Search This Blog

Wednesday, July 29, 2015

Bayangkan mereka dalam doamu

Orang kata kalau kita nak doakan untuk orang lain, orang kita sayang, ada baiknya kita tutup mata kemudian bayangkan wajahnya.

Cuba korang tutup mata sekarang.

Alamak... korang baca dulu sampai habis, baru cuba... haha... xbaca macam mana nak tahu arahan seterusnya. Hoho...

Okay, tutup mata. Kemudian bayangkan wajah ibu bapa korang. Sejelas mana wajah mereka yang korang dapat bayangkan? Senang tak nak bayangkan?

Kalau bayangan mereka masih kabur, ambillah masa sementara mereka masih hidup. Tataplah wajah mereka agar wajah mereka melekat di hati korang.

Tuesday, July 28, 2015

Tak suka jumpa doktor

Kenapa tak suka jumpa doktor? Haha...

Hari ni bos suruh balik dan ambik MC. Dah kena paksa, maka terpaksa la pergi. Kalau ikutkan, xde la teruk mana pun. Xyah pun pergi klinik. Aiiii. Xpe la.... ikutkan je la. Xikut kang kena marah lak. Hohoho... So, packing barang, start motor dan sampailah ke klinik.

Tengok kat cermin pandang sisi motor, "Alright, merah lagi. Boleh la teruskan."

Naik la lif dan terus ke kaunter, ambik nombor. Dan menunggu....

Sambil sambil tu tengok kat skrin tablet. "Okay, macam merah lagi."

Nurse kat kaunter pun panggil. Check tekanan darah, suhu etc. " Okay, encik boleh duduk dulu. Nanti doktor panggil nombor."

Setengah jam menanti. "Lambatnya doktor. Hmmm... xpe, merah lagi. Gosoklah sikit, huu..."

Bila nombor dah dekat, "Alamak, dah dekat...gosok la lagi."

Doktor pun panggil nombor, "Sakit apa?"

"Saya sakit mata. Merah tak? Merah kan? Kan?"

Akhirnya dapat MC 2 hari. Haha...
Aiii...takutnya kalau jumpa doktor, tp doktor check2, sihat jek.
Takut kalau sebelum jumpa doktor, keadaan mmg teruk. Tapi disebabkan lama menunggu, kesihatan dah makin pulih, then doktor ckp sesaja nak jumpa dia sebab nak MC dan ponteng kerja. (Walaupun doktor takkan cakap camtu. Haha...)

#Gosok mata sebab nak merahkan lagi mata. Takut kalau xdpt MC, nnt bos marah kalau masuk opis balik.
#xsuka jumpa doktor gak sbb biasanya ubat yg dia kasi mmg xkan makan. Kuikuikui...Rehat kat umah je pun dah okay kan. Uiii...
#doktor pun cakap, "ni mesti kena halau balik dari opis". Hohoho... betul tu.
#letak ubat titis kat mata, 10 minit kemudian, rasa payau2 kat tekak. Alamak, ubat titis lalu ikut mata, masuk kat tekak. Xmo pakai dah, blh?
#xnak pakai ubat titis, tp takut kalau xpakai, mata xelok2. Bila jumpa doktor balik, kena marah sbb xpakai ubat. So, pakai la sikit2.

[Kisah Si Kucing Tua]

(• . •)  : Alamakkkk, kucing ni. Ibu, tengok ni. Kucing ni muntah lagi. Pagi tadi kencing berdarah dalam rumah. Ishhh....
( ' • ' ) : Ooo... banyaknya dia muntah. Aiii... apa lagi, pergi la basuh kejap.
(• . •)  : Euwww... geli la ibu. Pagi tadi saya dah tolong basuh kan. Ibu la pula basuh. Kucing ni nak kena ni. Mana dia ni. Ishhh...
( ' • ' ) : Biarlah kucing tu. Kucing tu kan dah tua. Camtu la kalau kita pun nanti. Ibu pun nanti bila dah tua, mesti akan buat hal juga.
            Yang akan basuh, cuci najis dan kotoran ibu nanti siapa kalau bukan anak-anak ibu. Kalau sekarang pun anak-anak ibu dah
            merungut dengan kucing, ibu takut masa ibu tua nanti.....(muka sedih)
(• . •)  : Eh, mana tisu, mana baldi tadi ye.

Si anak terus membasuh muntah kucing sambil bunyi 'euwww' kedengaran. Si ibu pula tersenyum sinis, tak perlu susah-susah membasuh.
Taktik melarikan diri yang berkesan, sambil mendidik anak. Hahaha.....

Si kucing pula tengah menjilat bulu di satu sudut, sambil memerhatikan tuannya membasuh muntahnya.

#pengajaran ada di sekeliling kita.

Monday, July 20, 2015

Tawakal


Berapa kali sudah kau jeritkan
Usaha. Usaha. Usaha. dan....
Hasilnya serah padaNya
Dia Yang Maha Mengetahui yang terbaik buat hambanya

Redha
Dan terus bersangka baik pada perancanganNya
Bukankah kau selalu pinta
Agar ditunjukkan jalan, jalan yang terbaik

Dan semalam kau lihat
Malah hari-hari sebelumnya
Banyak yang kau rancang tak menjadi
Namun diganti dengan yang terbaik

Kau hanya perancang picisan
Manakan mahu dibanding dengan Yang Maha Merancang
Berpayah-payah itu perlu, usaha sekerasnya
Namun tawakal itu perlu disematkan

Ya, TAWAKAL. Itu perkataan yang kau tertinggal semasa kau kuat berusaha.
Tak perlu bersedih andai jalan kau tersasar jauh.
Yang penting, destinasinya tetap sama.
Menanti.

