu hilang.

"Ok, dah gosok gigi." Tapi.... dah bersih ke gigi kita? (Tetiba teringat ma ayah slalu marah kami kalo xgosok gigi sebelum tido. Haha...)

"Ok, dah gosok baju." Bila nak pakai masa kerja, baru perasan kedut tak hilang lagi. Baru teringat dan terdetik objektif sebenar kita menggosok baju.

"Ok, dah tolong ma basuh pinggan." Hmmmm...bila nak guna pinggan, nampak kesan minyak lagi. Ada kesan nasi yg melekat2 lagi.

"Ok, dah solat." Opssss..... do I mention solat?
Yup, kita dah jalankan tanggungjawab kita. Tapi, pernahkah kita cuba untuk menghayati sebab utama kita solat?
Bukan hanya untuk 'melepaskan diri' dari tanggungjawab.

"Ok, aku dah solat. Settle dah solat awal waktu. Boleh dah fokus tgk cerita".
Yup, solat awal waktu dah bagus. Namun alangkah bagus kalo dapat tingkatkan lagi kualiti dengan mengHADIRkan diri sepenuhnya dalam solat. Sebab apa kita solat? Secara spiritualnya, adakah kita HADIR (khusyuk) sepenuhnya?

Berus gigi, gosok baju, tolong keluarga, solat..... semuanya kita lakukan setiap hari. Benda yang sama kita lakukan setiap hari hingga kita alpa tujuan utama kita lakukannya.

Orang putih cakap, practice makes perfect. Kita solat setiap hari, adakah makin perfect, atau makin ke laut?




Uhhhh....Luahan perasaan ni bermula bila tak berus gigi betul2, hahaha... termetafora ke rutin2 yang lain. Maka, beruslah gigi dgn harapan gigi anda sihat.😆

Friday, September 5, 2014

Goodbye x Letting Go






Best definition that I will not get from Oxford dictionary but from Expert dictionary. Haha...