#sangatsukadengancaradiamemintamaaf. :')

Sunday, July 19, 2015

Pinta Pintu Barat, Pinta Pintu Timur

Doa org puasa
Senang dimakbulkan
Dan aku pinta
Hanya kepadaNya

Ku pinta di lebaran nnt
Pintu Barat terbuka
Begitu juga Pintu Timur
Dan dipertemukan keduanya

Aku pernah merancang
Seribu satu rancangan
Pelan A dicantas
Pelan B dikibarkan

Namun entah

Dan aku ambil keputusan
Sudah enggan merancang
Enggan me'reserve'
Enggan terlalu memgharap pada makhluk

Lebaran kedua
Pintu Barat memberi isyarat bakal terbuka
Mulanya aku enggan menolaknya
Namun, mungkin ini peluang.

Dan aku menolak Pintu Barat
Lalu terbuka

Aku menghantar isyarat kpd Pintu Timur
Kabur barangkali
Kuhantar sekali lagi tatkala ayam berkokok
Dan Pintu Timur terbuka

Lalu rombonganku berjalan melalui Pintu Barat
Dan dia berjalan melalui Pintu Timur
Katanya walaupun aku tiba ke Pintu Timur,
mungkin bertemunya tiada

Harapan
Aku masih meletakkan harapan
Walaupun tipis
Kebarangkaliannya masih wujud

Namun apakan daya
Pintu Barat dan Pintu Timur masih belum terhubung
Owh, aku tersedar... di akhir doaku
Ku pinta, "jika itu yg terbaik, Engkau Yg Maha Mengetahui"

Pintu Barat memberi isyarat untuk menutup
Tatkala langit dicemari warna jingga
Tatkala melangkah pulang
Terlihat jejak2 4 sahabat.

Dua kali. Mungkin ini yg terbaik.

Simpati. Simpan dalam hati.


"Lets go," kata pak cik.
Tangan kanan erat memeluk anaknya
Anaknya yg kelihatan termenung
Semenjak kami bertandang.

Kuat semangat pak cik
Tiada duka tergambar
Dipinjam semangatnya
Khas hanya untuk anaknya

Di kala sepi
Entah berapa air mata tertumpah
Di kala bersamaNya
Entah berapa rintihan telah kau bisikkan

"Ada saka ni"
Tatkala membisik di corong telepon
"Doktor kata ada penyakit"
Usaha sedaya mungkin, agar dia sihat

Owh, mak cik yg sakit di dalam perut pula
Bagai terlupa kesakitan sendiri
Dek memikirkan anak yg murung
Namun tetap memgukir senyuman di depan saudara mara

"Nampak x adik tadi, kesian lak. Jalan pun payah."
"Xnampak lak...."
"Ish, dia ni, xconcern ke?" hati mencelah
Sebelum sempat si kakak menghabiskan kata2.

"Sbb kalo kakak sakit pun, kakak xnak org pandang akak pelik.
Simpati boleh.
Tp kadang2 perlu simpan dalam hati
Jgn biar sampai si sakit rasa terasing"

#moga tabah selalu

Saturday, July 11, 2015

Colourless

I used to have many colour pens
Purple, pink, blue, orange, yellow
and green
All in the neon colours

Then I saw a little girl
What did she doing?
Little girl at that age should play and enjoy the life
Play with colour, i mean a lot of colours

So, I gave her mine
Thinking that she deserve more
Than an old teenage
Duh...haha.

Opsss...i forgot, how could I?
I need that pens for my artwork
It is important for me but...
I saw her smile, smile while playing with those colour pens

Hence, now my artworks are sketched in black n white
Owh, and grey. I bought a grey marker
Dull colours, but that is my true colour
Inside, when minor tiny bipolar disorder surged

Down.....
Then I realise that I need to play with colour too
As I am a teenage
A childish teenage

The little girl see my sketch
The black and white sketch
She pick up the colours pen
And start to colour it

But that is just my hope
A dream.
One day. Maybe. In shaa Allah
Before my black ink run out.

And grey ink too...

Wednesday, July 8, 2015

Teristimewa

Solat tarawikh berjemaah
Ternampak lompong saf di hadapan
'Kenapa pak cik tu xnak rapatkan saf?'
Kaki melangkah, memenuhi saf

Tatkala tahiyat terakhir
Terjeling satu jari telunjuk dinaikkan oleh org kedua di kanan
Peliknya, kenapa kiri?
Bukankah kanan sepatutnya?

Salam diberi, lantas mata menjenguk gerangan org kedua di kanan
Owh, jemaah 'istimewa'.
Pak cik sebelah pula tentunya ayah si 'istimewa'
Membawa si 'istimewa' menghadapNya bersama

Owh, kejap. Dia. Baru teringat
Pagi2 biasanya si 'istimewa' berjalan2 bersama ayahnya
Menyapa org yg lalu lalang wpun yg xdikenalinya
Termasuk diri yg 'sempurna' ini

Bicara dgn si ayah
Rajin dan cekal kamu menemani si 'istimewa'
Tidak katanya
Si 'istimewa' yg rajin menemani dirinya. Terharu. Tanpa air mata.

Anak anugerahNya
Walau sempurna, walau 'istimewa'
Anak amanah buatmu
Kudoakan pengorbanan, kecekalan, titisan air mata, titisan peluh dibalasNya

Buat sahabatku yg baru menerima anak 'istimewa'
Bertabahlah
Didiklah sesempurna mungkin
Agar hidupnya terasa sempurna seperti kita yg 'sempurna'

P/s: Bertabah dan terus senyum